Showing posts with label sedikit coretan luahan. Show all posts
Showing posts with label sedikit coretan luahan. Show all posts

Monday, December 21, 2009

SEMALAM SEBELUM BERADU,,

.
.

aku beristikarah,
kerana terlupa,
kiri dan kananmu..

semalam sebelum beradu juga,
aku terfikir akan kamu-kamu,
yang akan,
bertemu mata dengan kanggaru,
tahniah dan selamat lah...

.
.

Wednesday, December 02, 2009

Bukan Apa...

.
.
.

Tapi lah kan, kalau kanister agfa ct, velvia, astia, provia, ebx, superia dan macam-macam lagi boleh ditelan, apa salahnya. Saya punya perut. Saya punya suka. Itu lah masalahnya, bukan apa, kita selalu lupa yang kita punya perut dan perut kita punya tahap. Kalau awak kata mati menelan kanister, apa salahnya telan, bukan apa, kanister dalamnya ada filem, dalam filem ada imej, dalam imej ada piksel, dalam piksel ada penjelasan, dalam penjelasan, mungkin ada tangisnya, mungkin ada tawanya. Mungkin juga ada saya yang sedang membelek bunga markisa. Jadi, bukan salah awak kalau saya telan kanister sampai sendawa..

.
.
.

Wednesday, November 11, 2009

SHH. KALAULAH,

-------------------------------------
-------------------------------------


Kalaulah aku punya teman macam kau,
Sepuluh orang,
Aku akan berdoa pada Tuhan Maha Agung,
Untuk menambah jadi dua puluh orang,
Sebab aku tahu,
Kau penyenang jiwa,
Ya, penyenang,
Bukan pembeban dan penambah gulana.
Dan,
Shh,
Kalaulah aku punya teman macam kau,
Aku akan panggil peterpan sama tinkerbell,
Untuk beri pixie dust seuncang,
Pengubat lara pengubat gundah,
Untuk kita serbukkan badan kita bersama.


------------------------------------
-----------------------------------

Sunday, November 01, 2009

HELO. RUMAH GOYAH? (1)

---------------------------
---------------------------

Wan,

Kalau di matamu,

Aku sudah nampak lesu,

Ceraikanlah aku,

Dengan talak seribu,

Enough.

-------------------------
-------------------------

Tuesday, October 27, 2009

Gula Batu Dalam Tasik 10 Kaki.

-------------------
-------------------

Cuba,

Kau,

Campak gula batu dalam tasik sepuluh kaki,

Dan,

Kau rasa,

Manis atau tidak airnya,

Dan,

Begitulah tawarnya hatiku.


--------------------
--------------------

Monday, October 19, 2009

MANA TRIPLE ACTION AKU?

.
.
.
.

Celaka (dengus),

Aku punya triple action,
Ada 3 line jalur,
Ghaib,
Untuk esok,
Sudah 3 hari,
Gigi aku,
Tidak sekuat macam dulu,
Dan, tidak seputih gigi kau,
Lalu, hancur luluh kerana rindukan,
Triple action kau,
Ops, aku.
Ya, aku.

.
.
.
.

Sunday, September 20, 2009

Galak memuji, akhiran terpuji.

-----------------------------------------------------------------------------------


Dan pada satu syawal kali ini, bukan saja burung-burung galak melayang kerana cuaca elok, tetapi aku juga. Tidak kalah berbaju Melayu berwarna pelangi ala-ala kek lapis Sarawak manis-manis masam, aku terus-terusan bertakbir memuji Tuhan, memuji kuasaNya, memuji cintaNya, memuji kasihNya, memuji kesempatanNya, memuji kemurahanNya, memuji keindahanNya, memuji kesempurnaanNya dan aku mabuk memuji lalu terlentang di bawah langit biru hijau velvia. Akibat mabuk memuji, aku terpuji diri sendiri dan senyumku dan galakku diperhati burung-burung yang galak melayang sekali.



----------------------------------------------------------------------------------


SALAM LEBARAN HARI DUA.


-------------------------------------------

Friday, September 18, 2009

Sini, Biar Aku Seka Air Mata Dipipimu.



Teroleng-oleng Dia pergi,
Meninggalkan ruang masa berbaki,
Dan aku masih di sini,
Yang selalu mendera diri,
Berlutut dengan tangan menadah mentari,
Doa dengan harapan ketemu lagi,
Merayu kepada Tuhan,
Ya Tuhan.
Ya Tuhan.
Ya Tuhan..


Aku,
Jangan kau bersedih,
Sini, biar aku seka air mata dipipimu.


---------------------------------------------------------------


* Berkaitan dengan aku dan dia.
Dan dia itu Ramadhan. Dan aku itu aku.
Dan jika kau menghayati, aku itu juga kau.


---------------------------------------------------------------


olympus fe-280.
rumput hijau.


--------------------------------------------------------------

Monday, September 07, 2009

SAKAR (gula)

Pekat likat gula Melaka,
Pekatnya sama dengan malam menjengah pagi,
Manis usahlah aku kata,
SAKAR di bibir kubiar hingga sahur nanti..


SAKAR itu gula.
Gula itu manis.
Manis aku suka.
Pedas aku benci.




TERIMA KASIH. ;)



*tidak tamat lagi, bersambung lain hari*

Friday, August 21, 2009

Seyogia aku seorang supir.

( Sepatutnya aku seorang pemandu )


Biar cuti ini ibu lihat anaknya menyeka peluh membantu pergi ke hulu sini ke hilir sana tanpa letih tanpa alasan dan sungguh biar ibu tahu anaknya sangat mencintainya dan biar cuti ini diri jadi terasa dengan kehilangan kawan terbang jauh ke sana tapi masih bawah naungan tuhan yang sama dan berpesan akan aku supaya wajiblah kau belajar jangan leka-leka berfoya foya dan pasti, biar cuti ini aku berterang-terang seterus terang, seyogia aku seorang supir dan aku suka menjadi supir kerana aku yang memandu mobil seraya bangga pada jiwa sungguh juga terbukti yang aku boleh menjadi seorang supir jua walaupun kau seorang bibik rajin yang punya kerja bertemankan teman-teman kecil yang comel-comel bagai gula-gula kapas manis berwarna merah jambu di dalam balang kaca yang fragile .Noktah.

------------------------------------------------------------------

;)

Thursday, August 13, 2009

Oh Velvia.

Lagu berentak perlahan berlegar,
Sedang mata memandang,
Pasak-pasak hijau ditarah manusia goblok,
Langit berkepul seakan cendawan butang,
Maghrib tidak sabar-sabar menerajang asar pergi,
"Maybe tomorrow,I'll find my way home",
Lirik berulang, repetisi, berdefinisi tersendiri,
Oh Velvia hijau, kau teroboslah sirna ini,
Berikanku peluang,
Mencatat masa sakti dan berbaki,
Berikanku peluang menafsir diri,
Mencari maknawi ismi,
Mencari maknawi paksi..

===============================================================

*introspek*
affah,
machap,
11ogos09,
petang.

Wednesday, August 05, 2009

Soldadu Gelap Bawah Neon.


But getah hitam berkilat pantas ditanggalkan setelah berjam-jam setia menyarung kaki. Panas. Kakinya melecet. Diurut-urut kaki perlahan-lahan supaya terbuka simpul urat-urat yang membuatkan kakinya berasa tegang. Ahh, lega. Sedikit lega. Mulut disuakan sebatang kretek. Manis. Ahh, lega lagi. Asap kretek terbang menerawang meruap-ruap masuk ke setiap lubang-lubang rongga. Hidung, telinga, malahan mata. Jiwanya sedikit tenang. Mata ditutup. Dia mahu bermimpi...

=============================================================

"Undur, undur, bom tu nak meledak, cepat undur." [menjerit]

BOOOM..

Api asap hancur luluh bergabung menjadi tragis. Dua soldadu mati. Hilang hancur badannya kerana serpihan bom. Tanah menjadi merah. Batang-batang pohon hanyir berdarah. Serpihan daging berterabur. Dia terkedu sambil masih berundur. Undurnya menjadi lari dan semakin laju dan laju lalu tertinggal jauh tempat berdarah hanyir. Dia perlu kembali ke pangkalan meminta bantuan. Dia berlari dan lari. Sesedarnya, dia sudah di bawah khemah palang merah, kakinya berdarah. Kata misi, jerangkap samar makan kakinya. Cuma sikit, tiadalah risau mana dia. Lusa boleh berlari. Itu cuma misi yang kata.

