24
Bukan selalu, petang petang begini aku meminjam tangga dari Uncle selang dua belah rumah. Uncle tanya, "Apa mau dibuat dengan tangga 20 anak?, slanga Tamil. Aku jawab, "Mahu memanjat hingga ke awan untuk mencedok satu skoop langit biru yang ku mau jadikan ais untuk satu skoop aiskrim." Dan Uncle terkedu dan lepas itu, aku dengar bunyi bedebuk. Pengsan dia agaknya.
Memang tidaklah cukup mengikut akal fikiran manusia dengan 20 anak tangga aku mahu ke awan biru. Jadi, aku mematahkan ranting ranting pohon ke'embung gugur. Ranting ranting itu, aku buat jadi anak tangga dan akhirnya, berjaya. Ouh rumit.
Petang ini, aku mula memanjat dan sampai di kaki langit bila waktu hampir lewat. Aku tidak terus mencedok satu skoop langit biru, tapi, aku cuba untuk bergayut gayut sambil memandang sekeliling. Mahu melihat dari pandangan rajawali. Mahu bernafas pada bayu segar beratus kaki.
Dan ketika itulah, baru aku sedar yang, angin sudah bertiup tiup mahu mengubah langit cerah kepada langit legap malam. Aku masih terbuai buai bergayutan dan langit biru masih belum aku skoop untuk dijadikan aiskrim.
Tangga aku patah dan jatuh satu persatu kerana angin yang tidak habis habis cemburu. Hingga aku boleh membilangnya jatuh satu satu. Tap tap tap tap. Dia patah. Dan akhirnya, tinggal aku dengan skoop dan awan awan membaluti langit legap malam.
Kalau begini, esoklah aku turun. Tentang langit biru, biarlah aku menikmati dulu sementara masih di langit. Tengoklah esok, kalau tak hujan, aku turun jika debunga dandelion yang menerbangkan aku dahulu, masih terapung di sini.
Tentang aiskrim, aku terlupa akan kon nya yang tertinggal di bawah. Ouch..
*tamat*
5 comments:
uh. cair saja.
kalau aku, aku duduk saja atas sana makan aiskrim.
takpayah turun takpayah pening mahu bayar bil telefon bulanan.
nyanyuk
demam bg baik betol2 dlu.
lama tak dengar 'bunga keembong'
aishah - takbest kat sana lama lama.sejuk.
nisa - cesh.
afee - holiks panas jadi ubat demam. oyeh. ;)
amie - sekarang kau dengar. haha
Post a Comment