Sunday, October 18, 2009

MANUK DEWATA.

27



Busur dan panah siap lengkap di belakang tulang belakang. Panjang alur tulang, panjang itulah busurnya. Dia mahu memanah manuk dewata.

Dipendekkan cerita, si pemanah suka bersiul. Dipendekkan lagi cerita, dia terjumpa manuk dewata bertenggek atas "skybridge". Betul-betul di tengah "skybridge" klcc. Sebelum dia membidik untuk memanah, dia bersiul-siul. Beberapa pelancong dari mana dan mungkin dari kalahari melihatnya pelik.

Tidak semena-mena,
Manuk dewata perasan akan kehadirannya.
Maha pekat warna pelepahnya dan kilat glitter saktinya dan gebu mulus pipinya,
manuk dewata menyumpah dia si pemanah dengan 'abrakadabra'nya.
Lalu, dia jadi tikus.
Ya, tikus. Warna coklat seperti jerry.

Dia tersedu terkejut.
Dalam tersedu dan terkejut, dia syukur kerana jadi tikus. Kalau jadi lipas, sudah pasti dia akan sembur ridsect bercorong dua ke dalam mulutnya sendiri. Biar mati diri. Lagi satu, lepas ini, dia takkan bersiul lagi.

Manuk dewata bertenggek dan tersenyum.
Jeratnya mengena.
Pada fikirnya, pasti tikus akan terus panjat klcc walau tinggi untuk bertemu betul-betul di hadapannya untuk meminta kembang sakti menjadi manusia kembali.


------------------------------------------------------------------



Tahu apa jadi akhir-akhir sekali?
Manuk dewata bawa tikus pergi jauh dari bumi.


Tahu apa manuk dewata?
Manuk = burung.
Dewata = peri (pari-pari).




*tamat*

16 comments:

AISA. said...

kenapa bawa tikus pergi dari bumi?
ke mana?

hafiz zainuddin said...

hi bro. hahaha kasian tikus. tak smpi puncak lg da kna sambar hahaha situs yang bagus ya!

Aizuddin Jaafar said...

Kalau panah panjang sejengkal. Jangan Manuk Dewata hendak diduga.

Tak pasal-pasal jadi dinner untuk sang burung

Aizuddin Jaafar said...

Kau kena beli lens baru kot. Kau pakai kamera apa?

fatah85 said...

aishah - entahlah. tikus pun satu hal. suka siul siul. haha. tikus di bawa ke lain. bukan bumi. ke mana kita tak tahu. tapi dah jauh. ;)

terompah - nasib tikus. ;) heh. terima kasih ya ;)

siaizuddin - ini bukan pasal sejengkal dua jengkal. ini tikus punya angkara. siapa suruh siul2. hahaha. takpe2, manuk dewata tak makan tikus. dia bawa tikus jauh dari bumi. lenas baru? pesal? kamera slr. minolta x700. ;)

Afe Oth said...

tikus busuk.kan?

;)

akiraqeela said...

wah baru aku tahu
rupenye ade blog yg lg compleks dr hanisah punye :)
oh kire nye selama ini kau la sifu kpd nisa?
ptut la dye skrg ayat nye berterabur.
hehe

fatah85 said...

aqilah - ouch. apa sifu? mana ada. ayat aku terabur ke? penat aku susun,kau cakap terabur.

fatah85 said...

afe - tikus busuk. tapi, cikgu bm mulut lazer. haha. cikgu bm aku laa.lalaa

hnshzk said...

oi qila..sukati je..hahaha...
en. fatah bukan sifu sye ye..
ouh cakap ayat ak terabur lak..
T_T

isk.isk..

kaki said...

aku suke adabrakadabra manuk dewata!!
dia blajar kat mne??
sekolah magik ke??

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

hahaha.

manuk itu jika ikut bahasaku nun di borneo maksudnya ayam.

tikus itu si jejaka. perasan nak kan si gadis cantik...

akhirnya tak dilayan.
di sumpah pula.

alahai.
kesian.

siapa tikus siapa manuk?

fatah85 said...

nisa- bantai qila jom. hahaha.

kaki (kau jugak) - cesh. ada aa. mana boleh bgtau mana dia belajar. rahsia. biarlah rahsia.

handhalah - haha. borneo cool. masih pakai manuk. dalam kamus dewan, manuk ada simbol cross kat tepi. simbol yg bermakna sastera lama. heh. tikus tu memang. esh2. siapa tikus siapa manuk? cuba tanya tom. ;)

Afe Oth said...

cegu bm mlut lazer...ohhhh..

soalan soalan! (smbil agkt tgn)

sape tom?

fatah85 said...

cikgu bm aku laa. haha.
ya soalan diterima (tangan menunujuk ke arah orang yg bertanya),

tom?

tom cuma ada dalam komen2.
abaikan.
tiada kaitan. ;)

Afe Oth said...

tom dlm komen?

uhh.pening.