00083
(ini lagu dalam cerita lion king. versi Pan flute. oh saya suka simba. simba itu anak singa)
pen amin habis dakwat. kertasnya lunyai. matanya kiri kanan tumbuh tangkai pannnjanngg pannnjanngg. tangannya kebas. kedua belah. dadanya sempit. kehabisan ruang. otaknya kecut. jadi ada ruang dalam tempurung untuk sumbat buku lima saiz dewasa. perutnya dilihat berlendir membuncit. dia ambil kertas kertas, sapu. tak mahu bagi orang nampak. kerana buncit, dia pakai baju labuh, tak bagi orang tuduh dia mengandung. yang sebetulnya dia laki laki. yang akan menjadi jantan.
selang beberapa jam, ada bisul di belakang. tepat di belakang. selari dengan kolum vertebra dalam anatomi seorang manusia. selang seminit, bisul jadi makin besar. lepas setengah jam, bisul jadi sebesar kepala budak lima tahun.
mak lalu. ketuk ketuk bisul. dalamnya kosong kerana bunyi Tok Tok Tok. mak tanya amin sakit? amin kata, taklah. biasa biasa saja. maka kata, oh oke.
amin tidur. bangun, bisul sudah jadi sebesar beg hiking. semacam beg tidur pun ada. sleeping bag. matanya sudah menyerupai siput. panjang bertangkai dan tiada berkelopak. badannya tidak lagi ada tulang belakang. dan katilnya penuh dengan lendir pekat. hingga menitis ke bawah katil lendir nya.
amin pandang cermin, dia jatuh pengsan. jaga, dia ambil fon, nak call siapa. dia tak tahu. dia buka internet, nak kahabarkan cemas pada siapa. dia tak tahu. dia cadang nak buat pembedahan di kuala lumpur atau mana mana. dia nak tanya arah pada siapa. dia tak tahu.
akhir akhir, dia ambil keputusan untuk menulis. nak menaip, takut rosak leptop. nanti lendir lendir kacau litar kibod. boleh meletup leptop. jadi, dia ambil pen biru. sebatang pen biru, buku catitan ada gambar dua pohon. dan itu saja.
dia duduk di penjuru bilik, tunggu esok menjadi lusa. krok krok krok.
^tamat^
Showing posts with label Pagi Pagi Icy. Petang Petang Spicy.. Show all posts

Saturday, August 21, 2010
Friday, August 20, 2010
AMIN TAHU DIA GADISNYA.
00082
Empat petang. Amin, ke pasar malam walaupun tidak sehat. Niatnya mahu cari kucing yang mengiau dan mengeluarkan auw auw auw bila ditekan suis ON. Mata kucing menyala warna kuning kuning hijau jika ditekan suis ON. Ekornya kedepan kebelakang, dan mengulang. Itupun jika ditekan suis ON.
Sifatnya serupa dengan kucing yang Tuhan cipta yang bersedia membawa bontot ke belakang dan ke depan sebelum menerkam anak burung yang berdecit decit mengepak mencari ibu setelah terjatuh dari perdu cermai. Tapi malang, pakai bateri dan hidup jika ditekan suis ON.
Seketika, Amin berpendapat, sementara menunggu kucing yang hidup jika ditekan suis ON itu dibungkus dalam kotak, ada bagus dia membuat duit. Menyanyi. Boleh kutip seringgit dua. Duit boleh simpan buat beli anak tangga. Ohya. Ouhya. Ouchya.
Itu idea bagus. Amin mampu. Dia jadi yakin bila dia mampu membeli piano, tiga buah buku dan nota kecil seratus helai. Seorang diri. Di Klcc. Titik.
Amin berdiri. Badan condong sikit. Dia buka baju. Tinggal singlet puteh. Buat gaya Amy Search. Tangan dia tepuk tepuk pada peha. Ambil rentak awal. Jauh jauh sana, ada bunyi serunai seruling gendang daripada artis Ekuador, tapi Amin peduli apa. Dia amat yakin yang pasti ramai orang akan mencampak duit padanya.
Hidup mesti jalan terus. Terus.
Pada korus Amin nyanyi, duit mencapai RM 2.50. Dia senyum. Nyanyi dia makin kuat.
Mencapai rangkap akhir, tepuk tepuk pada peha dia makin pelan. Makin tidak menepuk. Suara dia makin tenggelam. Tenggelam dalam bunyi seruling serunai gendang artis Ekuador. Bibirnya memucat dan tubuhnya melangit.
Celaka. Dia lupa bawa cajer.
Dan sekarang dia mati pelan pelan.
Amin harap, dalam kesempatan ini, ada orang yang mampu bawakan cajernya yang tertinggal di rumah dan sambungkan pada generator yang ada bawah khemah kedai menjual kucing yang sudah siap ditaruk dan dibungkus dalam kotak tadi.
"Nah bro. Kucingnya."
Dalam suara merangkak, Amin kata,
"Bro, ca a b uu t betry ku u cing. Letak be.. kang lee.... her aaaa ku uu."
.
Ahhh. Kembali bernafas. Sekarang Amin di rumah. Sedang mencucuk pusatnya dengan cajer. Dia tak pakai baju. Hari ini panas. Cadangnya, esok dia akan kembali tempat sama, dan menyanyi lagu sama. Dengan bateri yang penuh.
Hidup mesti terus, walaupun kucing yang mengiau dan mengeluarkan auw auw auw bila ditekan suis ON itu tiada bateri dan tidak hidup kerana dia. Hidup mesti terus, walaupun bunyi serunai seruling gendang daripada artis Ekuador, semakin galak.

Wednesday, August 18, 2010
ASALNYA DUA MATA 'RILIS'. TUHAN PUN TAHU KERANA DIA MAHA SEMUA.
00081

untuk masa masa kurang cergas seperti sekarang, untuk pengetahuan kalian, Asalnya Dua Mata sudah rilis dan cuma ada satu di Filadelfia. tiada cetakan kedua.
saja aku mahu hebah.
*
Petang tadi, pulang daripada 'Kubur Sementara Bagi Orang Berselipar dan Kota Baru Bagi Orang Bersepatu Hitam', aku ke Wangsa Maju. Beli Siti Precisa (AGFA CT PRECISA). Biar aku ulang lagi sekali, dia tiada jantina. Tidak jantan, tidak betina. Sama seperti Astia. Kalau dia ada jantina, tidak mungkin aku beli.
Petang tadi, pulang daripada 'Kubur Sementara Bagi Orang Berselipar dan Kota Baru Bagi Orang Bersepatu Hitam', aku berkisah untuk ke Central Market. Cari orang nyanyi. Mana tahu ada orang akan nyanyi lagu "Berita Kepada Kawan (Broery)", malangnya tak ada.
Petang tadi, pulang daripada 'Kubur Sementara Bagi Orang Berselipar dan Kota Baru Bagi Orang Bersepatu Hitam', aku pandang langit. Dia murung Ya Tuhan Kau saja tahu. Lalu aku berdiri, ambil nafas dan tiup. Kembang kempis dada aku. Gerimis muncul.
Asalnya Dua Mata, terkena titis gerimis, jadi satu.
Sampai bila bila satu.
^:)^

NIHIL DAN KURANG CERGAS.
00080

pertama sekali, susu segar tidak akan segar sampai dua minggu. kurang kurang, empat hari, berketul ketul. rosak dan masam. macam yogurt asli. akhir akhir, dibuang dalam sinki atau terus ke dalam tong sampah berlalat.
kedua sekali, kekasih tidak akan menjadi seperti susu walaupun dia putih atau merah jambu seperti bandung. dia boleh tahan lebih dua minggu walaupun bukan dalam peti ais dan terkena cahya mentari atau angin kotor berdebu atau lalat yang berkuman di kaki. dia tidak rosak dan masam. dia tidak boleh dibuang dalam tong sampah. tapi dia berketul ketul otot (tough). fiwit.
ketiga sekali, kawan datang dan pergi dan tiada tukar ganti. tidak seperti susu yang kalau kau tak gemar nespray, masih ada fernleaf dan sebaliknya. kawan pun susah rosak walaupun bukan dalam peti ais. yang dia akan rosak cuma bila dia kata, "masalah kau, kau punya pasal lah bro." kalau dia kata macam tu, buang saja dengan susu masam yang dalam pertama sekali tadi.
kesimpulannya, keempat, aku ialah segelas air panas. panas sekali.
lusa, nihil dan kurang cergas.
^Selamat^

