.
.
Tiga puluh hari bulan sebelas hari tu, ada satu call dari jauh. Dalam satu nada, dan kesibukan operator menyambung line line yang jauh, ada satu perasaan menyelinap dalam setiap inci wayar telefon, pergi ke pemancar, dari pemancar pergi ke satelit, dan akhir akhir, pantul balik ke telinga. Perasaan itu rindu.
Kau tahu. Kalau diberi peluang untuk mencipta satu benda dengan pertolongan mendiang uncle graham, aku bercadang untuk mencipta telefon canggih yang boleh sama sekali membawa bukan sahaja suara ke talian sana, tapi bawa rasa rindu.
Oh, dengar cerita dari pusat meteorologi , malam ini 1Malaysia bukan sahaja akan kemarau dan petir, malah bersalji. Apa kata, aku baling salji berkepal kepal, dan akan sampai ke tempat kau, mungkin winter nanti. Dan kepal salji yang aku baling, aku mahu kau sambut. Simpan dalm kocek. Dan berikan padaku balik bila bila kita jumpa. Tanda persahabatan. Deal?
.
.
Showing posts with label sedikit coret-coret. Show all posts
Showing posts with label sedikit coret-coret. Show all posts
Friday, December 04, 2009
Sunday, November 29, 2009
MIMPI DALAM KOTA
Monday, November 02, 2009
BEB, CIK KIAH BUKAN AKU.
-------------------------------------
-------------------------------------
Sedang enak enak teguk jus nanas campur markisa depan tv yang dalamnya ada Aladdin bertarbus dan Jasmine bersubang yang terbang di atas permaidani bersama Abu, Pashmina mengetuk skrin telefon. Dia yang kenyang siakap bertanya,
"Fatah Fatah, cik kiah kat fb, semua kecoh kecoh
kata itu kau. Tak kan?"
Jeda sekejap.
"Aku cik kiah? Aku ada fb? Apa semua orang kat fb dah kena
hipnotis dengan si fb tu ke? Alahai bangang sungguh."
Hantar.
Pashmina reply,
"Ya, aku tahu bukan kau dan takkan kau. Kan. Kan"
Ya Pashmina, itu bukan aku dan kepada cik kiah, jom temankan aku tengok 'a walk to remember', boleh aku berborak borak dengan kau. Mungkin kau boleh ajar aku cara menghipnotis mereka dengan abrakadabra fb.
Dan Pashmina, aku simpan kau dalam beg, sekali dengan gajah carrie junior. Kasi kau wangi. Tak perlu kau mandi hari hari. Oke. Esok atau lusa atau bila bila, jomlah kita berkayak sampai ke Club Med. Itu pun kalau lengan kau berotot.
Dan beb, Cik Kiah tu bukan aku.
----------------------------------------

Friday, October 02, 2009
IBU PAUS DAN ANAK LELAKINYA.
----------------------------------------------------------------
Ombak kali ini lain ganasnya.
Anak lelaki paus warna biru gelap tanya ibunya,
"Mak, kenapa ombak kali ini ganas?"
Ibu paus menjawab sambil matanya memandang gulungan ombak dari bawah,
"Mungkin sebab hari ini, percaturan alam tidak sempurna."
Anak paus penuh inkuri tanya lagi,
"Bukankah Tuhan cukup sempurna mengaturkannya?"
Ibu paus mengeluh, buih dan bunyi dengung keluar dari serombong atas kepalanya.
Berbalam-balam naik ke atas dan terus ke atas.
Ibu paus tidak menjawab apa.
Port Dickson, 5km di hadapan.
"Ibu, kita dah sampai Port Dickson rupanya."
Kali ini ibu jawab,
"Ohh celaka, ini petanda."
Dalam bisu dan diam, ibu paus berdoa.
---------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 23, 2009
BODOH SI TV,
-------------------------------------------------------------------------
Bodoh si TV, berkas cahaya menerajang layar terus kena pada fosfur.
Terbitlah orang-orang menyanyi, berjoget,
bercium, memasak, tidur, berlari, bergaduh.
Menerbitkan satu alam baru.
Alam yang jauh-jauh ke dalam fantasi yang kabur-kabur.
Yang akhirnya, akan memadam semua memori tentang reliti yang terang.
Selamat menonton.
------------------------------------------------------------------------
Lebaran ini, pergilah melawat saudara sedarah.
Sekurang-kurangnya, telefonlah.
Bukan asyik terbungkam di depan TV.
*nasihat untuk diri saya, kamu wahai pembaca, dan keluarga.

Tuesday, September 22, 2009
AHMAD FIFY YANG BERAYA DAN DUIT RAYANYA.
Ahmad Fify berbasikal roda tiga. Dia menjenguk pagar, mengetuk pintu, menekan loceng ding-dong. Tiada yang membuka pintu. Dia mengayuh lagi. Samping hijau berbelang kuning dia lucutkan dan sangkut di bahu. Lagak pendekar berkeris lekuk dua belas. Lebih senang untuk dia mengayuh ke sana ke mari. Songkoknya juga sudah dia lempar awal-awal. Panas sungguh jika bersongkok.
Selang lima rumah sunyi bagai kuburan, dia yakin, rumah di hadapannya kali ini bertuan. Dia menekan loceng ding-dong. Kali ketiga dia tekan punat loceng itu, pintu rumah dikuak terbuka. Fify dijemput masuk. Yang ada dalam rumah itu cuma seorang nenek. Seorang. Bujang lagi gamaknya. Fify membuat taakulan sendiri.
Ribena violet sejuk berketul-ketul ais Fify teguk. Fify yang berumur lima tahun beberapa bulan bersembang dengan nenek tua yang dari paras wajahnya berumur tujuh puluh satu tahun. Nenek bercerita tentang hari rayanya pada tahun yang lepas-lepas. Tahun demi tahun nenek tua itu undur hingga sampai pada raya tahun zaman Jepun. Zaman orang masih memasak dengan kayu api. Zaman ais yang jika mahu dibeli, perlu disalut dengan habuk-habuk kayu tebal untuk mengekalkan kebekuannya.
Fify dengar teliti dan minat. Almond london dan corn flakes madu Fify kunyah. Sedap. Pandai nenek tua itu membancuh madu dan coklat. Sebati cair dalam mulutnya yang masih bergigi susu.
Habis bercerita tentang raya dekad lepas, nenek tua menghulurkan sampul duit raya. Berwarna oren dan bercorak bintang warna kuning, bunga api warna kirmizi dan ketupat warna hijau muda. Fify ambil dan simpan terus dalam kocek. Fify meminta diri untuk pulang selepas hampir tiga puluh minit di rumah nenek tua.
Fify bersalam, mengucup tangan dan pipi nenek tua, dan keluar. Nenek tua juga mengucup dahinya. Sebelum menyambung kayuhan basikal roda tiganya, Fify melambai-lambai pada nenek. Dia senyum, Fify senyum. Fify pulang dan bila dia pulang, dia bukan lagi budak kecil fragile berumur lima tahun, dia punya pengalaman dekad-dekad yang lalu. Fify sambung kayuh.
Selang beberapa rumah, masih sunyi seperti kuburan dan Fify tidak kisah, kerana rumah lain tidak punya ribena violet sejuk, tidak punya almond london dan corn flakes madu yang manis, dan tidak punya nenek tua yang pemurah bagai yb.
Tibanya di rumah, Fify membuka sampul berwarna oren dan bercorak bintang warna kuning, bunga api warna kirmizi dan ketupat warna hijau muda. Dalam sampul ada satu not. Not bergambar pohon pisang dan lusuh. Fify simpan dan dia tahu, itu duit.
*tamat*
------------------------------------------------------------------------------
SALAM LEBARAN HARI TIGA.
-----------------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 18, 2009
Markisa Galak Menatap Rawi.
Sedang enak-enak pada petang senggang, aku bersama Maryamah Karpov masih lagi berbicara tentang Pulau Belitong. Indah katanya, aku angguk saja. Cadangnya satu hari nanti, ingin aku mencari Lintang dan Arai di sana...
< ding >
BUZZ.
"Angah, tolong cuci kereta tu sekejap, Abah nak mandi".
"Ok, angah kasi kilat-kilat sampai silau".
Ohh, khayal rupanya..
Sedang enak-enak pada petang senggang, aku sambil membasuh kereta dengan hanya bersarung melihat lama-lama pada Markisa. Bunga ungunya cantik kena sinar-sinar halus rawi pukul lima. Gembira dia gembiralah aku. Wahai Markisa, lilitlah lagi palang-palang besi. Aku tahu kau galak bila menatap rawi.
===================================================================
*rawi - mentari.