Belum lusa lagi, rasanya dah baik kondisi kaki. Batalionnya tidak cukup orang kerana ramai mati. Ada yang mati kerana periuk api, ada yang mati membunuh diri, ada yang mati tertembak ahli sendiri, tidak kurang juga yang mati kena bom. Dia perlu kembali ke hutan menembak musuh. Dia masih belum mati. Dia perlu berjuang walaupun sampai mati. Kaki yang terbalut bercalit darah merah kering dia buat tidak tahu. Lumrah padanya jika berdarah. Dia mencapai laras senapang, bom-bom tangan di selit celah-celah pinggang, pisau dan bermacam lagi alat ikhtiar hidup. Usai bersiap, terus keluar dia dari khemah. Dia kembali ke hutan. Dia mahu menembak musuh.

Tidak sampai jangka setanak nasi dia berjalan, ahh, celaka lagi. Tiga orang pula nahas. Bagaimana jerat dari daun-daun kering tidak nampak dek mata seorang soldadu. Angkara tidak berhati-hati, tiga orang tercucuk buluh runcing. Jerat musuh paling susah dikesan. Terobek-robek isi perut. Mati di situ juga. Dia selamat kerana berjalan di belakang yang mati. Tidak dia berundur kali ini kerana dia pasti musuh tiada berkeliaran di jarak itu dan seluruh jarak jejari bulatan ke arah pokok besar berdaun coklat. Dia yakin.

Tiba-tiba dia terasa longlai. Pokok pada asalnya berdaun coklat, dia nampak hijau. Dia nampak jalu-jalur angin yang bertiup. Dia nampak gadis-gadis kayangan berkepak menari-nari di hadapannya. Dia nampak kancil hutan melompat melepasi batang pohon tumbang. Dia nampak itu, dia nampak ini. Yang terakhir dia nampak ialah, dia sendiri terbang meluru pergi. Dia ingin tegur, tapi pengsan terlebih dahulu mematikan diri. Dia pengsan..

Sedar-sedar, dia sudah di bawah khemah palang merah lagi. Lehernya terasa sengal. Tangannya berselirat wayar-wayar air ubat. Misi di sebelah tekun mencatit sesuatu. Ahh, syukur dia masih boleh bercakap.

"Misi, apa yang terjadi?" [panik dan terkejut]

"Oh, syukurlah kamu sedar. Dua hari lepas, kamu dijumpai pengsan di hutan. Ada kawan mengusung kamu balik. Syukur kamu masih hidup. Itu satu keajaiban. Ohh, soalan kamu tadi. Ya, sebenarnya, kamu tergores ranting beracun keluang. Racun tu orang asli guna untuk bunuh babi hutan. Nasib baiklah racun yang dibancuh tidak berapa tajam kandungannya. Kamu cuma koma sebentar. Syukurlah. Bagaimana rasanya sekarang?"

Dia terkedu. Dia tidak mati lagi. Cuma mati suri. Soalan misi tidak terjawab. Dia rasa lemah. Dia rasa ajaib. Dia terfikir kenapa dia nampak dia terbang meluru pergi sebelum betul-betul pengsan. Longlai. Misi memahami. Dihulurnya segelas cawan berisi air jernih. Sejuk. Syukur dia sejuta kali kerana masih mampu minum. Kepala disandar ke bantal. Dia mengelamun dan tertidur. Dia bermimpi lagi..

==================================================================

"Soldadu-soldadu sekalian, batalion kita makin kurang. Kita tidak mampu menyerang lagi. Asas keperluan sudah kekurangan. Peluru cuma tinggal beberapa kotak. Tidak sampai sepuluh. Untuk itu, kita perlu bertahan. Perlu bertahan. " [tegas dan waja]

Dia sama berbaris di pagi hening itu. Pusing dalam kepala hilang sudah. Tidak sudah dia nampak jalur-jalur angin atau benda terbang atau apa lagi khayalan jelas hari itu. Dia tampak tenang hari ini. Beretnya rapi senget kekanan. Kemas. Dia berharap dapat ke hutan, menembak petualang palat. Cuma masih menunggu arahan dari komander. Kejap disisinya, laras senapang. Kejap dia pegang.

