42
Berus lukis dia pelan-pelan mengarah ke depan dan belakang dan ke arah yang masing masing bertentangan. Berulang ulang. Hingga hilang pekat tulisan 'kuning'. Kering dan akhirnya, dia memuncungkan bibir dan tiup dengan hembusan paling manja untuk memastikan, keringnya warna kuning.
Seraya datang satu perasaan untuk mewarna semua di sekeliling. Bermula dari tapak kasut, peha, pasu bunga, lantai, bibir, meja, beg dan debu debu halus. Dia mahu warna semua merah jambu. Matahari mahu diwarna hijau pucuk pisang. Kepul kepul awan warna kuning ceria seperti kuning emoticon.
Habis cat, dia akan menelefon Encik Bad supaya tambahkan lagi warnanya.
Esok dia akan sambung mewarna. Mewarna dengan cermat apa yang masih lagi hitam putih dan yang sudah pudar. Misinya esok, dia akan mewarna diri sendiri dari tapak kaki, betis, peha, perut, dada, dan menuju dahi dan akhirnya habis semua. Selepas itu, dia mahu telan lebihan cat dengan air gula.
Jujur, dia mahu stain warna merah jambu menutup lohong lohong lupa di otaknya, lohong lohong nafsu di perutnya, dan akhir sekali, mewarna hatinya menjadi merah jambu setelah lama berwarna hitam putih seperti dakwat dan kertas.
*tamat*
4 comments:
kuning, bikin aku hyper. lala.
mr bad bangge dpt student cmnih..
bravo2!!
Aku mahu jadi kaler biru. Tapi part mata warna hijau hazel.
merah jambu. eeh.
Post a Comment