Sunday, October 04, 2009

KEMBARA KE BULAN (versi panjang).

20



Kembara ke bulan. Aku ingin bawa kau bersama kembara ke bulan. Tapi, jet angkasa putih cuma muat satu orang dan orang itu pastinya aku. Ahh, tetap aku mahu kembara ke bulan. Tentang untuk membawa kau, aku cuba cari satu idea.

Ini kisahnya.

Aku bekukan kau atau dengan erti kata lain, mematikan kau sebentar. Jantung kau aku mahu berhenti kerana tidak mahu kau tahu yang aku mahu ke bulan. Selepas mematikan kau, aku potong lengan beku kau dengan pisau paling tajam agar kau tidak merasa pedih. Selepas potong, aku bawa ke bulan.

Sumpah kau tidak akan merasa sakit kerana, sebelum kau beku, aku telah membius kau dengan hembusan angin lintang dari negeri sembilan ke kuala lumpur. Tentang bagaimana aku membius kau dan cara aku menangkap angin lintang silir-semilir dan menyimpannya dalam uncang, kau jangan persoal kerana aku tetap mahu ke bulan.

Tiba di bulan, aku simpan rapi lengan kau. Turun balik ke bumi, aku potong jari belah kanan dan kiri pula. Kembali ke bulan, aku simpan rapi jari kau. Turun balik ke bumi, aku potong kaki-kaki pula. Sedikit panjang tetapi aku sabar. Kembali ke bulan, aku simpan rapi kaki panjang kau. Turun balik ke bumi, aku ambil badan kau. Kembali ke bulan, aku simpan rapi badan kau. Akhir-akhir sekali, tinggal kepala kau. Kepala kau, aku bawa sekali bersama selipar banana peel putih (hitam) kau. Akhir-akhir, semua lengkap.

Kembali ke bulan, aku cantumkan satu-satu secara sabar. Beku masih tidak hilang. Senyum di bibir masih mekar seperti sebelum kau beku sepenuhnya. Manis. Aku sambung rapi-rapi bagai memasukkan benang bulu bebiri ke dalam peniti yang saiznya kecil sekali. Dua hari aku bertinggung mencantum komponen-komponen beku jasad kau. Akhir sekali, usai.

Usai cantum, aku buka uncang angin lintang dari negeri sembilan ke kuala lumpur. Aku hembus angin pelan-pelan ke arah wajah bujur sedikit bulat kau. Saat itu, mata kau terbuka dan celik. Ohh, caraku berjaya. Mata kau celik luas dan bundar. Menatap aku dengan lensa yang sebelah lain sebelah lain kerana aku ada menukar lensa mataku dengan lensa mata kau (untuk lebih jelas kerana kau rabun dan aku mata helang yang kadang-kadang rabun). Melihat sekeliling ialah bulan tetapi indah. Ada pohon-pohon bonsai, ada kolam ikan, ada taman orkid, ada kedai makan dan pelbagai. Tapi cuma ada aku dan kau.

Graviti bulan sifar. Aku melompat seakan terbang, kau dibelakang, masih membiasakan diri dengan suasana baru dan lensa baru dan cantuman badan baru dan ada kau bertanya dan mengadu padaku,

"Hei, apa kau buat pada sendi-sendi aku? Sakit semacam dipotong rasanya."


Aku jawab,

"Apa kau mahu tahu kisah sebenarnya?"


Kau jawab,

"Mestilah mahu."

Aku jawab sambil melompat dengan tangan memegang orkid merah jambu,

"Inilah kisahnya. Dan, untuk pengetahuan kau, kita berada di bulan dalam satu pengembaraan."

Kau terkebil-kebil bingung. Leher kau masih kau pusing-pusing kerana kejang sendi.

Graviti sifar, aku melompat makin tinggi dan kembara aku ke bulan, bersemi.





*tamat*

22 comments:

air effects said...

wahhhh.ak juga mahu ke bulan.sendiri.jumpa d sana.

AISA. said...

kau tak ajak aku ye fatah.
baik.
*berlari ke ayamas lalu menempah set yg paling mahal tanpa mengajak kau juga.

>____<

p/s: kiba dh nak fly, kau tak rindu ke weh? haha. opps.

Syazwan said...

unSuR hYperBolA yG MelAmpAu..
MelAngKaui ekstrEm sEeKor cimPnZee...

aliaa said...

banana peel putih hitam.

*nnt aku bangga boleh ceritakan kisah korg kepada anak2 aku nnt.*

:P

Afe Oth said...

haha.
teguling guling.
tonyoh tonyoh mata.(bukan tenyeh dah)
lenguh pp.

wakaka.

fatah85 said...

syazana - pergi.potong elok2.jangan sakit sudah. ;)

aishah - hahaha. nak kebulan. jet muat seorang dan aku ditakdirkan memotong cuma seorang. kau nak pergi, kena potong. panggil sesiapa potong kau.ok.ok. ayamas pulak dah. haish. hm. tu pasal. malam ni aku rasa nak pergi jumpa kiba. hmm.

wan - kalau aku beruk, pasti aku bunuh diri. takdir lahir aku jadi seorang orang.

aliaa - fuh. banana peel hitam (putih) atau putih (hitam). dua dua boleh. ;)

afe - haha.lenguh pp pulak dah.jangan tonyoh mata. rosak lens. koyak nanti.lalaaa. B-)

izzahmohammad said...

camna nak bawak balik ke bumi semula?ngeh3

kaki said...

knp kene tukar mata pulak??
hurm....

lalala said...

oh.kalau aku ada sayap kan mudah aku ke bulan.laaaalaaaalaaaa. :|

fatah85 said...

miss hazzi - nak bawak balik ke bumi kembali. hmm. makan masa tu. mungkin tak balik2. ;)

kaki - mata mudah rosak. kalau kaki mudah rosak, mungkin akan tukar kaki. haha.

ajim - memang. tepat.

kaki said...

mulia sungguh tukar mata helang ngn mata rabun.....misterinye hanye penulis yg tau..

fatah85 said...

kaki - benar. tepat. mulia. ;)

kaki said...

ade versi pendek ke???tp baik beli je lens ape susah..hehehe..dapat color2 lagi...

fatah85 said...

nantikan. beli dan diberi, mana lagi bermakna? fikir.

Anonymous said...

hehe..
kali ini sedikit faham madahmu..

moga selamat hidup di bulan..
masih di alamNYA..

lalala said...

yeahh. XD

memang tepat.dan takkan kembali ke bumi eh?
bagus! XP

lalala said...

lagi satu.kau nampak macam sayap kau dah mahu keluar.cepat sikit.

fatah85 said...

amie - ;)' emote smiley bertahi lalat dihujung dagu belah kiri. sedikit faham ya. ohh susah untuk orang faham, dan kau faham, dan kau beruntung. ya, masih di alamNya, aku tidak lupa.

ajim - kembali pasti. tapi mungkin tak kembali. indah bulan jauh nian dari bumi. ;) sayap. sudah lama. cuma aku sorok. tak mahu kelihatan. ;)

Afe Oth said...

lalaa..


saje nyemak.haha.

Aizuddin Jaafar said...

Aku tak mahu ikut. Nanti kena potong-potong-potong macam timun.

Jadi bawakan balik orkid bulan saja untuk aku.

lalala said...

hahahahahaha.okeh2.aku faham.

fatah85 said...

afe - ops. haha. sang semak. ;)

aizuddin - haa. tahu pun tak mahu ikut. bahaya oh. orkid bulan. nantikan.

ajim - ;)