Showing posts with label Koleksi Ais Berona Putih. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Ais Berona Putih. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

BERJIMBA JIMBA

46


sabtu dan ahad.
aku berjimba jimba.
atas meja.
bawah bintang.
tepi bangunan.
dan dalam mangkuk aiskrim.


tapi malam ini, aku rasa pilu, kerana leher dia patah.
mati dan selamat disemadi.
oh Tuhan, ampunkan dosaku dan dosanya.




*tamat*

SEPOHON KAKTUS DI TAMAN PERMAINAN.

45



Dahulu dahulu, aku gemar berjimba jimba di taman permainan. Aku paling suka gelongsor yang berpusing 360 darjah. Bila di dalam gelongsor, aku seperti tak mahu temukan penghujung. Aku mahu terus menggelongsor sampai senak perut.

Baru baru tahun lepas, aku masih ke taman permainan. Seperti biasa, mahu menggelongsor. Tapi, kelihatan sepohon kaktus berbunga merah di celah telinga berada betul betul di tangga gelongsor.

"Hai kaktus, boleh tanya?"

"Oh tidak boleh. Kamu tidak boleh tanya. Tapi kamu kena menerima."

"Tapi kita tidak pernah bertegur kecuali senyum dan saya bla bla bla..."

"Do i care about that?"

Baru baru tahun lepas, aku bergelongsor dengan memeluk kaktus. Dia sudah jadi hari hari aku. Dan hari hari yang berlalu membuatkan ku lebih tahu. Dan kamu mahu tahu tidak, kaktus punya teras lembut lembab di tengah.



*tamat*



*

kerana lidah, mata berair hidung berhingus.
ada cara untuk kurangkan manja lidah?


*

Tuesday, January 26, 2010

OTAKKU BERSIMPUL DENGAN NADA SIAM..

44



semalam, ke kedai membeli mesin 'bunuh mati sendiri'. mesin 'bunuh mati sendiri' ada satu suis on dan satu suis off. masing masing berwarna hijau dan merah. hijau pisang muda dan merah bagai bara. mesin 'bunuh mati sendiri' berbentuk seperti penyedut hampagas. yang menariknya, elektrik tidak perlu di sambung untuk menghidupkannya. mesin spesyel ini akan hidup bila sampai masa.

dan masa otakku bersimpul dengan nada siam dan bingung campur baur, aku tekan suis hijau pisang muda buat pertama kali. mesin 'bunuh mati sendiri' hidup. aku arahkan ke arah seorang lelaki. selang tigaa miliseken, dia mati.

kepalanya tercabut dan tergolek. aku sepak dan melambung lantas di sambut gagak hitam. mungkin tujunya ke tempat sampah. tangannya separa hancur. perut hilang dan usus usus ada sikit yang terburai. paru paru nampak berdebu. dan baunya sungguh tahi. menjelikkan.

darah sikit terpercik. aku sapu dengan lengan. aku yang dalam hati pandang langit melongo dan nampak cerah. sungguh. akhir sekali sebelum memijak jantung si mati yang masih berdegup kerana involuntary action, aku buka manual mesin. di situ tercatat,

"mesin 'bunuh mati sendiri' hanya akan hidup bila anda (pembeli) betul betul matang dan mesin ini membunuh (mengikut derap nadi pembeli) dan mangsa sebenarnya mati kerana diri sendiri dan jangan risau tentang bangkai yang tertinggal. ia akan tersejat sendiri bagai air laut. "

"konsekuens penggunaan mesin ini, anda (pembeli) akan merasa perasaan anti lelaki untuk beberapa ratus jam."


tanpa berlengah, aku pijak jantungnya. injap terhenti mati. lalu aku berjalan pergi, dan meninggalkan bangkainya tersejat ke langit. menjadi hujan hitam..





*tamat*

Friday, January 22, 2010

OH I SEE...

43



Kekadang, terasa penuh dan sesak. Mahu juga lemas. Laksana peparu dipenuhi cecair dan hidung mulai pedih. Mati perlahan lahan. Dan tenggelam ke dasar.

