
Sementara menunggu cawan tinggi Bubble (PowerPuff Girls) warna kuning bersih separa penuh dengan air tapisan penuh, aku berdiri. Tangan aku tidak memegang apa-apa walau sebutir tetes air daripada saki-baki cucian pinggan tadi. Tangan aku bersih. Walaupun kasar kerana hari, kepentingannya ialah bersih. Kepala aku berpusing deras dan mata aku berpinar bagai disimbah dengan cat-cat putih seperti isi ikan kukus yang memualkan baunya. Aku mencari engkau di dapur. Tiada dan malah tidak pernah ada tanda-tanda pisikal yang menunjukkan, kau pernah sampai di dapur aku tempat aku berdiri sekarang. Jelasnya, tiada bayang badan lampai kau. Lagi, tiada seurat-dua rambut-rambut harian kau yang gugur di atas lantai. Lagi, tiada basah tapak kaki kau yang baru keluar daripada bilik air. Jelasnya, tiada jasad kau disini. Halnya tadi aku bercakap dengan siapa? Aku bertentangan mata dengan siapa? Aku bermimpi dengan siapa? Bubble? Mustahil. Ridikulus. Menunggu cawan tinggi Bubble aku penuh dengan air kosong, aku menjadi dahaga.
Sekali lagi aku tidak mampu berkata apa-apa kerana sibuk sekali meminta.
.
1 komen:
I will.
Siapa bubble ni. Eleh ingat comel.
Post a Comment