| "Cakar langit sampai luka" RicohCX3 |
Orang alim kata, malapetaka itu datang dari Tuhan yang murka pada kita. Kita lah, yang tidak suka senyum, yang tidak suka hulur syiling sekeping dua kepada orang miskin, yang tidak suka berjabat tangan, yang tidak suka memeluk, yang tidak suka mengucapkan benda indah dan terima kasih, yang tidak suka menyanjung sesama, yang tidak suka sama sama bersenang, yang tidak suka itu ini. Semuanya kita. Orang alim kata, kerana tidak suka semua ini, Tuhan pun murka. Kemurkaan Tuhan itulah yang mengilhamkan manusia untuk mereka olah 'malapetaka'. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka. 'Suwey' belaka.
Orang moden kata, malapetaka ini datang dari sifat sifat kemodenan itu sendiri. Kemodenan melahirkan sesuatu yang gah dan 'wow'. Tetapi yang gah dan 'wow' datang pula dengan kepincangan nya yang sendiri. Kepincangan dalam sifat sifat kemodenan ini lah yang melahirkan malapetaka. Contohnya apabila telefon canggih mula semakin masuk kedalam poket dan merosakkan pundi-pundi manusia, terbit pula masalah hasil kajian manusia juga yang diilhamkan Tuhan. Masalah peranakan tidak subur, masalah kurang berinteraksi, masalah bunuh diri, masalah benci membenci, masalah ketagih like dan macam macam lagi. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka kerana masalah yang direka olah sendiri. 'Suwey' belaka.
Orang yang selamat daripada malapetaka ialah, orang yang sentiasa merasakan diri dia tidak alim dan tidak tahu apa apa dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak terlalu moden. Oke oke sahaja. Orang ini lah yang tidak 'suwey'. Yang semuanya dia jalani dengan nisfu nisfu (separuh separuh) dan tidak berat sebelah. Tidak lah terlalu alim hingga tinggal kemodenan. Tidak lah terlalu moden hingga tidak menyembah Tuhan.
Habis.
No comments:
Post a Comment