Tuesday, January 05, 2010

GEBAR GANDAN.

32



Untuk hari ini, bergegas saya berlari (walaupun gaya saya berjalan) ke arah awak semata mata untuk bertanya, "Kenapa hari ini awak nampak hensem lebih dari apa yang saya selalu sangkakan?" . Dan dengan tenang awak angkat kening senyum senyum. Lalu diri saya menjadi kaget dan petang itu, saya mandi air bunga dan berjanji pada diri saya, untuk lebih mudah berlari ke arah awak.

Selain itu, saya juga berjanji untuk mencari benih bunga kecil kecil seperti yang terlukis pada kulit cotton awak untuk saya tanam di halaman rumah. Saya ingin tanam pohon bunga itu di sebelah zoo mini yang menempatkan lebih lima puluh jenis haiwan. Tempatan dan antarabangsa. Darat mahupun akuatik. Semua saya bela.

Dan dalam banyak banyak sangkar, cuma sangkar awak yang saya akan letakkan pendingin hawa dan sebuah dapur yang ada sebotol mayonis 'pilihan gadis' dan beberapa ketul nugget ayamas. Di samping itu, tidak lupa sekeping gebar gandan (kain selimut daripada sutera) kerana saya tahu, awak bukan seekor beruang kutub berbulu tebal. Tidurlah..

Esok, bila hari dan matahari menjengah. Bila juga awak jaga, pandanglah saya yang senantiasa sadar dan berada di atas kerusi malas di luar sangkar mewah awak sambil membaca buku tentang keindahan pelangi..





*tamat*

3 comments:

aliaa said...

:)

aliaa said...

dan seorang driver. ya. :P

fatah85 said...

aliaa daisy - haha. ye la kau. ;P