Tuesday, April 09, 2013

JAM TUJUH



Jam menunjukkan pukul kosong tujuh kosong tujuh minit malam. Matahari masih tidak mahu turun. Masih tergantung oren seperti belon kembung yang berisi mentol. Budak- budak yang sedang bermain bola masih tidak reti pulang. Semakin mengengsot jam menuju malam, semakin bola disepak kuat. Semakin kuat pula ketawa menerawang ke langit. Seperti suara syeitan bergembira di bandar-bandar utama.  Di Jalan Petaling, peniaga, pembeli, pe itu dan pe ini, tidak berhenti berniaga. Seperti tiap hari, ialah Hari Raya. Di jalan sekitarnya juga, menuju ke Puduraya, pe itu dan pe ini, tidak juga kelihatan penat. Esok hari Isnin. Tiada yang lain, apabila tiba hari Isnin, sudah menjadi kemestian untuk aku berfikir tentang tali leher. Seperti juga hari Isnin pada tahun tahun yang lepas.

1 comment:

mr kay said...

dah lama tak baca-baca cerita sini. harapnya sihat selalu :)