Friday, May 27, 2011

MINI DIN (HARI2 DI KUALA LUMPUR)



Kuala Lumpur (dan sekitarnya) tidaklah menjanjikan kemewahan untuk orang seperti saya. Banyak masa, dia buat saya rasa terheret dan terseret. Asalkan saya berjalan, saya tidak akan dapat berjalan dengan lurus (seperti orang mabuk). Banyak masa, saya terhantuk di dinding-dinding batu dan merasakan ada benjol, saya duduk diam, melabuhkan punggung dan minum es teler. Saya mencedok sesudu diikuti sesudu dan akhirnya, habis. Panas masih panas. Siang masih siang. Saya kena terus berjalan. Benjol ini, saya mahu besarkan. Setidakpun, dia pasti membesar. Begitu juga saya.



Gambar ini saya ambil ketika bulan Ogos tahun lepas. Masuk hari ini, sudah mencapai sepuluh bulan beberapa hari. Hari itu, torehan di dada dan belakang saya dan seluruh badan saya merangkumi tapak kaki dan tapak tangan, masih menitis darahnya. Panas dan memedihkan. Seperti askar yang kalah dan tidak terjumpa lubang kubur, tidak juga terjumpa base camp. Begitulah saya. Orang kata rezeki masing-masing. Saya jadi pegun dan fikir tentang salah saya. Silap saya. Saya termenung. Dan saya berjalan. Seorang. Melihat mereka melagukan lagu-lagu alun daripada pan flute, saya terduduk. Darah yang tadi menitis, menjadi slow. Saya pegun lagi sekali sebelum membeli cakera padat dari mereka. Ada lagu titanic.




(bersambung)





.







No comments: