Friday, November 27, 2009

SEJARAH AMIN DAN BAU BAU BUNGA MATAHARI..

14



Menjadi kesukaan bagi Amin untuk mengumpul barang bersejarah. Mahu semua dikumpulnya benda yang dirasakan bersejarah. Dari pemain piring hitam, seterika lama, pinggan seramik biru biru putih, kamera tlr, atlas dunia, dan macam macam lagi. Kalau boleh, Perak-Man pun mahu dimilikinya..

Maka sebab itu, hari ini, Amin mahu mencipta sejarah. Dia mahu menjadi lebih wangi dari ros merah atau kemboja pink. Ya, itu yang mahu dibuatnya. Itu yang mahu disejarahkannya. Sejarah itu akan terpahat kukuh dalam dirinya dan akan menjadi sejarah bermakna dalam arkib hatinya.

Bukan apa, dia sudah bosan dengan bau hari hari dahulu, dia tidak pernah berbau seperti ros merah atau kemboja pink. Apa salahnya hari ini dia mencuba. Kalau bunga matahari berbau wangi, ingin juga dia berbau seperti bunga matahari. Itu sejarah satu.

Sejarah nombor dua, dia mahu laju dan bingkas pergi menyarung plastik pada sepuntung kepala yang dirasakan berharga yang terdedah pada hujan dan panas. Dia mahu elak titik titik hujan menyerap merayap ke dalam ubun ubun kepala dan kesudahannya demam.

Bukan apa, Amin punya hati, sebenarnya sudah berbunga. Noktah. Tapi, bukan senang untuk melaksanakan sejarah nombor dua. Jadi, dia perlu sabar dan memujuk hati dengan berkata, "Suatu hari nanti, akan aku sarungkan plastik pada kepala kau dan menepis titik titik hujan dan.."

Sejarah satu dan sejarah dua, Amin nak lipat dan simpan dalam kocek bahagian dada. Satu hari nanti, dia akan pindahkan ke dalam arkib yang khas. Khas untuk sejarah ciptaannya..





*tamat*

3 comments:

wr0ngsalah said...

ingat pesan miss zaleha???
haha..

gitau amin..
x yah sarung plastik lagi..
suh dia cari keja tuk pastikan plastik tu dia mampu beli dan kepala itu x lari..

Afe Oth said...

he..

hee..

fatah85 said...

x- ingat. m.zaleha kata kurangkan blog. tapi dia menyokong fesbuk. dan aku mahu melawan. tengoklah nanti.

afe- heee. (sawan) ? haha.