Wednesday, February 11, 2009

Senja.. Berhentilah di Rahmanputra.



Ahh, desir kipas angin dan pendingin hawa benar-benar melegakan fikiran yang kusut bagai dawai-dawai besi. Solat asar sudah usai. Hajatnya mahu baring-baring, tapi kerana sudah lewat petang, hajat hanya dibiar hilang. Hilang ditiup kipas angin. Jauh melayang. Merenung di balik tingkap berjeriji besi, melihat deretan kereta tersusun cantik. Sambil-sambil mencapaikan mata ke dada langit, mencari burung riang dan pesawat terbang. Damai teramat petang di kolej selepas diserang hujan berjuta juta titik. Lebih-lebih lagi setelah habis mencoret ilmu kimia ingat-ingat lupa di atas kertas kajang putih.

Soalan susahkah?
Kurang bacakah?
Tidak fahamkah?
Kurang masakah?

Fikir dalam-dalam, jenuh rasanya. Apa sajalah. Tulis pun sudah, tidak perlulah bertelagah berbalah. Lihat pokok rimbun di luar itu. Sebelah Rahmanputra. Tidak bergoyang kerana tiada angin. Tenang . . .
Sambil berfikir macam-macam, ringan jari menggerak-gerakkan tetikus. Mencari lagu 'KeredhaanMu'. Dengar dan dengar. Mata masih melihat pokok. Cantik dan menyejukkan dua bola mata ..

"Dan di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang yakin dan pada dirimu sendiri.Maka, apakah kamu tidak memerhatikan?" [51;20-21]

Fikir?

Senja.. Berhentilah di Rahmanputra.
17 safar 1430.
12 februari 09.

4 comments:

Sabrina said...

senja itu cantek,,damai
=)

Anonymous said...

berhentilah d rg-17... hehehe...

Nabilah Farhana Yahya said...

ye..
jika kite perhatikan betul2, sekeliling kite menunjukkan kebesaran & keEsaan Illahi..
pokok, tasik n etc..

fatah85 said...

sabryna-
saya suka senja.
harith-
ya betul, datanglah senja ke bilik saya, datanglah hampir pada saya.
;)
bell-
tepat sekali bell. sokong kamu.