Wednesday, December 16, 2009

TITIK-TITIK HUJAN PAGI, BASAHKANLAH AKU..

22



Malam likat ini mencapai dua pagi, hujan berebutan berdebur turun laju setelah dipandu malaikat-malaikat Tuhan untuk turun tepat ke bumi. Dan malam ini jugalah, aku kepingin untuk disentuh titik-titik hujan pagi setelah lama aku tersadai di lorong sepi yang selalunya, cuma ada anjing lidah basah yang menggonggong tulang femur berbentuk 'y' di dua belah datang menghampiri. Kadang-kadang, ada beberapa pengemis datang mampir dan, memberikan sepuluh sen dua kepadaku. Ahh.

Aku mahu titik-titik hujan pagi ini membasahi dari ubunku, turun ke dada dan melalui pinggang sebelum pinggulku kerana, sesungguhnya Tuhan yang Maha Mengetahui, dalam kesihatan yang jelas, aku lupa akan keperitan yang akan menyusul.

Sebelum lena, boleh kau hulurkan minyak gamat dari langkawi?
Takut takut hujan tak turun dan aku tidak basah. Sekurang-kurangnya, kalau kau hulur, hilanglah sikit perit ini. Lena sudah? Alahai..





*tamat*

3 comments:

puding roti said...

oh. hujan itu memang.

dan yg perit itu jgn bagi kena hujan. nnti pedih

wafi said...

aku tak penah nk dpt paham sastera kau fatah.
harap2 pasni kau bubuh la mksud sbnr at the end of your post
tq.

fatah85 said...

pudingroti - ouh. pedih aduhai.

wafi - oke. hantar emel, nanti aku kasi makna kat emel. oke tak?