Saturday, June 28, 2008

sia-sia dan sesia .


2/3 lg 27 + 5 lg 2 + 1/3 lg 8 + 3 lg 5/2 – 2 lg 3 – 3 lg 10 =

lg ( 33 ) 2/3 + lg 25 + lg ( 23 ) 1/3 + lg ( 5 – 2 ) 3 – lg 32 – lg ( 5 + 2 ) 3 =

lg 32 + lg 25 + lg 2 + lg 53 – lg 23 – lg 32 – lg 53 – lg 23 = 0


Menyusahkan dan menyakitkan hati kepada mereka yang lambat menangani masalah log seperti aku. Tapi apakan daya, kesenangan tidak akan dikecapi dengan mudah sekali. Itu sudah menjadi lumrah kepada mereka yang mahukan kejayaan.. Itulah yang perlu aku tempuh dalam masa beberapa hari lagi. Dan seperkara itulah yang merunsingkan aku yang selalu membuatku terapung-apung di awangan mimpi.

Aku kena jadi kuat untuk menempuh petir kilat dan onak duri hidup.
Aku kena jadi gagah untuk melawan bisik tempik syaitan jahat.
Aku kena jadi berani untuk melangkah melalui lorong pencarian.
Aku kena jadi tabah untuk menangkis sedih pilu buatan sendiri.
Aku kena jadi Aku untuk terus berdiri.

Jadi, untuk Aku menjadi Aku, Aku kena iri hati akan kamu untuk terus maju.

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain.

Kesimpulannya, dalam aku menjalani hidup yang akan terus mencabar dan menggila ini, aku kena jadi iri hati akan kamu terhadap dua perkara ini.

Tak mahu aku jadi seorang hamba yang lupa asal dan akhirnya menjadi sia-sia dan sesia.
Doakan aku dan aku doakan kamu.


No comments: