Friday, July 31, 2009

juitaku bukanlah sengsara.

Arakian, hancur dan terbunuhlah sebuah penciptaan paling lama sudah terbina pada tapak seluas tidak lebih dua tapak tangan. Buruh-buruh dan kuli-kuli setia bersama cangkul dan gerudi saiz sepemeluk batang pohon jati menghapus segala sisa-sisa binaan dan segala macam sangkaan. Kuli-kuli setia bekerja tanpa kata, tanpa berasa apa-apa.

Arahan kepala ketua menyuruh melicinkan segala. Bagi kosong. Bina yang baru. Yang baru pada tapak yang sama. Pada asas yang sama. Tapi lebih terbuka pintunya. Biar angin harum dan rasa kelat dari utara, barat, selatan, timur dan tenggara dan segala macam arah boleh masuk. Meluru meniup.

Maka, pelan binaan dicadangkan satu transformasi. Transformasi dari satu seni ukir binaan lama ke arah yang lebih baru. Lebih fokus. Pengukir masih sama, cuma bakatnya perlu jauh lebih halus. Seribu jurutera terlibat, kualiti satu hanya terlihat. Pada jurutera yang tidak mahukan apa-apa, terpilihlah dia.

Maka terbinalah. Gah indah cantik tiada salah dari setiap ceruk darjah pembinaan. Cantik. Tapi betul-betul kukuh masih tidak pasti. Angin dari utara, barat, selatan, timur dan tenggara dan segala macam arah boleh masuk. Meluru memusnah.

Pada jurutera yang berTuhan, doa pada Tuhan. Pada pelawat yang berTuhan, minta pada Tuhan. Dia lagi Kuasa. Pada yang prihatin, cuma tinggalkanlah sepucuk surat untuk aku baca. Peti pos warna merah sudah aku siapkan di hadapan binaan. Aku mahu cadangan kerana juitaku bukanlah sengsara.


========================================================================


Hakcipta.
Untuk tiru-tiru, tinggalkan surat dahulu.
Untuk faham-faham, tinggalkan surat dahulu.

8 comments:

Anonymous said...

binaan atas dua tapak tgn itu
tanda kegagahan
tanda kekuatan
tanda keyakinan
tanda kepercayaan
tanda kebergantungan
tanda kelemahan diri

juitamu tak sengsara
tak mungkin sengsara
selagi dia cintaNya

*cuba menyelami, membaca beberapa kali,meliti mksd tersirat
akhirnya, tanggapan sendiri tercipta

namun apa kata penulis?

KIBA kline said...

woahhhh. menarik.

Afe Oth said...

juita?

Syafiq Afifi said...

fattahi

terer gila!

fatah85 said...

amie - bagus interpretasi kau. aku sebagai penulis pun perlu baca hingga 2-3 kali untuk faham. aku rasa, setiap orang yang baca akan ada luahan tersendiri. jadi, tak perlulah diterangkan kerana luahan setiap kita berbeza ;)

kiba - menarik? haha. tak pening ke? aku pun naik pitam baca. aduh.

afe - juita = buah hati. "buah hatiku bukanlah sengsara."

butet - aku tahu kau perli. jumpa kau aku piat telinga.

nawiAreef said...

hoho..bpk ah, complex natang nih.
aku rasa jawapan pd persoalan yg kau tanya dlm ni, kau dah tau n kau da tulis..
papepon power ah..hebat

nawiAreef said...

wuu...komplex ni fatah..
tenang2...jawapan yg kau nk aku rasa kau dah ade.cuma kau x perasan je lah kot..
aku paham pon lps ape yg kau da ckp..tp bagos ah..karya hebat si fatah

air effects said...

bina tenang2.biar ia kokoh tegak tetap berdiri ats kaki sendiri.tepis anginangin itu.tak ada apalah.malaysia kan boleh..ughh.

ak yakin juitamu cantik dalamluar.terus berkerja jurutera.=)