Sunday, August 02, 2009
Sogo, apa khabarmnu di sana?
Sogo, apa khabarmu di sana?
Masihkah pedih dengan cemar kimia?
Masihkah basah dengan meriam padu?
Masihkah bingung dengan tempik suara?
Masihkah terasa bahang-bahang manusia?
Sogo, apa khabarmu di sana?
Burung terbang hinggap di bumbung.
Memerhati manusia berselubung.
Dan daun coklat pohon tua gugur jatuh langsung.
Masihkah sang ketua tidak dengar gema laung?
Sogo, apa khabarmu di sana?
Baik sajalah harapnya.
Biarlah sejarah bercerita.
Bercerita tentang negara kita Malaysia.
Sojar dari segenap pelusuk,
Keluar bersama tempik teriak,
Tanyakan khabar kepada Sogo,
"Sogo, apa khabarmu di sana?"
"Sogo, apa khabarmu di sana?"
"Sogo, apa khabarmu di sana?"
===================================================
selain 31 ogos, 1 ogos akan jadi satu lagi sejarah negara.
sejarah negara, sejarah rakyat, sejarah kerajaan, sejarah semua.
==================================================
* sedutlah udara di hadapanmu, bukan asap di bawahmu.

Saturday, July 25, 2009
Kretek Manis Beri Sebatang.
Sedut dalam-dalam. Lagi dan lagi kawan.
Lagi kawan. Biar zarah asap mencucuk rongga peparumu.
Hei kawan, kretek manis berilah sebatang.
Aku juga mahu cuba, malangnya tidak terdaya.
Manisnya sementara, tenangnya tak berapa lama.
Kawan, tolonglah.
Berhentilah kawan.
Jika esok masih ada awan, belum tentu kau mampu berjalan.
============================================================
Nasihat ikhlas untuk kawan dan orang awam.
============================================================
affah.
hinggap tidak melayang.

Sunday, June 28, 2009
Setinggi "skybridge"
Thursday, June 18, 2009
Ada apa sama ujian?
nantikan...
penantian itu satu ujian.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
Walau ditelan
Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
Mengapa begini
Mengapa begini
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.
di jalan sesat
m.nasir.
tolonglah dengar.
mahu?
ada apa sama ujian?
Saturday, December 27, 2008
Durjana Kau.
Lagi sekali terpacul dari mulut pembaca berita tidak berlitup itu,
"Seorang wanita muslim dalam blognya telah mengutuk Nabi Muhammad SAW..bla bla bla", panjang ayat kata kata dari mulutnya berbibr merah itu.
Dilampirkan juga blog yg bergambar kecil wanita berkenaan, tapi dikaburkan gambarnya.
Dilampirkan juga isi blognya isi, tapi dikaburkan segala isinya.
Disusuli berita dengan temuramah bersama seorang ustaz bersongkok hitam,
"Kita ni, sebagai muslim dan mukmin, sepatutnya rasa marah dan benci akan tindakan seumpama itu. selemah lemah iman ialah rasa dalam hati akan api marah benci kepada pengutuk yg telah mengutuk utusan ALLAH yg mulia itu", ustaz itu berseloroh panjang.
Setiap yg berakal akan ada pendapatnya.
Dan akulah itu si berakal, akal aku kata,
"Blog kutuk nabi yg tersirat dicelahan laman laman boleh di cari, tapi manusia yg tolak hukum tuhan di depan mata masih tidak dimengerti. Ahh, manusia. Kuman diseberang nampak jelas, gajah di depan mata tidak dipeduli"
ahh manusia.
hey blogger yg kutuk nabi,
tak bertuhan, sendiri sendiri lah.
sudah kutuk, sorok diri,
bodoh.