"AWAS. JAGA-JAGAAAA..."
[tempik bergema suara menggegarkan alam sarwajagat dan panjang bersahut]

[keadaan kelam]
[tempik teriak jerit serak suara di mana-mana]

Yang terakhir dia nampak, sebuah jet, satu bom jatuh dari perut jet, api, rakan terpelanting dan melayang, asap, dan hilang... Dia sedar beretnya terjatuh dari kepala bila dia terikut sekali terpelanting kerana gema gegar bom..

[hilang]

Sesedar, dia bukan bawah khemah palang merah. Dia bukan di medan perang-perang. Misi yang selalu menjaganya juga sudah tiada. Dia seorang di atas katil. Sebelahnya seorang lagi. Nampak cedera teruk seperti mahu mati. Dia berjuta bersyukur lagi.

Dari kejauhan, dia nampak susuk wanita seakan-akan isteri. Hatinya bersyurga. Isterinya bercakap-cakap dengan misi. Menoleh dan terus berlari. Oh, cintanya pada isteri terubat. Dia tidak mampu bercakap apa. Mulutnya herot. Pecah kerana terguris bucu kotak simpanan senjata. Bagaimana ia terjadi, dia langsung lupa. Dia lupa banyak perkara. Isteri bertanya, dia cuba menjawab, tetapi, entah. Dia kaku. Dia sangsi. Masihkah dia bermimpi. Dia keliru.

[bunyi suara bising paman-paman teksi bercerita tentang teksi]

Dia tersedar. Dia bersandar di tiang. Kreteknya habis. Sudah satu malam dia tidur. Kepalanya bingung. But getah hitam berkilat masih disisinya. Tidak terusik malah masih begitu kedudukannya. Dia membetulkan pinggang yang sakit. Aduhai. Meraung-raung pinggangnya. Meraba badannya, mencari parut di bibir kerana pecah terhantuk kotak. Tiada. Mencari parut di kaki kerana tercucuk ranting. Tiada. Yang ada cuma luka kakinya yang melecet. Entah. Dia sakit kepala. Kusut. Mimpi terasa benar. Luka terasa benar. Semua terasa benar.

Dia bangun, seraya bertanya paman teksi,

"Berapa lama aku disini ya?"

"Sudah mencapai dua hari kalau tak silap pakcik. Pakcik fikir kau sudah bangun dan tidur balik, rupanya, kau baru jaga. Rumah kau mana?"

[dia keliru]

Mencapai dua hari. Sungguh lama. Soalan paman tidak terjawab. Dia fikir, jika dia punya mestika embun, ingin dia hidupkan soldadu-soldadu yang mati dalam mimpi. Ingin dia bertanya tentang perang tadi. Dia tahu dia masih hidup kerana dia cuma soldadu gelap bawah neon. Dia bukan soldadu yang betul-betul mati dalam perang. Dia masih hidup.

Kasut disarung. Dia berlari. Mencari makan dan mencari bukti. Dia cuma soldadu gelap bawah neon. Dia punya hidup yang benar-benar berpijak pada nyata. Dia mahu terus hidup. Dia punya peluang hidup. Akhir sekali, dia membuat keputusan, mencari Tuhan..

-tamat-

==================================================================


*Kekadang, dalam diri ini, punya diri lagi. Kita selalu bermimpi untuk menjadi terkuat, tergagah, teratas, terberani, teragung, padahal, sebenarnya, kita cuma yang terlemah, terpengecut, terbawah, terhina dan mungkin ada yang lebih bawah..

Kosa kata -

*Soldadu itu askar. sojar. soldier.
*Misi itu jururawat.
*Paman itu pakcik tua.
*Palat itu orang yang tidak berguna.
*Mestika embun itu sejenis batu sakti yang boleh menghidupkan orang mati.

Friday, July 31, 2009

juitaku bukanlah sengsara.

Arakian, hancur dan terbunuhlah sebuah penciptaan paling lama sudah terbina pada tapak seluas tidak lebih dua tapak tangan. Buruh-buruh dan kuli-kuli setia bersama cangkul dan gerudi saiz sepemeluk batang pohon jati menghapus segala sisa-sisa binaan dan segala macam sangkaan. Kuli-kuli setia bekerja tanpa kata, tanpa berasa apa-apa.

