Wednesday, November 19, 2008

Gugurnya dedaun sendu


Gugurnya dedaun sendu,
Tatkala gugurnya embun pagi,
Terus ke asal kami berpancarkan rawi.

Gugurnya dedaun sendu,
Diiringi irama sayu dan syahdu,
Bersatu bila bukan seteru.

Gugurnya lagi,
Menjemput petualang diri,
Keluar bercakap sendiri,
Antara mahu terus atau berhenti,
Baik rebah merempuh atau tegak bersimpuh,
Merempuh mati bersimpuh mati.

Petualang menjadi dalang,
Ayat mencabar diri,
Onar menjadi kembang penawar,
Yuda membelasah takbir sakti,
Maka gugurlah dedaun sendu lagi.

No comments: