30 (tamat)
Untuk pertama-tama kalinya, aku membuai-buai engkau di buaian, dan kerana langsinya tujahanku, engkau tersangkut di bucu awan. "Ouch". Padan. Esok aku kait.
Sementara kau tersangkut di bucu, untuk malam ini, kau berkenalanlah dengan bintang berlipstik kirmizi yang satu masa dahulu, aku menunggang dandelion dan disumpah mini untuk ditakdirkan berbicara dengannya.
Satu masa dahulu, satu malam sahaja, cukup untuk aku kembali menunggang dandelion sepuluh kali dan kembali ke sana, semata-mata, untuk bertanya,
"Kenapa aku yang kau mahu kenali wahai bintang?".
Sementara kau tersangkut di bucu, bersembanglah.
Sebelum mentari muncul esok pagi, aku akan kait kau kembali dari bucu awan.
Ingat, sebelum pulang, minta bintang solekkan kau dengan lipstik kirmiznya.
Ingat juga, sebelum pulang, minta yogurt asli dan ambil baunya.
Bukan apa, kasi kau sedar, yang baunya masam dan itu fakta.
*TAMAT KOLEKSI BINTANG BERLIPSTIK KIRMIZI*
Showing posts with label Koleksi Bintang Berlipstik Kirmizi. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 09, 2009
KERAPU COKLAT.
29
Liang-liang bawah dada pari aku robek-robek. Hari ini, itu kerja aku. Membelakangkan matahari, aku sentap-sentap insang merah darah. Hanyir berlendir.
Dalam banyak-banyak ikan dalam besen, aku cuma berminat untuk bersembang dengan kerapu coklat. Matanya bundar. Kepalanya bujur tapi, berpipi keras dan tajam-tajam. Insangnya, boleh buat darah mengalir tak berhenti dan boleh buat kau edan dalam sakit selama kurang sepuluh minit. Tak percaya? Cuba jolok jari dalam insang kerapu.
Dalam banyak-banyak perbincangan kami, kerapu banyak bercerita tentang kisar hidupnya di laut. Bercerita tentang bagaimana dia pernah tertelan plastik, tergigit umang-umang, tersedut mata kail, tercemar dengan pekatan minyak, terbatuk kerana pasir dan macam-macam.
Aku sibuk. Tahulah, aku kena concentrate dalam menyiang ikan kalau tak mahu jari tersiang sekali dan berdarah. Dan kerapu coklat pula bercerita makin panjang dan berjela. Aku melayan.
Dia bercerita pula bagaimana atuk neneknya boleh menolak pulau yang hanyut, ibu saudaranya boleh menyedut air masin hingga kering, abang angkatnya yang boleh bertukar menjadi squid dan membelasah jaws dan kuda laut sampai mati dan macam-macam. Gila.
Sampai satu tahap, aku suruh dia diam. Dan dia akur,diam. Mencebik muka masam. Pipi coklat berduri tajam jadi turun. Merajuk mungkin. Aku bingung. Apa kerapu ini tidak sedarkah yang dia kerapu?
Tiba-tiba, dia bersuara lagi,
"Apa kalau aku kerapu kau tak suka aku?"
Tangan aku belah kanan yang aku genggam pisau potong daging yang saiznya tidak kurang saiz tapak kaki, aku hentak kepalanya. Sepenuh kudrat. Sumpah. Aku saja suruh dia pengsan kejap, suruh diam kejap. Aku mahu concentrate.
Aku hentak pada kepalanya, tapi, kepala pari yang hancur luluh bagai digelek lori bukan kerapu coklat. Sial. Kerapu coklat hilang. Yang tinggal cuma lendir-lendir pekat badannya. Aku menjejak lendir, sampai ke parit.
Ouh, dia berenang sudah. Dalam air parit. Tawar.
"Woi kerapu, mana kau nak pergi? Sini kembali. Siniii."
"Aku nak pergi zoo. Nak berjumpa penguin. Mahu kirimkan salam cinta kau padanya."
"Mana kau tahu aku mahu kirim salam cinta pada penguin?"
"Tadi kau bercerita panjang tentang penguin, apa kau lupa?"
Aku bercerita? Bila? Bingung.
Dia sambung,
"Apa kalau aku kerapu, kau tak suka aku?"
"Suka."
"Apa kalau aku penguin, kau masih suka aku?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Sebab kalau kau penguin, kau akan ada dalam bilik kaca beku, di zoo, dan aku takkan dapat masa untuk bersembang dengan kau macam tadi. Hey, pulanglah."
Kerapu senyum, terus melentok-lentok ekor dalam parit, menuju ke zoo, mahu mengirim salam cinta pada penguin.
Dan aku, terus ketuk kepala pari separuh hancur sambil berfikir, bilamasa aku bercerita tentang penguin padanya.. Dia pandai baca gerak hati. Ajaib. Magis.
Siapa-siapa jumpa kerapu coklat dalam parit, ambilnya dan beri padaku. Dia masih belum pulang, dan aku rindu. Tentang penguin, abaikan kerana, bukanlah aku seekor beruang kutub untuk bersamanya bermain di ais.
*tamat*

Friday, October 30, 2009
BIANGLALA.
28
Bianglala mencorak gemawan,
Dekatlah lagi,
Ke bumi,
Ingin ku meniti,
Sambil menari-nari,
Lagu yang berlirik,
Pilihan mu,
Yang selalunya,
Menembak jantung ku,
Bila meniti,
Bianglala berjalur seribu.
*tamat*
*bianglala - pelangi
Bianglala mencorak gemawan,
Dekatlah lagi,
Ke bumi,
Ingin ku meniti,
Sambil menari-nari,
Lagu yang berlirik,
Pilihan mu,
Yang selalunya,
Menembak jantung ku,
Bila meniti,
Bianglala berjalur seribu.
*tamat*
*bianglala - pelangi
Thursday, October 22, 2009
JEJAKA KANTOR (2)
26 (sambungan)
Treet 2x.
Treet 2x.
Ya saya.
Ok, di kutub utara, petang ya.
Kenapa sana?
Cool.
Beruang putih dan anjing laut.
Ok. Tengah hari aku bertolak dari Malaysia.
Tuut [panjang dan berLarutan]
Tiba di kutub.
Dua-dua beku.
Jantung masih degup-degup.
Frostbite mamah jari dan arteri.
Yang berkejaran cuma beruang putih dan anjing laut.
Kemboja bandung beku lagi.
Menunggu mentari, bersabarlah..

Sunday, October 18, 2009
MANUK DEWATA.
27
Busur dan panah siap lengkap di belakang tulang belakang. Panjang alur tulang, panjang itulah busurnya. Dia mahu memanah manuk dewata.
Dipendekkan cerita, si pemanah suka bersiul. Dipendekkan lagi cerita, dia terjumpa manuk dewata bertenggek atas "skybridge". Betul-betul di tengah "skybridge" klcc. Sebelum dia membidik untuk memanah, dia bersiul-siul. Beberapa pelancong dari mana dan mungkin dari kalahari melihatnya pelik.
Tidak semena-mena,
Manuk dewata perasan akan kehadirannya.
Maha pekat warna pelepahnya dan kilat glitter saktinya dan gebu mulus pipinya,
manuk dewata menyumpah dia si pemanah dengan 'abrakadabra'nya.
Lalu, dia jadi tikus.
Ya, tikus. Warna coklat seperti jerry.
Dia tersedu terkejut.
Dalam tersedu dan terkejut, dia syukur kerana jadi tikus. Kalau jadi lipas, sudah pasti dia akan sembur ridsect bercorong dua ke dalam mulutnya sendiri. Biar mati diri. Lagi satu, lepas ini, dia takkan bersiul lagi.
Manuk dewata bertenggek dan tersenyum.
Jeratnya mengena.
Pada fikirnya, pasti tikus akan terus panjat klcc walau tinggi untuk bertemu betul-betul di hadapannya untuk meminta kembang sakti menjadi manusia kembali.
------------------------------------------------------------------
Tahu apa jadi akhir-akhir sekali?
Manuk dewata bawa tikus pergi jauh dari bumi.
Tahu apa manuk dewata?
Manuk = burung.
Dewata = peri (pari-pari).

Saturday, October 17, 2009
JEJAKA KANTOR (1)
26
Treet 2x.
Treet 2x.
Helo, ya saya.
Benar?
Tapi, saya cuma jejaka kantor.
Formalis yang menaip jurnalis.
Ahh, kamu, ada-ada saja.
TERIMA KASIH ya.
Sore nanti kita jumpa.
Bawah pohon kemboja berbau bandung.
Tuut [panjang dan berLarutan]
*tamat*
Treet 2x.
Treet 2x.
Helo, ya saya.
Benar?
Tapi, saya cuma jejaka kantor.
Formalis yang menaip jurnalis.
Ahh, kamu, ada-ada saja.
TERIMA KASIH ya.
Sore nanti kita jumpa.
Bawah pohon kemboja berbau bandung.
Tuut [panjang dan berLarutan]
*tamat*
Tuesday, October 13, 2009
KEBAL OH TIDAK....
25
dan kau tahu,
mataku kabur berpinar,
seperti helios berkulat dan,
melayang jasad,
jika kau tumbuk kuat-kuat,
di dada.
dan aku tahu,
sakit jantung malah demam,
boleh baik,
jika kau tumbuk kuat-kuat,
di jantung.
dan awak tahu,
dan kau tahu,
dan aku tahu,
ayat-ayat aku paradoks dan,
pelik (weird)..
*tamat dan terbatuk*
dan kau tahu,
mataku kabur berpinar,
seperti helios berkulat dan,
melayang jasad,
jika kau tumbuk kuat-kuat,
di dada.
dan aku tahu,
sakit jantung malah demam,
boleh baik,
jika kau tumbuk kuat-kuat,
di jantung.
dan awak tahu,
dan kau tahu,
dan aku tahu,
ayat-ayat aku paradoks dan,
pelik (weird)..
*tamat dan terbatuk*
Sunday, October 11, 2009
HAI..
24
Hai kawan,
Pinjam mancis,
Saya nak bakar prasangka,
Biar hangus jadi abu,
Boleh?
Hai awak,
Pinjam jarum peniti,
Saya nak cucuk jari dan pipi,
Biar terbukti ini bukan mimpi,
Boleh?
Hai awak,
Pinjam sedikit syiling,
Saya mahu ke vending machine,
Mahu beli ribena,
Boleh?
Hai lagi awak dan ini terakhir,
Pinjam rm 7.10,
Saya nak makan,
Boleh?
Kalau semua boleh,
Bungkus semua sekali dalam satu sampulan,
Salotep kemas-kemas,
Dan campak ke Tasik Laici,
Saya ingin menyelam mencarinya..
Ops,
Sebelum itu,
Hai awak,
Pinjam internal hard disk,
Dan yang ini,
Jangan campak dalam Tasik Laici ya,
Taku-takut rosak berkarat,
Awak pegang dan simpan,
Nanti saya timbul dari tasik,
Awak hulurkan pada saya,

Friday, October 09, 2009
INI MALAM, AKU EDAN (GILA).
23
Bawah lampu jalan,
Aku edan,
Dan bila ini terjadi,
Aku lihat kejora bujang (single),
Seperti mahu berlutut depanku,
Aku pandang awan istimewa (special),
Seperti mahu mengusap dadaku,
Aku dengar muzik di mp3,
Seperti mainan harp berulang seribu,
Dari inderaloka kelas satu,
Dan aku tenung kau di awan bercorak,
Berjoget melentok bergelak menguntum,
Menguntum bergelak melentok berjoget.
...
Ya,
Menunggu kau menjemput,
Aku tahu itu edan,
Hati kata tahan,
Tahan larut jangan cair,
Dan,
Ya,
Aku tahu itu edan,
Sumpahan dewa,
Bawah lampu jalan,
Dan sesungguhnya kawan,
Aku sikit lagi,
Nyaris mati,
Mencair tapi,
Mujur sedar dan,
Ya,
Ini malam, aku edan.
*tamat*
Keseluruhan,
1jam 15minit aku edan.
Bawah lampu jalan,
Aku edan,
Dan bila ini terjadi,
Aku lihat kejora bujang (single),
Seperti mahu berlutut depanku,
Aku pandang awan istimewa (special),
Seperti mahu mengusap dadaku,
Aku dengar muzik di mp3,
Seperti mainan harp berulang seribu,
Dari inderaloka kelas satu,
Dan aku tenung kau di awan bercorak,
Berjoget melentok bergelak menguntum,
Menguntum bergelak melentok berjoget.
...
Ya,
Menunggu kau menjemput,
Aku tahu itu edan,
Hati kata tahan,
Tahan larut jangan cair,
Dan,
Ya,
Aku tahu itu edan,
Sumpahan dewa,
Bawah lampu jalan,
Dan sesungguhnya kawan,
Aku sikit lagi,
Nyaris mati,
Mencair tapi,
Mujur sedar dan,
Ya,
Ini malam, aku edan.
*tamat*
Keseluruhan,
1jam 15minit aku edan.
Wednesday, October 07, 2009
GARUDA YANG SESAT ( LOST )
22
Penggawa memanggil orang kampung melalui mikrofon surau yang atapnya masih rumbia walaupun bermikrofon. Kata penggawa, maghrib malam ini, garuda sesat akan singgah di kampung. Orang kampung diminta bersedia.
Tidak kiralah, bersedia dengan senjata atau rumah terbuka. Sedia senjata takut-takut garuda berubah jadi naga, sedia rumah terbuka takut-takut garuda bawa buah tangan dari angkasa. Tidak dijangka. Sumpah tidak dijangka.
Hal demikian diambil serius tidak sikit pun enteng oleh orang kampung. Orang kampung terpinga-pinga bila hampir lewat malam hari mencapai, garuda tidak tiba-tiba. Sejuk dengan angin malam, salah seorang orang kampung cuba buat unggun api dari ranting-ranting bakau. Ahhh.. rupanya,..
Baru orang kampung yang seorang itu nampak yang cuma dia seorang di situ setelah unggun apinya galak melentok. Tiada lain, cuma dia seorang. Yang lain sudah masuk tidur. Pening dia fikir kenapa dia cuma seorang di situ. Akhir-akhir, dia penat fikir, dia duduk di tepi unggun api. Mencari haba-haba yang hilang akibat sejuk bayu.
Duduk saja, dia mengeluarkan telefon tangannya dari poket seluar. Ada satu teks mesej. Bar-bar penunjuk kelancaran talian, penuh. Bar-bar bateri makin, kurang. Betul kata iklan, "tiada bateri tahan selamanya". Dia menekan "peti masuk".
"Maafkan saya penggawa, saya sesat di angkasa. Pernah terjadi sebelum ini, tapi kali ini saya sesat lagi. Kepada yang membaca mesej saya, harap kamu jangan risau akan saya. Saya garuda. Saya mampu terbang., yang ikhlas di atas sana, GARUDA".
Dia terkejut dan reply pada Garuda,
"Sang garuda, kalau awak ada masalah atau sesat lagi, awak telefonlah saya. Saya ada di bawah, sebelah unggun api. Jangan risau, saya tidak menyediakan senjata, saya siapkan rumah terbuka. Lagi satu, macam mana awak dapat nombor saya?"
Selang 2.5 milisaat,
"Sudah lama saya ada nombor awak ;)."
Dia balas,
"Ohh, kalau begitu, singgahlah ke kampung saya ya."
Selang 0.01 milisaat,
"Saya akan turun membawa buah tangan dari angkasa. Tunggu ya."
Dia balas,
"Ya. Saya tunggu. Terima kasih Garuda kerana mahu berkongsi."
Dia menunggu dan berharap. Dan berharap. Dan berharap. ( 3 kali ).
Dalam hati, dia kata,
"garuda, kalau awak lost lagi, jangan lupa nombor saya"
*7 haribulan 10.
*petang menuju maghrib.
*sambil menunggu garuda dan berharap, dia menaip di sebelah unggun api.

Tuesday, October 06, 2009
TASIK LAICI.
21
tangan kanan genggam orkid,
tangan kiri genggam pisau tajam,
tanpa paracut,
tanpa pelampung,
aku terjun dari jet,
mahu tenggelam dalam tasik laici (manis),
menyelam mencari hati merah jambu,
yang dulunya warna pekat darah beku,
dan,
kalau-kalau ketemu,
aku mahu belah dadaku sendiri,
dengan pisau tajam (pisau potong jasad beku),
mahu simpan hati merah jambu dalam rusuk belah kiri,
mengganti hati pekat darah beku,
dan ingin terus hidup dan,
lemas dalam tasik laici (manis) dan,
selama mungkin..
[ tasik laici bertempat di bulan ]
*trip ke bulan ditutup (tidak pernah dibuka)*
*ini kesinambungan dari kembara ke bulan (20)*
*siapa yang komen, aku hadiahkan sejambak orkid dari bulan*
*..maka, selepas ini, kalau kau pandang bulan,
kau akan nampak aku berenang,
terbang dan melompat bagai kanggaru sawan..*
*tamat*
------------------------------------------------------------------------------
MAAF KAWAN, ORKID DARI BULAN TELAH ROSAK.
TAMAN ORKIDKU DICABUT POKOKNYA.
DARI PUCUK KE AKAR TERCABUT.
TAPI TIADA TANAH YANG DISODOK.
TAMAN NAMPAK OK.
POKOK-POKOK HILANG.
MUNGKIN BUATAN SEMUT API.
UHH.
MAAF KAWAN.
-----------------------------------------------------------------------------

Sunday, October 04, 2009
KEMBARA KE BULAN (versi panjang).
20
Kembara ke bulan. Aku ingin bawa kau bersama kembara ke bulan. Tapi, jet angkasa putih cuma muat satu orang dan orang itu pastinya aku. Ahh, tetap aku mahu kembara ke bulan. Tentang untuk membawa kau, aku cuba cari satu idea.
Ini kisahnya.
Aku bekukan kau atau dengan erti kata lain, mematikan kau sebentar. Jantung kau aku mahu berhenti kerana tidak mahu kau tahu yang aku mahu ke bulan. Selepas mematikan kau, aku potong lengan beku kau dengan pisau paling tajam agar kau tidak merasa pedih. Selepas potong, aku bawa ke bulan.
Sumpah kau tidak akan merasa sakit kerana, sebelum kau beku, aku telah membius kau dengan hembusan angin lintang dari negeri sembilan ke kuala lumpur. Tentang bagaimana aku membius kau dan cara aku menangkap angin lintang silir-semilir dan menyimpannya dalam uncang, kau jangan persoal kerana aku tetap mahu ke bulan.
Tiba di bulan, aku simpan rapi lengan kau. Turun balik ke bumi, aku potong jari belah kanan dan kiri pula. Kembali ke bulan, aku simpan rapi jari kau. Turun balik ke bumi, aku potong kaki-kaki pula. Sedikit panjang tetapi aku sabar. Kembali ke bulan, aku simpan rapi kaki panjang kau. Turun balik ke bumi, aku ambil badan kau. Kembali ke bulan, aku simpan rapi badan kau. Akhir-akhir sekali, tinggal kepala kau. Kepala kau, aku bawa sekali bersama selipar banana peel putih (hitam) kau. Akhir-akhir, semua lengkap.
Kembali ke bulan, aku cantumkan satu-satu secara sabar. Beku masih tidak hilang. Senyum di bibir masih mekar seperti sebelum kau beku sepenuhnya. Manis. Aku sambung rapi-rapi bagai memasukkan benang bulu bebiri ke dalam peniti yang saiznya kecil sekali. Dua hari aku bertinggung mencantum komponen-komponen beku jasad kau. Akhir sekali, usai.
Usai cantum, aku buka uncang angin lintang dari negeri sembilan ke kuala lumpur. Aku hembus angin pelan-pelan ke arah wajah bujur sedikit bulat kau. Saat itu, mata kau terbuka dan celik. Ohh, caraku berjaya. Mata kau celik luas dan bundar. Menatap aku dengan lensa yang sebelah lain sebelah lain kerana aku ada menukar lensa mataku dengan lensa mata kau (untuk lebih jelas kerana kau rabun dan aku mata helang yang kadang-kadang rabun). Melihat sekeliling ialah bulan tetapi indah. Ada pohon-pohon bonsai, ada kolam ikan, ada taman orkid, ada kedai makan dan pelbagai. Tapi cuma ada aku dan kau.
Graviti bulan sifar. Aku melompat seakan terbang, kau dibelakang, masih membiasakan diri dengan suasana baru dan lensa baru dan cantuman badan baru dan ada kau bertanya dan mengadu padaku,
"Hei, apa kau buat pada sendi-sendi aku? Sakit semacam dipotong rasanya."
Aku jawab,
"Apa kau mahu tahu kisah sebenarnya?"
Kau jawab,
"Mestilah mahu."
Aku jawab sambil melompat dengan tangan memegang orkid merah jambu,
"Inilah kisahnya. Dan, untuk pengetahuan kau, kita berada di bulan dalam satu pengembaraan."
Kau terkebil-kebil bingung. Leher kau masih kau pusing-pusing kerana kejang sendi.
Graviti sifar, aku melompat makin tinggi dan kembara aku ke bulan, bersemi.

Wednesday, September 30, 2009
GADIS HANDMADE.
19
Asalnya dari tanah. Tanah asalnya dari Tuhan. Tuhan asalnya memang Tuhan ( baca = Tuhan memang tiada asal tiada akhir, tapi, ayat di sini bermakna yang Tuhan itu tiada sebarang penambahan dan tiada sebarang kekurangan ). Dia Maha Segala. Noktah. Samalah dia dengan manusia. Tapi tanahnya liat. Boleh dibentuk. Dan dia berbentuk seorang gadis.
Gadis itu harganya rm10. Bertudung biru dan berkurung biru. Pipinya blushing pink. Dalam ramai-ramai ciptaan, cuma dia bertudung dan berkurung. Cantik. Aku jatuh. Jatuh hati. Aku beli dia.
Sebelum beli, selepas beli, semasa beli, dia tetap senyum. Senyumnya mekar. Tidak surut-surut. Aku seperti mahu memberi separuh jantung yang berdarah panas untuk menghidupkannya. Malangnya, dia saiz mini. Dia handmade. Dia dari tanah liat. Badannya keras membatu. Tidak punya apa-apa. Kalau begini, bagaimana mahu aku menghidupkannya..
Ahhh, buntu.
Haa, dalam beberapa mikrosaat, idea lungsuri kapilari dalam otak. Idea bernas.
Dan sekarang, dia bernyawa, dan aku dapat lihat dia berjalan-jalan dan gelak ketawa. Kadang-kadang, matanya menjeling. Dalam matanya ada lensa. Dan dalam lensanya ada gadis handmade yang bertudung biru dan berkurung biru yang aku beli dulu.

Tuesday, September 29, 2009
HEI PERAWAN, TIDURLAH.
18
Tidurlah,
Biar gelap ini dakapmu erat-erat.
Tidurlah,
Biar malam ini rangkulmu kejap-kejap.
Tidurlah,
Biar sunyi ini bisik padamu,
"Hei perawan, tidurlah."
Dan tika itu,
Buka kaca lensamu,
Biar gelap mata putihmu,
Dan tidurlah.
Ingat,
Buka kaca lensamu.
*tamat*
0330 pagi.
*tidak tidur kerana kelawar ajak makan daging panas dan roti garing"

Sunday, September 27, 2009
FOX VIOLET MANIS.
17
Manis. Mulut Bunga manis. Liurnya penuh dengan larutan manis gula-gula fox violet. Ramai orang cemburu akan kemanisan gula-gula fox perisa anggur violetnya dan kemanisannya. Dia manis. Namanya Bunga, bukan kuntum, tapi orang.
Kak Siti suara lunak juga manis. Kandungan gula pada rona wajah lenggok suara melebihi paras normal. Manis benar. Manis seperti sakar. Bukan sakar dari lebah. Tapi sakar bunga. Bunga kuntum, bukan orang. Awas,bukan orang.
Awan biru-biru lazuardi nampak manis. Lihat lama-lama pun, mustahil jumpa pintu untuk ke angkasa atas sana. Tiada tombol untuk disumbat anak-anak kunci. Penyelesaiannya, awan perlu dirobek untuk ke angkasa atas sana. Bukan Bunga atau kuntum, bukan orang, tapi manis sungguh tiada tara.
Air sungai itu juga manis. Ikan-ikan dari gula batu berenang-renang melawan arus. Larut sikit demi sikit dan menambah manisan dalam air. Manisan menjadi mendapan, mendapan menjadi makanan organisma gula batu halus dan berpusing-pusinglah ekosistem. Seimbang. Bukan Bunga atau kuntum, bukan orang, bukan awan, tetap manis.
Dan kenapa masih orang suka pedas?
Benar, ia pelengkap rasa, tapi ia pembunuh manis.
Jika pedas hadir, Bunga mangkat, Kak Siti mati,
awan biru mendung, air sungai keruh.
Kasihan.
Fox violet manis, terus-meneruslah larut dalam mulutku.
Jangan kurang manis. Walau sedikit. Walau sesaat.
Tak mahu aku mati seperti Siti.
( Siti ini bukan versi Nurhaliza ya )
*tamat*
-----------------------------------------------------------

Friday, September 25, 2009
KEPALA BER'HALO', BELAKANG BERKEPAK.
16
Kepalanya ber'halo' dan belakangnya berkepak. Sudah lama dia inginkan kepak dan 'halo'. Dua elemen itu membolehkannya menjadi wira yang kebal dan sakti.
Ada sekali dia dilempar molotov berapi biru panas. Dia sambut dan simpan dalam kocek. Lihat. Dia sungguh bersakti dan kebal.
Ada juga yang cuba memotong kepaknya. Dia tidak terbang. Tapi melawan kembali. Lihat, bukan kebal dan bersakti, malah berani.
Kepalanya ber'halo' dan belakangnya berkepak.
Hari ini, dia duduk-duduk depan komputer riba, menjenguk the bintang dan mendengar 'secangkir kopi semanis puan' dari album canggung mendonan. Dunia berputar makin galak dan gila kerana berita-berita panjang-panjang dan kesudahannya bunuh.
'Halo'nya dia betulkan, kepak berpelepah disisip rapi. Baju dia sarung. Ayahnya kata, petang ini, ada tamu jauh akan datang. Malam ini kawannya akan terbang ke London. Salam kejauhan kawan.
"dingdong"
Loceng rumah ditekan punat. Anak-anak gelandangan masih datang beraya. Disiapkan rm satu, akan diberinya seorang-seorang. Jika anak-anak itu tanya tentang 'halo' dan kepaknya, dia akan diam. Kalau anak-anak itu mendesak, akan dia keluarkan molotov yang disimpan dalam kocek dan sumbat ke dalam mulut anak-anak itu. Biar meletup dan diam.
Ambil rm satu, dan balik. Jangan jadi gelandangan lagi.
*tamat*
----------------------------------------------------------------

Thursday, September 24, 2009
Doll dan Woody ( 1 )
15
Dia seorang Doll berambut paras bahu. Hatinya dan badannya dari kain perca yang dikutip dari lebihan kain alas meja, lebihan kain baju raya, lebihan kain satin mahal dan renda-renda langsir tahun baru cina. Maknanya, hatinya dan badannya punya banyak asal dan punya banyak warna.
Walaupun hatinya kain, tapi, hatinya mampu menyerap perasaan. Sudah sifat kain untuk menyerap, begitulah juga hatinya.
Satu hari, Doll berambut paras bahu ketemu sama Woody watak Toy's Story. Doll semacam berminat dengan Woody kerana dari fikirannya, Woody ialah seorang koboi bertopi dan berbaju kotak-kotak yang kool dan berani.
Tentang Woody, dia tidak punya hati walaupun dari luar, jasadnya seperti sherif berpistol. Dalam badannya cuma kekabu kapas lembut. Itu sebab utama Woody cepat terasa dan putus asa. Tidak seperti Doll yang tabah dan waja.
Dan pada akhiran cerita, Woody dan Doll menjadi pasangan bahagia. Kerana, Woody telah membelah dadanya, dan Doll menyumbat sedikit hati dari kain percanya. Kini, mereka seimbang. Doll punya perasaan dan cepat terasa. Woody punya perasaan dan cepat merasa.
Mereka cuba hidup dan satu hari, Doll doa pada Tuhan Pencipta manusia, agar dijadikan mereka berjasad seperti manusia. Dan kini, inilah, mereka cuba menjadi dua manusia yang jujur dan telus. Doa Doll makbul.
*tamat
-----------------------------------------------------------------

Friday, September 18, 2009
SATU JASAD, DUA BEKAS.
14
Ambil pisau tumpul hulu hitam berkilat ini, potonglah jasadku menjadi dua. Sebelah kau letak dalam bekas biru, sebelah lagi, kau letak dalam bekas hijau. Dua-dua bekas, kau letak dalam freezer tempat ketul-ketul ais kiub.
Biarkan bekas biru dan hijau itu di situ.
Segar sudah pasti. Jangan risau.
Ambillah pisau tumpul hulu hitam berkilat ini, potonglah aku kalau kau mahu. Sebelum itu, berikan aku sepasang kurung biru dan sebatang bunga api batang besi.
Aku mahu gembira sebelum kejang beku dalam freezer tempat ketul-ketul ais kiub.
Hidup sudah pasti. Jangan risau.
-------------------------------------------------------------
*tamat*
-------------------------------------------------------------
YA SEMUA INSAN, SALAM LEBARAN 1430H.
------------------------------------------------------------

Wednesday, September 16, 2009
KISAH SEBIJI KUIH PAU PUTIH BERNOKTAH HIJAU MUDA DI TENGAH.
13
Aku sebiji pau putih bernoktah hijau muda di tengah. Jangka hayat ku cuma satu hari setengah. Komuniti ku dibahagi kepada dua. Bernoktah hijau berintikan pekatan kaya manis bak madu, dan bernoktah merah berintikan kari daging yang pedas dan panas.
Petang ini, aku dihantar tuan ke masid untuk dipersembahkan kepada hamba-hamba Tuhan yang berlapar seharian. Aku bangga dapat ke masjid.
Aku lihat hamba-hamba Tuhan ini, mereka berlainan rupa, jenis, pigmen warna, saiz, tinggi dan dari setiap segi yang berlekuk, mereka berlainan. Sungguh lain. Tiada satu pun sama. Mungkin bagi pendapat ku sebiji pau yang tidak berakal, komposisi kalsium dan deria rasa pada gigi dan lidah hamba-hamba ini pun berbeza. Hati mereka lagilah berbeza. Seratus satu peratus aku jamin berbeza. Sungguh.
Beza sekali dengan komuniti pau aku. Aku telah dititikkan dengan warna-warni yang berbeza dan ditetapkan inti di dalamnya. Apa warna dititikkan di luar, itulah inti aku di dalam. Tidak susah dan tidak payah untuk membezakannya. Hati juga aku tiada. Maka jika tiada hati, aku lebih telus dan tulus. Aku pau, akulah pau.
Tidak seperti hamba. Mereka hamba, mereka boleh jadi alien dari zuhal atau marikh juga dan mungkin pari-pari atau para-para dari kejora atau inderaloka.
Tapi, jikalau aku (pau) diberikan hati, aku menolak. Kerana aku tahu, pau tidak mungkin akan berhati kerana rupa parasku tidak sesuai berhati.
Aku sebiji kuih pau putih bernoktah hijau muda di tengah siap siaga untuk dimakan. Dan tika saat aku menceritakan tentang aku kepada kau si hamba, aku sudah dikunyah habis-habis hancur oleh seorang hamba berbaju hitam yang suka makan. Nasib baiklah inti aku pekatan kaya. Tidak pedas tapi manis bak madu.
Aku hancur dalam mulutnya dan larut dalam liurnya. Tapi aku gembira. Kerana aku pau putih bernoktah hijau muda di tengah dan berintikan kaya.
*tamat. aku pau dalam perut kamu. hancur-hancur tapi masih berbekas rasa kayanya*

Friday, September 11, 2009
JUTA, KELIP-KELIP BAWAH POHON BEREMBANG YANG BERPINDAH KE BAWAH POHON CERI MERAH.
12
Adapun seekor kelip-kelip, namanya Juta. Baru dua minggu dia berkenalan dengan elemen tanah, air, daun, api. Dia baru saja membuka sayap dan juga baru belajar cara-cara untuk terbang dan menyalakan punggungnya dengan cahaya. Seronok rupanya hidup ini. Getusnya dalam-dalam hatinya setelah mahir terbang berpusing-pusing dan mengelak di balik daun dan ranting pohon berembang. Angin paya kadang-kadang menolaknya jauh ke tepi, tapi, berbekalkan semangat untuk terus hidup, Juta terus terbang pelan-pelan. Pelan-pelan, dan, pada suatu hari, Juta telah bertemu dengan musuh warisan zaman berzaman, iaitu manusia.
Angin petang itu, membawa Juta ke alam manusia. Dia masih termangu tidak mampu terbang dan tidak mampu menyalakan punggungnya. Dia ditangkap dan disumbat ke dalam botol mentega kacang cap “pilihan gadis” ( lady’s choice ). Terkejut bagai guruh petir yang mengiringi ribut besar dan menjahanamkan bumi bila dia disambar menggunakan tangan manusia.
“Sial punya manusia.”, hati kecil dalam hati besarnya menjerit nada berbisik.
Marah bukan kepalang bila kebebasannya diragut dengan senang. Akibat marah itu, punggungnya yang sebelum ini memancar cahaya kuning, bertukar menjadi cahaya merah. Sikit-sikit merah itu terang dan akhirnya, menjadi panas.
"Wah wah. Kelip-kelip ajaib. Kelip-kelip ajaib. Abang, tengok ni, kelip-kelip ajaib. Mentolnya kaler merah bang. Tengok bang, cepat ”, suara girang budak yang menangkapnya menembusi balang kaca tempat duduknya Juta. Juta yang masih buntu kerana memikirkan jalan keluar menoleh pada budak itu. Juta toleh perlahan-perlahan. Mencari ilham milik Tuhan. Haa. Juta punya idea macam mana mahu keluar. Kalau dalam kartun, akan dilukiskan atas kepalanya satu mentol yang bercahaya menandakan dia sudah dapat satu idea bernas.
Juta bercadang, dia mahu menangis semahunya hingga penuh air mata di dalam balang kaca dan sudah pasti si budak akan melepaskannya keluar kerana kasihankannya. Juta sungguh yakin dengan cadangannya. Mulai petang itu, dia mula menangis. Dia menangis semahunya hingga lemah-lemah badannya. Air mata di dalam balang kaca sudah paras buku lalinya. Dia terus menangis dan menangis.
Pagi hari esoknya, budak itu mahu lihat kelip-kelip yang ditangkapnya semalam (Juta). Dia pergi ke balang dan alangkah terkejutnya melihatkan balang kelip-kelipnya penuh dengan air. Juta (kelip-kelip) terapung di dalam balang. Mati. Matanya merah kerana lemas semerah punggungnya yang menyala malam semalam.
Budak itu memanggil abangnya. Abangnya datang, mengambil balang dan mencampak balang itu ke luar tingkap. Jatuh atas tanah dan pecah. Jasad Juta tergolek-golek atas tanah. 5 minit kemudian, semut-semut merah menghurung jasadnya. 30 minit berlalu, jasadnya bercerai-berai dan hilang dibawa semut ke koloni masing-masing.
***Dari kejauhan, Juta memandang jasadnya. Dia sedih melihatkan dia. Kerana ideanya yang separuh masak, dia mati begitu saja. Baru dia belajar terbang di bawah pohon berembang, sekarang terpaksa dia berpindah bawah pohon ceri merah di bawah lembayung inderaloka. Harapnya agar hidupnya lagi indah di bawah pohon ceri merah.***

Subscribe to:
Posts (Atom)