Arahan kepala ketua menyuruh melicinkan segala. Bagi kosong. Bina yang baru. Yang baru pada tapak yang sama. Pada asas yang sama. Tapi lebih terbuka pintunya. Biar angin harum dan rasa kelat dari utara, barat, selatan, timur dan tenggara dan segala macam arah boleh masuk. Meluru meniup.

Maka, pelan binaan dicadangkan satu transformasi. Transformasi dari satu seni ukir binaan lama ke arah yang lebih baru. Lebih fokus. Pengukir masih sama, cuma bakatnya perlu jauh lebih halus. Seribu jurutera terlibat, kualiti satu hanya terlihat. Pada jurutera yang tidak mahukan apa-apa, terpilihlah dia.

Maka terbinalah. Gah indah cantik tiada salah dari setiap ceruk darjah pembinaan. Cantik. Tapi betul-betul kukuh masih tidak pasti. Angin dari utara, barat, selatan, timur dan tenggara dan segala macam arah boleh masuk. Meluru memusnah.

Pada jurutera yang berTuhan, doa pada Tuhan. Pada pelawat yang berTuhan, minta pada Tuhan. Dia lagi Kuasa. Pada yang prihatin, cuma tinggalkanlah sepucuk surat untuk aku baca. Peti pos warna merah sudah aku siapkan di hadapan binaan. Aku mahu cadangan kerana juitaku bukanlah sengsara.


========================================================================


Hakcipta.
Untuk tiru-tiru, tinggalkan surat dahulu.
Untuk faham-faham, tinggalkan surat dahulu.

Thursday, July 30, 2009

Merah Sebuah Meja.

Bunyi seolah yuda,
Kata gelak nista cinta,
Aku mendengar,
Bunyian warna merah,
Aku melihat,
Susun kata "doa buat kekasih",
Angin cemburu lagi,
Masa menampar pergi,
Pergi, pergi ..

====================================================

290709.2petang.
Sidewalk cafe'.

=====================================================

Tuesday, July 21, 2009

Biarkan Budak Lelaki ItuTerbang.

mak, aku nak terbang,
tapi tak tahu mana nak hinggap bila letih nanti.

mak, aku nak terbang,
tapi pelepah sayapku masih halus lagi tidak bersakti.

mak, aku nak terbang,
tapi tak tahu lagi mana destinasi.

mak, aku betul-betul nak terbang,
kata tabib, ini kali pertama aku nak terbang,
kata aku, betulkah aku jenis yang reti terbang?


----------------------------------------------------------


Bermula lagi hari ini,
Meninggal semalam,
Bermula dengan pagi hening,
Tak bisa meramalkan,

Bermula terbit matahari,
Seterik mentari,
Belum tahu apa kan terjadi,
Cuaca petang nanti,

Mendung tak semestinya hujan,
Dan hujan itu tak semesti pilu,
Ribut tak semestinya petir,
Kemarau itu tak semesti banjir,

Lautan tetap membiru,
Sungai sering kekuningan,
Jernihnya air di kali,
Semuanya rahmat Ilahi ..


Kopratasa.
Nikmat Alam.

----------------------------------------------------

Monday, July 20, 2009

Biarkan Budak Lelaki Itu Menangis.

Di balik jendela berkaca biru dan hijau pekat bercampur kuning itu, subuh makin menjengah. Embun-embun makin galak menghinggap hujung-hujung daun. Tidak kiralah dari serendah pokok senduduk hinggalah setinggi kelapa pandan, embun pasti menghinggap daun-daunnya. Langit sudah sibuk untuk bertukar warna. Dari warna biru gelap ke warna putih kebiru-biruan. Tanda datangnya siang makin datang dan akhirnya, mentari muncul seperti hari-hari sebelumnya. Tidak banyak yang berbeza, cuma yang berbeza ialah matlamat hidup untuk yang masih bernyawa dan yang masih mampu berjalan meneroka jalan dan denai kecil kehidupan.

Budak lelaki itu keluar berbasikal. Hajatnya mahu membeli nasi kerabu berlaukkan daging bakar. Seluar berkotak-kotak dan baju putih disarung. Duit dua ringgit tergenggam dalam genggamanya. Itu sahajalah duit yang ada padanya dan itu sahajalah untuk makan hari ini. Basikal digatih perlahan-lahan. Tidak kiralah permukaan buminya rata, berbukit atau berbatu, budak lelaki itu terus mengayuh dengan perlahan. Harapannya untuk bersarapan dengan nasi kerabu berlaukkan daging bakar itu sungguh tinggi hinggakan dia tidak terasa jarak jauh antara warung dengan rumahnya. Wajah nirmalanya diusap angin pagi. Sejuk dan manja.

"Makcik, nasi kerabu daging bakar satu, bungkus ya", seloroh budak lelaki itu sambil mulut tidak berhenti mengunyah jambu air pokok pak entah apa namanya pakcik yang memberikan jambu semasa kayuhannya ke warung ini. Wajahnya bersulam bahagia.
"Mahu sambal lada ke tidak?"
"Tak payah cik, tak berapa suka pedas-pedas ni."
"Nah, dua ringgit lima puluh sen."

Ampun. Dia cuma punya dua ringgit. Mana mahu dicari lagi lima puluh sen yang selebihnya itu. Dia ingin beritahu, yang dia cuma dua ringgit tanpa lima puluh sen, tapi dia malu. Cikgu ada kata di sekolah yang kita tak baik meminta-minta. Kawan-kawan golongan bangsawan ada kata di sekolah yang fakir tetap fakir dan perlu selalu bekerja. Andai sang yang Dewata ada disisinya, mahu di pinjam lima puluh sen, tapi mustahil juga kerana dia masih malu. Dia malu tanpa berkata apa.

Dilepasnya bugkusan nasi kerabu, seraya digatihnya basikal laju-laju. Tujunya ke arah tali air sebelah hijau sawah. Dia mahu menangis di situ. Mahu menangis di hadapan daun-daun padi, mahu menangis di tepi alur-alur tali air, mahu menangis di hadapan kerbau-kerbau balau. Biar semua tahu. Biar semua tahu yang dia bukanlah siapa untuk meminta. Bukan kerana harga sebungkus nasi kerabu, tapi kerana ego dan malu seorang budak lelaki. Biarkan budak lelaki itu menangis..
Biarkan jika dia seorang lelaki.


-------------------------------------------------------------------------------
cerita berkisahkan budak lelaki. budak lelaki yang mahu sarapan nasi kerabu daging tapi tak punya wang. dia malu dan ego dan terus pergi menangis.

tersirat =

kita sebagai lelaki sepatutnya tegap pendirian dan jangan mudah menangis. ego perlu bertempat.
perlu percaya kuasa maha besar pasti menolong tika susah.
lelaki dan perempuan seratus peratus berbeza. masing2 perlu terima seadanya
.

-------------------------------------------------------------------------------


Hakcipta terpelihara.


------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, July 15, 2009

Salahkah jika aku menyukai bunga?



Bunga ciptaan cantik,
Lagi cantik dari alis matamu,
Lagi cantik dari paras gayamu,
Lagi cantik dari tutur cakapmu,
Lagi cantik dari segalanya yang ada padamu.
Salahkah jika aku menyukai bunga?

Bunga ciptaan indah,
Lenggok seni kelopaknya,
Senyum ceria cerah warna,
Lambai daun hijau kuning berdua,
Indah melawan bintang di atas awan,
Mentari segar menyinar kilat debunga melawan,
Salahkah jika aku menyukai bunga?

Malang seribu kali sayang,
Bunga tiada reti berkata,
Bunga tiada reti berekspresi,
Bunga tiada reti berjanji,
Bunga tiada reti berlari,

Cuma,
Bunga reti berzikir dan bersaksi,
Masih salahkah aku menyukai bunga?

Masih?


--------------------------------------------------------------------

Bunga kertas cantik tapi tiada berbau.
Bunga mawar cantik tetapi berbau.
Yang mana satu di hati kamu?

--------------------------------------------------------------------

AMARAN KERAS =
Jangan samakan bapok, pondan, nyah, dan segala macam
golongan itu dengan bunga.
Bunga tahu dia bunga, mereka tidak tahu mereka siapa..