Kekadang kan, terasa juga berpeluh dan panas. Dehidrasi. Dan terasa kering. Lalu mati meringkuk seperti cicak yang tersepit di celahan pintu yang bidang.

Boleh dikatakan, jika berasa sebegitu, aku mudah melongo dan ternganga. Memandang kamu. Dan tika saat itu, aku lemas dan tenggelam ke dasar dan mati kering seperti cicak buat kali seterusnya.



*dan siapa nak tahu, sejak aku tenggelam dan kering kadang-kadang, baru aku tahu yang cicak boleh terbang. Oh i see.. *




*tamat*

Thursday, January 21, 2010

SELEKSI WARNA..

42



Berus lukis dia pelan-pelan mengarah ke depan dan belakang dan ke arah yang masing masing bertentangan. Berulang ulang. Hingga hilang pekat tulisan 'kuning'. Kering dan akhirnya, dia memuncungkan bibir dan tiup dengan hembusan paling manja untuk memastikan, keringnya warna kuning.

Seraya datang satu perasaan untuk mewarna semua di sekeliling. Bermula dari tapak kasut, peha, pasu bunga, lantai, bibir, meja, beg dan debu debu halus. Dia mahu warna semua merah jambu. Matahari mahu diwarna hijau pucuk pisang. Kepul kepul awan warna kuning ceria seperti kuning emoticon.

Habis cat, dia akan menelefon Encik Bad supaya tambahkan lagi warnanya.

Esok dia akan sambung mewarna. Mewarna dengan cermat apa yang masih lagi hitam putih dan yang sudah pudar. Misinya esok, dia akan mewarna diri sendiri dari tapak kaki, betis, peha, perut, dada, dan menuju dahi dan akhirnya habis semua. Selepas itu, dia mahu telan lebihan cat dengan air gula.

Jujur, dia mahu stain warna merah jambu menutup lohong lohong lupa di otaknya, lohong lohong nafsu di perutnya, dan akhir sekali, mewarna hatinya menjadi merah jambu setelah lama berwarna hitam putih seperti dakwat dan kertas.





*tamat*

Monday, January 18, 2010

KALAU BULAN BISA NGOMONG..

41



Aku kehabisan kata,
dan hampir tak dapat bicara,
Dalam hati hanya ada rasa,
yang tak dapat kuwakilkan,
pada sajak lagu atau bunga.

Demi kamu aku pamit,
Sebentar aku ke langit,
Akan kugendong rembulan,
Kukantongi bintang-bintang,
Segera kubawa pulang,
(untukmu,) ya untukmu..



"Doel Sumbang & Nini Karlina"





*aaaaaa*

Saturday, January 16, 2010

JEJANTAS APUNG APUNG..

40



Gagak terbang rendah. Ak Ak Ak. Mencari bangkai atau paling kurang pun, sebiji epal busuk di celah celah plastik sampah yang berasa belas. Mungkin dalam mencari epal, dia akan mendapat yang lagi kurang dan lagi busuk.

Bosan dengan bangkai dan sisa, dia menadah kepak dan berdoa pada sang Pencipta agar ditemukan dengan hirisan keju parmesan atau yang lagi mewah dan menggiurkan. Ah, apa lah sangat hajat seekor gagak. Sial.

Hari ini, gagak terbang rendah lagi. Ak Ak Ak. Dan dia ternampak seorang belia berseluar jeans coklat dan berbaju hitam sehitam coklat pahit berjalan apung apung. Melintasi landasan keretapi paltform sebelah menyebelah.

Dia mendekat dan melihat, dalam kocek seluar belia itu punya hirisan keju parmesan. Tanpa tangguh tangguh, dia bertenggek di atas bahu dan hari itu, mereka menjadi kawan. Gagak tersengih dan belia itu menyepetkan mata sebelah kanan tanda setuju berkawan.

Orang tua tua kata, kisah belia itu edan dan gagak itu durjana, tapi, yang punya jawapan cuma mereka dan bagi mereka, yang mustahil dalam dunia ialah bila gagal mencuba.



*tamat*

Wednesday, January 13, 2010

PAHLAWAN MIMPI

39


Jadilah engkau,
pahlawan cinta,
Yang mewujudkan,
cinta di dunia.

Jadilah engkau,
pahlawan mimpi,
Yang mewujudkan,
mimpi yang tertunda.


Jangan gampang menyerah...



*Nidji. Ost "Sang Pemimpi" ( sekuel LP )*




*tamat*

Monday, January 11, 2010

AKU SEMAKIN MELUPAI..

38



Terbuai buai tubuh bila berjalan menyongsang arus di atas jambatan tepat jam melewati petang. Aku berjalan pelan pelan semata mata mahu mengintai cuma sebuah hati muda lewat berpuluh puluh orang yang lalu tidak berhenti. Langkah dan derap tapak kaki membuatkan ku bertambah yakin yang aku pasti bertembung.

Di hujung jambatan, aku masih menunggu sebuah hati muda yang berkaki untuk lalu dan melemparkan senyuman. Hampa. Yang ada cuma hati hati yang gelap kerana tar, hati yang berkarat kerana kecewa akan kekasih atau dengan pensyarah, dan paling perlu waspada, hati yang berniat untuk membunuh diri.

Ku seka peluh hamis dan busuk, dan aku tahu, aku semakin melupai. Aku semakin melupai kerana terlalu ingatkan sebuah hati muda yang harapan ku terhadapnya hanya untuk mengintai, menyelam dan bertapa di dalam isi dagingnya...



*

aduhai sang pelupa.

*


*tamat*

Sunday, January 10, 2010

BELITUNG..

37




Secara geografis pulau Belitung (Melayu ; Belitong) terletak pada
107°31,5' - 108°18' Bujur Timur dan 2°31,5'-3°6,5' Lintang Selatan...



*tamat*

BIBIR..

36



Biarkan angin angin malam menyerbu masuk ke rongga sementara kita menyorok di bawah bumbung hati. Tiada apa apa oder, tetapi, zon larangan telah ditetapkan untuk bibir yang kering kering dan hati yang murni yang selalu lebih menyukai.



*tamat*

Friday, January 08, 2010

CINTA CINTA AIRPORT

35


Penerbangan seterusnya, pesawat MH 1234, ke Daerah Bintang Madu.

Ulang suara..

Penerbangan seterusnya, pesawat MH 1234, ke Daerah Bintang Madu.


**Dingg**


Saat itu jugalah, juru-mekap, juru-kamera, juru-mikrofon, hero dan heroin mula sibuk sibuk. Perancangan untuk merakam filem semasa kapal terbang berpusing pusing mencari tempat mendarat tidak berapa menjadi kerana cuaca mendung. Cuaca mungkin bersedih akan pemergian hasan ke tanah jauh untuk orang orang yang tabah.

Dan akhir akhir sekali, penggambaran dijalankan di dalam airport. Dan tajuk drama kali ialah, "Cinta Cinta Airport". Mungkin Nur Kasih dan Awan Dania tak mampu mencelah lagi di tivi selepas "Cinta Cinta Airport", ditayangkan. Kerana, destinasinya jauh lebih indah, Daerah Bintang Madu..


**Dingg**



Skrip - Afe & Zul.



*tamat*

Thursday, January 07, 2010

AKU BEGINI, ENGKAU BEGITU.

34



yang paling berjasa ialah huruf huruf dan sengkang antara huruf. tidak lupa juga buat noktah dan koma yang tidak sudah sudah menghabiskan masa dengan Santa Claus yang selalunya jujur hingga ke pangkal.

jikalau diingati, bulan dan bintang tak pernah menghampiri kerana keduanya bercahaya murni dan segan akan diri. tapi, tidak mustahil, terjadi kawah di bulan yang sememeh dan cantik bintang bermekap hari hari dengan pemerah bibir, maskara, penggaris mata dan krim asas ialah kerana, mereka merindui antara satu sama lain.

bila itu yang terjadi, tidak mustahil jika aku begini dan engkau begitu.



*tamat*

Wednesday, January 06, 2010

PETANG KOSONG BERSAMA HUJAN JANUARI..

33



Selepas belajar petang petang, aku berbaringan. Memandang terus ke langit melalui tingkap yang terbuka luas bagai dada burung yang mengepakkan sayap tika di udara.

Langit petang, pijar. Di bakar kuasa mentari. Dan titis titis stim yang berebut naik meruap, sedikit membakar dahiku lantas, tidak mempedulikan siapa siapa, peluhku menitis titis demi titis. Jatuh melalui celahan rambut dan roma.

Regisir tentang penghidupan di dunia ini khusus dan telah di tetapkan. Maknanya, telah tercatit. Apa yang tersadung hari ini, yang gugur hari ini, yang indah malahan yang sedih hari ini, sudah tercatit. Cuma berubah kerana garis garis halus yang akan diubah oleh aku sendiri.

Dan apa kata, kita sama sama menuggu hujan reda di bawah pohon yang berdaun cokulat. Tentang panas dan stim dan peluh tadi, cuma mimpi aku sebentar semasa hujan mengulit indah bibir.

Selalunya, selepas hujan petang petang, akan ada bianglala. Dan apa kata, ikut aku jilat hujung bianglala dari sebelah kanan ke hujung belah kiri. Cuba cuba merasa warna prismanya.




*tamat*

Tuesday, January 05, 2010

GEBAR GANDAN.

32



Untuk hari ini, bergegas saya berlari (walaupun gaya saya berjalan) ke arah awak semata mata untuk bertanya, "Kenapa hari ini awak nampak hensem lebih dari apa yang saya selalu sangkakan?" . Dan dengan tenang awak angkat kening senyum senyum. Lalu diri saya menjadi kaget dan petang itu, saya mandi air bunga dan berjanji pada diri saya, untuk lebih mudah berlari ke arah awak.

Selain itu, saya juga berjanji untuk mencari benih bunga kecil kecil seperti yang terlukis pada kulit cotton awak untuk saya tanam di halaman rumah. Saya ingin tanam pohon bunga itu di sebelah zoo mini yang menempatkan lebih lima puluh jenis haiwan. Tempatan dan antarabangsa. Darat mahupun akuatik. Semua saya bela.

Dan dalam banyak banyak sangkar, cuma sangkar awak yang saya akan letakkan pendingin hawa dan sebuah dapur yang ada sebotol mayonis 'pilihan gadis' dan beberapa ketul nugget ayamas. Di samping itu, tidak lupa sekeping gebar gandan (kain selimut daripada sutera) kerana saya tahu, awak bukan seekor beruang kutub berbulu tebal. Tidurlah..

Esok, bila hari dan matahari menjengah. Bila juga awak jaga, pandanglah saya yang senantiasa sadar dan berada di atas kerusi malas di luar sangkar mewah awak sambil membaca buku tentang keindahan pelangi..





*tamat*

Sunday, January 03, 2010

TAMBAHAN TAHUN DAN KETUL KETUL AIS...

31


dua ribu sepuluh,
umur mencapai dua puluh,
kulit tidak pernah kering peluh,
jantung masih berdegup tidak lumpuh lumpuh,
dan ketul ketul ais berona putih,
makin menyamankan,
dan damai..


*


"sini kejap, aku nak berbisik."

"psst, af uh bwapo ao bum tap."

"apa tu?"

"maknanya, sudah ada stokin?"

"gaduh mahu?"

:)


*


beberapa hari lepas, papan kekunci ku bertanya tentang hati dan aku tidak tahu apa jawapan paling sesuai. dan sekarang, aku rasa, jawapan sementara yang paling sesuai untuk menerangkan tentang hati ialah ianya sejenis daging ber mekanisma mesin yang mampu mengungkapkan apa apa yang tidak boleh diungkap dengan kata, tingkah, atau pandangan mata. . . harap harap, buat masa ini, papan kekunci ku faham.





