tiada malukah 'aku' akan tuhan?
asyik melobi dosa bagai tiada kematian,
'aku' tidaklah sehina abu lahab hinggakan Tuhan sangat murka,
'aku' tidaklah sejahat firaun hinggakan bumi tidak menerima,
sedangkan lalat busuk hinggap pada bunga indah mewangi,
inikan 'aku' si manusia yang berakal rapi,
terimalah 'aku' yang hina wahai Tuhan .
salahkah sekali-sekala 'kau' ingat padanya?
tiada Dia, tiadalah dunia, sedangkan 'kau' hari-hari bernyawa,
selalukah 'kau' ucap terima kasih padaNya ?
woii 'aku' dan 'kau',
sampai bila 'aku' dan 'kau' nak ego?
'aku' dan 'kau' hamba bertuan,
mahu tunggu pintu hidayah tertutup baru terngadah,
kalau itu perancangan 'aku' dan 'kau',
ampun maaflah kepada Tuan 'kamu' , ALLAH SWT
2 comments:
Menginsafi diri yg sepi bila tanpa-Nya disisi ini..bgus2 ngn nukilan nie..emm, ni sajak ke syair ye, hehe..byk tanye plak..keep it up..ok
hmm..betul2..kena insaf banyak2 kalau nak cari keberkatannya..tima kasih..hehe.isi masa lapang je..sajak ke,syair ke,gurindam ke, zikir ke, ape2 ah, janji ingat tuhan..he2..selalulah lawat bog k,,sesama kita kongsi ape yg boleh kongsi . .
Post a Comment