Monday, October 28, 2013

BASMATHI

Ada hari kita rasa kita ini kecil sungguh. Lebih kecil daripada sebutir beras. Kemudian kita rasa kita ini tidak berkualiti sungguh. Juga seperti beras cap murah murah. Kemudian kita rasa kita ini jauh sungguh. Juga seperti beras yang duduk di dalam "patak" bekas. Kemudian kita rasa kita ini tak berguna sungguh walaupun dah cukup matang. Seperti beras, yang kecil, tidak berkualiti, dan duduk jauh di dalam "patak" bekas, dan sudahpun menjadi nasi selepas ditanak, dan kemudian jatuh dari hujung bibir ke bawah meja yang gelap dan terperosok bersama puntung rokok di celah celah tapak kasut cap polo. Siapa perasan? Kecuali nasi lain yang senasib. Yang selalunya jarang ada kerana telah disapu. Ada hari dalam hidup, kita akan rasa yang kita ini sebutir nasi yang begini dan di kerumuni nasi nasi daripada butir butir basmathi. Apa boleh buat.

No comments: