Wednesday, December 03, 2008

mahuku . .

*terbenamnya matahari aras temenggong

MAHUKU

Mahuku menjadi seorang patuh,

Mahuku menjadi seorang taat,

Mahuku menjadi seorang setia,

Mahuku menjadi hamba mulia,

Mahuku ini dan mahuku itu,

Terlalu banyak mahuku hingga terbeban,

Hingga tidak termakbul segala mahuku,

Lalu terzalim diriku kerana pesongnya jalan mengejar mahuku,


Itu semua mahuku yang dulu,

Kini aku mahu menjadi baru,

Lebih matang mencari mahuku,

Lebih matang dari dahulu,

Kubah langit lazuardi selalu,

Tandanya masih berpeluang aku mengotakan mahuku,

Mahuku ini dan mahuku itu,

Terima kasih yang Maha Satu itu,

Akan kukota mahuku,

Sebagaimana Kau kota segala janjiMu kepadaku..



AbdulFatahFirdausBinAbuHanipah

Selasa,

Satu Januari 2008



2 comments:

Ainnudin Asyraf said...

sedap dowh sajak nie...

cube ko antar kat mingguan malaysia!!!!!

fatah85 said...

hmm.terima kasih cheeman.
sekadar tulis tulis sahajalah.
jadi hobi..
minat sastera, terukirlah kata kata.
hehe