Tempat = Laman Beringin Istana Budaya.
Anjuran = Utusan.
Ahli lawatan = Syazwan, Nadzmi, Fatah, Hazim, Adhwa.
Objektif lawatan = Mengutip kata dari sebuah dekorasi bahasa.
Aktivit = Mendengar, makan, berjalan, mencari.
--------------------------------------------------------------------
Bertolak siang-siang lagi sedangkan acara bermula pada malam hari. Buat pertama kalinya tiba di istana budaya. Cantik dan pencarian makna budaya pada istana masih tidak ku pasti di mana. Abaikan.
Penuh. Semua duduk. Ada yang makan. Ada yang bawa anak kecil. Ada yang bawa atuk tua berkopiah lama. Ada yang cuma berdua. Ada mat rempit. Ada maknyah. Ada vip. Ada datuk juga datin. Ohh, Malaysiaku sudah terlalu majmuk.
Kami berlima mencari jalan menyelit sampai ke hadapan sebelah pentas. Lebih depan dari vip. Lebih depan dari kamera wartawan. Dapat lihat terus langsung ke arah penyair, penyajak, penyanyi dan pe'lampau'. Siapa pelampau?
--------------------------------------------------------------------
Mila diserbu, juara af berambut gondrong diserbu, siti diserbu, nohHuJan diserbu. Semua serbu. Mereka mulia mungkin. Itu pasal diserbu bagai semut hurung gula batu. Siapa aku serbu? Aku serbu halim yazid. Aku serbu kopratasa. Aku serbu sabri yunus. Aku serbu pyianhabib. Aku serbu yang jarang orang lain serbu. Aku mahu serbu pak samad, tapi, dia nampak sibuk. Bersembang sebentar dengan halim yazid. Selama ini selalu di radio kereta suaranya, kali ini di cuping telinga. "Belajar molek deh, demo mudo-mudo lagi". Faham? Ertinya = "Belajar elok-elok ya, kamu muda-muda lagi".
--------------------------------------------------------------------
Sedari kecil telah dengar kopratasa. Hari ini aku di hadapannya. Usai Khalid Saleh membabikan babi, kopratasa naik bersajak. Setelah bersajak, lagu "Permata Untuk Isteri" didendangkan. Aku jadi mabuk, khayal. Ohh, perasaan. Bersembang dengan Siso atau Usop namanya, sudah lupa, dihulurnya "nasi lemak babi". Kami gelak. Dia sungguh "cool". Bergambar dan bertanya. "Eh, belajar lagi kamu? Belajar dekat mana?". Jawab kami negeri sembilan serentak. "Haa, aku pun belajar lagi, kau nak tahu dekat mana", sambil jari telunjuk ditonjolkan ke langit, "Aku belajar dekat universiti langit, selagi langit ada, selagi itu aku belajar". Kami gelak sedikit, tapi aku tahu, dalam masing-masing punya fikir, pasti terkesima.
-------------------------------------------------------------------
Maka sampailah masa seorang ini untuk bersajak. Gayanya sungguh kaya. Naik atas, cakap bukan melayu. Campur sikit melayu. Di depannya Pak Samad. Di kelilingnya pejuang bahasa. Aku malas komen. Malas.
-------------------------------------------------------------------
Pak samad naik pentas, di tangannya dua buah sajak telah tertulis. Gawat kerana artis diam sebentar. Auranya telus ke dalam hati sang pencinta. Dua sajak. Yang pertama bertajuk "Pemimpin CaTakSeruKin" Yang kedua bertajuk "Abjad bertaring". Dengar tapi terlalu susah untuk dihadam. Sampai sekarang masih mencari erti "Abjad Bertaring". *CaTakSeruKin = Cakap Tak Serupa Bikin". Aku kagum akan pak samad. Dengan sebegitu tua dengan gigil tangannya dan putih janggutnya, masih dia berjuang. Aku kagum. Kagum.
------------------------------------------------------------------
Pyianhabib. Kagum aku padanya tidak surut-surut. Sinis dan sindir. Begitu menyondol punggung-punggung di kerusi empuk. Padan. Sabri yunus. Sarjan Bidin versi tukang karut. Begitu mendalam isi hati seorang sarjan. Halim Yazid. Tabik. Lagu "Aku Hanya Nak Ke Seberang" tanpa iringan musik mengalahkan suara siti.
-------------------------------------------------------------------
Tamat bila tamat semua. Habis. Semua pulang. Meninggalkan puntung rokok dan bungkusan nasi lemak. Meninggalkan pohon beringin dan auranya perwira bahasa.
"Tiap hujung minggu ada baca-baca puisi, datanglah ya", Pyianhabib.
------------------------------------------------------------------
Pulang tidak terus pulang. Perjalanan menjadi makin panjang.
-------------------------------------------------------------------
pyanhabib
----------------------------------------------------------------------
tamat.
tamat..
13jun09.
8 comments:
wahh. untung ko dapat pegi benda2 macam nie lagi.
aku dah habis sekolah dah xde peluang dah nk pegi doe.
woihh.mane dpt ayat gondrong?
jawa nie. hahaa
sdeh dowh ak kne tinggal T_T
ohho.. kamu berjumpa dengan idola kamu..
huhu~
super awesome!!!
teringin benar ak nk jumpa merekamereka ini sudah lama.
perasan x satu bnda yg kita share dgn semua org walau di mna kita pergi.itulah langit.ilmu langit lagilah tiada tandingan.
menariknya dengar orang recite poem. last time aku dengar pun masa darjah enam, a. samad said datang masa tgh buat persembahan choral speaking.
meh, kalau boleh buat poem sendiri lebih baik.
abang silap info, sebenarnya, tiap hujung minggu tidak ada baca puisi di laman santai itu. maaf ya. (tetapi laman santai memang ada aktiviti hujung minggu)
kiba - haha. minat oo. minat melepasi segala. gondrong, kamus dewan. ;)
un - rilek2. siti perform nanti kita tgk.
pong - yeah. ;) jumpa otai2.
syazana - langit. hmm. fikirfikirfikrah.
i am mai - laa. darjah enam. tak best la camtu. kena pergi tgk lagi. baru "cool". susah oo buat poem. reti?
pyianhabib - oohh. takpe2. bila kami free2, kami dtg lepak2 sana. kamu "cool". ;)
salam..
owh,
menariknya,,
bestnye,,
Post a Comment