---------------------------------------------------------------------



cuba teka gambar di atas, gambar bunga apa.
teka dan tanya pada semua..





affah.
1230.
15julai09.

Wednesday, July 01, 2009

Melodi memuji.

Punya lama berpusing di tepian galaksi-galaksi berlengkok berseni, baru aku perasan yang tidaklah tinggi mana aku ini. Lantas aku turun dari galaksi, menari-nari ketepi sambil menatap muka depan akhbar hari ini. Ahh, bertelagah lagi pemimpin. Semua cakap dia dibetulkan. Yang salah jadi tepat dan yang benar tersingkap. Kucampak akhbar, ditarik graviti mentari, terbakar, hangus, hilang, mampus. Berhenti menari, dahaga sebentar, rehat di tepi kali yang punca airnya makin kering dan tandus.

Hari ini aku seorang sendiri. Kaki menemani kaki dan badan menemani badan. Aku mencari pokok, aku bersandar di bawah rimbunan hijau daun-daunnya. Kepala dan belakang disandar terus ke atas batang pokok. Tiada buah, cuma daun hijau-kuning pucuk pisang. Pembesar suara bersaiz telinga aku sumbat ke dalam telinga. Dua-dua belah sudah tersumbat. Lagu beralun aku pasang. Tenang dan melapangkan. Aku biarkan melodi indah itu menyeret aku ke alam lain.

Alam yang lagi jauh dan lagi berlapis. Aku akhirnya hilang lagi.
Hilang dalam melodi mengasyikkan. Melodi memuji.

---------------------------------------------------------------


affah.
satu julai.

Friday, June 26, 2009

Bila Tuhan Beri Sakit . . . Apa Kau Kata?

Pertama-tama sekali dan yang terawal,
sayangkan Tuhan mencapai keabadian,
sayangkan diri pula menahan sakit-sakitan,
sayangkan ibu dan ayah dan makcik tiada bersempadan,
sayang akan kawan, pasti berpanjangan.

-----------------------------------------------------------------

Bilamana ibarat deria kau ditarik satu satu,
Ditarik halus dan perlahan,
Ngilunya menyiat daging-daging bibir,
Apa kau kata?

Bilamana ibarat kepala kau berat seperti dililit bata padu,
Dililit kejap dan kemas simpul mati,
Hilang kawalan kau seperti kau pijak dunia tanpa kaki duamu,
Apa kau kata?

Apa kau kata?

Jangan, Jangan kau kata Tuhan itu kejam,
Jangan, Jangan kau salahkan Dia,
Jangan, Jangan sesekali berkata demikian,
Jangan, Jangan kau salahkan Dia.


Sebutlah namaNya,
Sebutlah namaNya,
Sebutlah namaNya,
Tolonglah,
Sebutlah namaNya.
---------------------------------------------------------



affah
1 sepuluh am.
bibir merekah dibelai lip balm.
ahh.

Saturday, June 20, 2009

Shh. ini cerita orang kita.

Apa?
Apa cerita?

Ceritanya berkisarkan halal haram nyawa naik turun.
Manusia jarang syukur atas nikmat.
Jarang sekali ingat.
Sungguh jarang.

-------------------------------------------------------------------------

Sementelah beribu tahun, maka lahir berbondong-bondong lagi golongan ini.
Siapa salah bukanlah sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab manusiawi mencari keredhaan Ilahi. Adakah mereka mencari dan berapa lurus jalannya?

-------------------------------------------------------------------------

Nabi Luth berkata:
“Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.
(168) Surah Asy-Syu`ara..

-------------------------------------------------------------------------

&#@%$ = "Hey, you kat INTi tak pernah pergi Smokey's ke? "
Saya = "Aku cuma pergi tempat kenyang-kenyang je, Smokey's pun aku tak tahu apa."
&#@%$ = "Takde life la you all. huh.."
Saya = [bermonolog dalaman]
"Apa la maksud life yang kau faham dari sudut kau. Bodoh. Palat
(orang yang tidak berguna)"

--------------------------------------------------------------------------



Sejenak bersama Salah dan nasi ayam dan ayam
di universiti luar biasa.

Luar biasa bukan?

Shh. Ini cerita orang kita...