Friday, March 12, 2010

CIP CIP BOO.

00016



Kalau diberi yong tau foo, mustahil Thomas menolak. Dia akan makan dengan penuh perasaan. Sambil makan, dia mengurut jari si hensem yang terhantuk kaki katil. Balik sebentar lagi, dia akan gosok gigi. Kalau ketiaknya masam seperti benten pipi labuh, dia mahu mandi. Ditakdirkan mengantuk, dia mahu tidur berbantalkan lengan.

Sebenarnya, Thomas bukanlah sesiapa, cuma seorang laki laki yang awal awal dahulu sombong dan hari ini, dia rasa, planet dan bintang bintang jauh makin dekat dan mudah untuk dia melompat sambil membawa kemboja seharum kasturi.

Ahh. Dia lupa lagi. Bau hangit menusuk mata dan hidung. Dia tanak nasi tapi lupa tambah air dan nasi akhirnya sehitam tar. Entah apalah yang kau ingat Thomas. Apa kau masih ingat ingat tentang peristiwa kira tahi bintang? Aduhai manis.

Cip cip boo. Sembuhlah jari mu walau sekelumit luka cuma.

Lalu Thomas sambung makan yong tau foo, sambil urut jari, sambil membiarkan bau hangit nasi yang dia sengaja lupa kerana rasa yong tau foo yang kejap kejap pedas, kejap kejap lemak manis.




^tamat^

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Kalau tak tahu masak nasi makan megi sajalah. Hahaha.

Afe Oth said...

langkawi lagi jom. B)