*tamat*

Wednesday, December 30, 2009

KU TADAH TITIS AIR KERAMAT,,,

ketulan ais ke-30


dalam diam diam,
ku tadah titis air keramat,
dalam bekas yogurt buah beri campuran,
500 gram kerana,
mengikut perancangan,
titis air keramat akan,
ku telan semula,
bila bila dahaga,
untuk menitiskannya..


malam ini, aku mahu membunuh. sumpah aku mahu membunuh. mangsa bunuhku tidaklah berjasad mahupun bersegi, tapi, aku akan cari di mana jantungnya. kalau ditakdirkan jantungnya ada dalam jantungku, limpaku, paruku, hatiku, otakku, tembolokku, mahupun dalam mana mana organ di dalam jasadku sendiri, sumpah aku mahu bunuh.. aku mahu robek, tikam, rodok, pijak, koyak, campak, ludah dan sebagainya. aku mahu membunuh. selepas mati, aku mahu kisar lumat lumat dalam pengisar yang bilahnya setajam buluh yang diasah oleh pertapa pertapa gua. hancur. biar jadi sehalus debu debu.
sumpah aku mahu membunuh.


maafkan aku, aku.


*


mencari ubat penenang bukan caranya dengan tidur, malah bukan juga dengan meminum jus epal merah dengan banyak, demikian juga bukan dengan cara memandang wajah di cermin berulang ulang. cara terbaik ialah sujud. berikan 5 minit untuk ku bersujud.
mahu kamu ikut aku? cuma 5 minit sujud bersamaku.




*tamat*

Tuesday, December 29, 2009

PULANG TANPA BATERI DAN HARAP HARAP TIDAK TIDUR MATI..

29


Cantik itu klise.
Indah itu klise.

Yang canggih cuma.
Hensem dan anggun.

*

dan gerabak gerabak pun berjalanlah meniti rel yang licin lagi lurus.
kau di dalam tanpa bateri. separuh mati.
harap harap tidak tidur mati.
sungguh nafsuku tidak berahi untuk membeli telefon baru.
tapi, sekurang kurang nya, kau tukarlah bateri lain.

idea lain, kau pikul telefon publik.

idea lain, kau diam diam di situ dan berlagak seperti tiang susur gajah hingga mak jemput kau dari rimba dengan payung payung yang besinya dari cinta waja keibuan.

idea lain, kau ragut telefon pejalan kaki dan lari kencang kencang.

dan mungkin kau boleh terbang dengan sayap sakti untuk pulang ke rimba, tapi, maghrib sudah menjengah. takut takut, kau berlanggaran dengan burung burung yang masing masing juga mahu pulang. ouch. hujan datang.



*tamat*

Saturday, December 26, 2009

MEMORI HIT'S..

28


selepas menggerakkan otot otot pagi ini dan selepas berdoa akan hidupnya aku hari ini, seraya aku menyanyi lagu Broery yang mulanya dengan, 'du du du du du duu'..




*tamat*

MASIH PUNYA BANYAK KEPING..

27


oh, sebelum indah pagi dingin menggigit, lari dan menyembunyikan diri, dia sudah bersedia dengan sebiji karipap, segelas teh ais dan sepiring pengharapan.

sedang mengunyah, dia ulamkan dengan meneguk teh ais, sepiring pengharapan dia letak di tepi. sebelah sikunya. dalam karipap, intinya separuh daging, separuh kentang. tiba tiba, tanpa disedari, gusinya tercucuk tulang ikan. ouh.

ah, dingin pagi sudah lari, sinar rawi memanaskan dahi. peluh memercik mercik. teh ais diteguk habis sehingga serdak serdak teh pun ditelan sekali. peluh memercik mercik lagi. panas. hot.

lalu seraya dia ambil sepiring pengharapan, dia kunyah sekeping demi sekeping.

dan pagi itu kembali dingin, walaupun sekejap tadi dingin sudah lari dan menyembunyikan diri.

sepiring pengharapan yang belum habis, dia simpan dalam tupperware. mana tahu, esok lagi panas dari pagi ini. mana tahu.

nak sekeping pengharapan? 100% dari tepung gandum. tiada kolestrol seperti kek dan keju.


*


kedai cendol bila nak tahu tapak?




*tamat*