Friday, December 26, 2008
HETERoDoKS
HETERoDoKS
Longkang pudu tersumbat lagi,
Juta-juta lalat dan langau sibuk mencari makan dan zat-zat tersisa,
Tak kurang juga dengan ulat-ulat yang menjual tiket bas,
Semua sibuk,
Hal kau, kau urus,
Hal aku, aku urus ,
Pusu-pusu hamba-hamba dunia berjalan,
Pergi ke arah pusat,
Pusat segala,
Dengan deru angin kota Lakaran,
Semua sibuk,
Dan aku, si pemerhati,
Juga sibuk memerhati,
Cuba menyelam setiap hati,
Hinggakan aku sendiri pun sangsi,
Akan heterodoks manusia,
Yang galak mengejar nikmat belum pasti,..
..abdulfatahfirdaus
[jauh jauh pusing jatuh]
Wednesday, December 24, 2008
tagged la itu la. .jom lecetkan jari .
My Top 10 Most Favorite Foods
1-semua jenis sandwich
2-semua jenis nasi
3-semua jenis lauk
janji tidak pedas
4-kuih kaler hijau yg ada kelapa kaler putih. tak tahu la nama saintifiknya.
5-semua jenis kek terutamanya strawberi kecuali perisa kopi
Top 10 Things I Love Doing
1-baca komponen sastera . ;)
2-hobi2 berfaedah (memancing,layang2,rc car)
3-baca tafsir al-quran
4-the grim adventure of billy and mandy, ben10, totally spies (cartoon)
5-tengok pokok
6-sembang2 dan mengutuk manusia2 yg lalu lalang. heh (cuba dikurangkan)
5 Things I Love Doing When I'm EMO
1-mestilah istighfar dulu kalau bengang2.
2-then baru tumbuk org yg kamu emo dgn dia tu
3-sembang dgn mak
4-sembang dgn nami dan wafi dan rakan2 seperjuangan
5-duduk diam diam tanpa menoleh dan berkata apa
Top 5 Types of Girls I Adore
1-siapa siapa sajalah, janji tak lupa diri.
2-lain lain tuhan tentukan
5 Things I Love Doing When I'm Happy
1-syukurlah
2-sembang dgn mak
3-sembang dgn nami dan wafi dan rakan2 seperjuangan
4-belanja sesiapa makan
5-tengok bunga dan pokok
things I Wish To Happen
1-rakan rakan berhenti merokok. tolonglah . . aku mohon.
2-duit dalam atm tidak habisan
3-orang usa cakap bahasa melayu
4-pm cakap benar
5-mak dan ayah sihat sihat selalu
My Top 10 Most Addicted Song or Artist
1-semua lagu lagu ramli sarip, m.nasir, kopratasa
2-akil hayy
3-systemOFadown (dulu la)
4-michael jackson
5-surgamu (ungu)
6-bandbawahtanah
People I Wish 2 Tag
1-sesiapa yg terbaca, sila tag diri sendiri..mahu jadi kawan, kena kenal kawan. kan.kan
How old are you?
18 dan beberapa bulan.. lahir 8mei1990
Are you single?
ohh. siapa yg kisah. Kan?
In what age do you think you’ll get married?
29.5 maybe.
Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
ohh. siapa yg kisah. Kan?
If not, who do you want to marry?
ohh. siapa yg kisah. Kan?
dan jawapan yg lain, tetap "ohh. siapa yg kisah. Kan?"
dah sampai masa nanti, tahulah siapa empunya diri . ;)
terima kasih kepada farah kerana telah sudi meng'tag'ku.
ohh. siapa yg kisah. Kan?
Friday, December 12, 2008
the time will come . . o9
after a long-long journey i think,
there will be the new bright ray from future dimensions,
it will command me,
to think twice when doing something.
the time will come,
not from the same wind of past,
hopefully can change,
me and we,
in a blinking of eyes . .

Sunday, December 07, 2008
madah korban salam beraya
Raya korban datang lagi,
Pasti tak sama dengan yang sebelum ini,
Lembu lembu masih mengunyah,
Sedangkan esok perit tak sudah .
Raya korban kali ini,
Tahmid takbir tasbih makin difahami,
Atas dasar mencari diri,
Bawah langit atas bumi .
Berjalan lagi mencari cari,
Agar tak sesat sekali lagi,
Dahulu dahulu jauhlah pergi,
Datanglah datang hari seri .
Sembelihlah ia lapahlah ia,
Berbahagi bahagi sesama manusia,
Hak kita hak semua,
Moga Pencipta memberkatinya .
Lihat orang anyam palas,
Ketupat esok sudah panas,
Bandar bandar jarang puas,
Halnya kerana malas malas .
Hei Fatah,
Dah puas berjalan,
Ayuh berlari,
Menggapai esok tidak pasti,
Mari tasbih ayuh mari,
Mari takbir ayuh mari,
Mari tahmid ayuh mari,
Moga Tuhan memberkati aku, kamu, dan sekalian umat manusia.
Amin . .
salam hari raya korban ~

Saturday, December 06, 2008
Friday, November 28, 2008
Wednesday, November 26, 2008
berjuta kata pernah dikata, berapakah pernah dikota
satu?
dua?
tiga?
belum pasti kan berapa.
mungkin akan tahu dalam beberapa masa.
selagi mampu membuat kata.
selagi mampu mencatat rasa.
selagi mampu mencari rahsia.
janji pasti dikota.
dua?
tiga?
belum pasti kan berapa.
mungkin akan tahu dalam beberapa masa.
selagi mampu membuat kata.
selagi mampu mencatat rasa.
selagi mampu mencari rahsia.
janji pasti dikota.
moga moga hendaknya.
amin . . .
amin . . .
Subscribe to:
Posts (Atom)