Tuesday, September 22, 2009

AHMAD FIFY YANG BERAYA DAN DUIT RAYANYA.

Ahmad Fify berbasikal roda tiga. Dia menjenguk pagar, mengetuk pintu, menekan loceng ding-dong. Tiada yang membuka pintu. Dia mengayuh lagi. Samping hijau berbelang kuning dia lucutkan dan sangkut di bahu. Lagak pendekar berkeris lekuk dua belas. Lebih senang untuk dia mengayuh ke sana ke mari. Songkoknya juga sudah dia lempar awal-awal. Panas sungguh jika bersongkok.

Selang lima rumah sunyi bagai kuburan, dia yakin, rumah di hadapannya kali ini bertuan. Dia menekan loceng ding-dong. Kali ketiga dia tekan punat loceng itu, pintu rumah dikuak terbuka. Fify dijemput masuk. Yang ada dalam rumah itu cuma seorang nenek. Seorang. Bujang lagi gamaknya. Fify membuat taakulan sendiri.

Ribena violet sejuk berketul-ketul ais Fify teguk. Fify yang berumur lima tahun beberapa bulan bersembang dengan nenek tua yang dari paras wajahnya berumur tujuh puluh satu tahun. Nenek bercerita tentang hari rayanya pada tahun yang lepas-lepas. Tahun demi tahun nenek tua itu undur hingga sampai pada raya tahun zaman Jepun. Zaman orang masih memasak dengan kayu api. Zaman ais yang jika mahu dibeli, perlu disalut dengan habuk-habuk kayu tebal untuk mengekalkan kebekuannya.

Fify dengar teliti dan minat. Almond london dan corn flakes madu Fify kunyah. Sedap. Pandai nenek tua itu membancuh madu dan coklat. Sebati cair dalam mulutnya yang masih bergigi susu.

Habis bercerita tentang raya dekad lepas, nenek tua menghulurkan sampul duit raya. Berwarna oren dan bercorak bintang warna kuning, bunga api warna kirmizi dan ketupat warna hijau muda. Fify ambil dan simpan terus dalam kocek. Fify meminta diri untuk pulang selepas hampir tiga puluh minit di rumah nenek tua.

Fify bersalam, mengucup tangan dan pipi nenek tua, dan keluar. Nenek tua juga mengucup dahinya. Sebelum menyambung kayuhan basikal roda tiganya, Fify melambai-lambai pada nenek. Dia senyum, Fify senyum. Fify pulang dan bila dia pulang, dia bukan lagi budak kecil fragile berumur lima tahun, dia punya pengalaman dekad-dekad yang lalu. Fify sambung kayuh.

Selang beberapa rumah, masih sunyi seperti kuburan dan Fify tidak kisah, kerana rumah lain tidak punya ribena violet sejuk, tidak punya almond london dan corn flakes madu yang manis, dan tidak punya nenek tua yang pemurah bagai yb.

Tibanya di rumah, Fify membuka sampul berwarna oren dan bercorak bintang warna kuning, bunga api warna kirmizi dan ketupat warna hijau muda. Dalam sampul ada satu not. Not bergambar pohon pisang dan lusuh. Fify simpan dan dia tahu, itu duit.



*tamat*


------------------------------------------------------------------------------



SALAM LEBARAN HARI TIGA.



-----------------------------------------------------------------------------

8 comments:

Afe Oth said...

ahmad fify, alahai nama.
haha, lg kacak kalo pakai songkok.huh.

adh said...

memang true bagi duit zaman jepun.
tapi aku lagi prefer duit warna hijau terang,yang ada angka 5 dan 0 tu.

AISA. said...

wahaaa.
bunga apiii.
>____<

aliaa said...

duit pisang. cool.

tp kenapa...'fify'?

*sedap pulak air ribena*

fatah85 said...

afe - alahai nama. haha. huh. fify pun tak suka songkok, ini kan aku. lagilah. B-)lalaa.

adh - ;) rm100 tak mau? 50 apa barang.

aishah - panjang2 aku tulis, bunga api kau highlight. haish.

ali - aliaadalila. haha.cool.nenek cool. fify sebab aku mencari nama budak lelaki yg comel dan aku rasa fify tu comel lalu aku letak ahmad kat depan fify. bagi nampak betul2 lelaki. ;) hahaha. ni lagi satu. ribena yg kau highlight. hahahah. takpe2. memang sedap. kegemaran sepanjang zaman. ;)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

"mengucup tangan dan pipi nenek tua, dan keluar"

baiknye fifi..jarang ada kanak yang nak kucup pipi nenek tua yang baru dia kenal..

alahaii....

fatah85 said...

handhalah - fify tu lebih kurang saya masa muda2 dahulu. ;)

Afe Oth said...

uh fatah perahsantan.