Wednesday, July 01, 2009

Melodi memuji.

Punya lama berpusing di tepian galaksi-galaksi berlengkok berseni, baru aku perasan yang tidaklah tinggi mana aku ini. Lantas aku turun dari galaksi, menari-nari ketepi sambil menatap muka depan akhbar hari ini. Ahh, bertelagah lagi pemimpin. Semua cakap dia dibetulkan. Yang salah jadi tepat dan yang benar tersingkap. Kucampak akhbar, ditarik graviti mentari, terbakar, hangus, hilang, mampus. Berhenti menari, dahaga sebentar, rehat di tepi kali yang punca airnya makin kering dan tandus.

Hari ini aku seorang sendiri. Kaki menemani kaki dan badan menemani badan. Aku mencari pokok, aku bersandar di bawah rimbunan hijau daun-daunnya. Kepala dan belakang disandar terus ke atas batang pokok. Tiada buah, cuma daun hijau-kuning pucuk pisang. Pembesar suara bersaiz telinga aku sumbat ke dalam telinga. Dua-dua belah sudah tersumbat. Lagu beralun aku pasang. Tenang dan melapangkan. Aku biarkan melodi indah itu menyeret aku ke alam lain.

Alam yang lagi jauh dan lagi berlapis. Aku akhirnya hilang lagi.
Hilang dalam melodi mengasyikkan. Melodi memuji.

---------------------------------------------------------------


affah.
satu julai.

2 comments:

Anonymous said...

bila pemimpin sudah bertelagah,
diri dipentingkan,
rakyat diabaikan..
katenye utk rakyat, tp sebenarnya utk rakyat nafsunya..

biarkan mereka bertelagah, sampai bila tak akan selesai,
sebab aku je betul, kau salah..

serahkan pada Allah,
biar DIA jadi hakim yang MAHA AGUNG dan MAHA ADIL..

hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI..

fatah85 said...

benar2 sangat2.
aduhai.