Sunday, August 15, 2010
SLP. 40
00079
beli pistol di bazar ramadhan bukanlah satu cara yang baik untuk mengucapkan helo atau assalamualaikum kepada maghrib.
tapi, amin buat begitu. peduli apa pak lebai yang jual kuih talam manis kata,
"Talam manis saya, anak perempuan saya paling cantik yang buat."
sampai tepi jalan sebelum sebuah motokar melintas laju, amin bidik pak lebai. lalu amin tekan picu. satu peluru daripada dua belas kesemuanya, meluru laju ke arah dahi pak lebai.
pak lebai elak. tepis dan tangkap peluru, letak dalam kocek baju.
"Talam manis saya, anak perempuan saya paling cantik yang buat. Dia ada mata macam bidadari."
pak lebai ulang ulang. yang ulangannya, semacam menyuruh amin akur dan beli kuih talam manis yang dibuat oleh anak perempuannya yang paling cantik.
amim makin tak puas hati, patah balik. kali ini, dia reload betul betul, dan berdiri di hadapan peluh yang turun pelan pelan dari dahi pak lebai, dan tembak.
mati.
"Bazar bukan tempat untuk menunjuk anak siapa lagi cantik.", amin kata.

Thursday, August 12, 2010
KERING.
00078

Ktm kuning biru pagi awal bulan, seperti biasa, sesak dan menakutkan. Penuh dan lambat seperti siput yang mengengsot nyot nyot. Dalamnya, ada yang berkot, bersinglet, bersari, berkain pelekat, bersongkok, berbut, berkemeja, berselipar dan berkasut sukan. Dalam banyak banyak itu, hanya ada dua bau. Harum dan busuk. Dalam banyak banyak itu, hanya ada dua tujuan. Terus dan berpatah.
Oleh kerana tidak mahu bertentangan mata dengan mata mata yang tidak tahu apa tujuannya menerkam muka yang harum dan celaka, aku pandang buku. Sekejap Pygmy, sekejap buku lain. Sekejap buku lain, sekejap Pygmy. Sekejap, aku hilang dalam gelap terowong KL Sentral. Pusat Kuala Lumpur. Dan masa itu, semua mata gelap. Yang cuma nampak, diri sendiri.
"Pakcik nak duduk?", aku tegur seorang pakcik yang pakai kopiah puteh yang sudah mahu bertukar menjadi cokulat. Pakai kemeja. Butang salah. Ada Surya dalam poket dada dia.
"Oh terima kasih nak."
Dia duduk. Angin dia lalu sebelah aku. Ya Tuhan. Bau dia busuk. Ya betul. Aku jujur dalam bab bab bau. Ada bau harum dan bau busuk. Tiada separa harum, tiada separa busuk. Itu sahaja. Ya betul lagi, dalam hidup ini, konteks kejujuran kau kena letak di bahagian hadapan sekali. Kalau dahulukan dengan agama atau adat tradisi, engkau tidak akan ke mana mana jikalau kejujuran kau letak di tempat ketiga. Di belakang punggung adat. Atau belakang tulang belakang agama.
Yang sebetulnya, jujur, agama, dan adat. Kau perlu letak sebaris. Dan biar mereka berjalan berpegangan tangan. Untuk menjadikan mereka lebih berisi, kau tambahlah politik, kes buang bayi, bunuh, kes pendatang, ekonomi dan sedikit fitnah fitnah.
Fitnah fitnah akan buat kau rasa matang. Dan memikirkan tentang usia yang emas ini. Yang sebetulnya, usia emas bukan usia bila umur kau mencecah tujuh puluh tahun, tapi bila usia kau mula mengenal erti puluh. Bukan sepuluh, tapi dua puluh. Bila usia kau di bogel kan daripada belasan, ketika itulah, usia emas. Kau kena sujud. Rahmat. Umur dua puluh itu rahmat.
"Midvaley. Midvaley."
Sampai. Buku aku simpan. Pen aku selit pada telinga. Aku mengalih pandangan daripada melihat tempat untuk berdiri, kepada melihat tempat duduk pakcik berkopiah cokulat tadi. Dia sudah hilang. Yang aku rasa, dia sudah sampai di destinasinya, sambil menyedut Surya dan mencari sisa rezeki orang kaya di Kuala Lumpur. Aku susun langkah, tidak mahu terlanggar dengan siapa siapa. Orang Kuala Lumpur baran baran.
Midvaley masih pagi. Masih sejuk. Masih ada peluh peluh pada bahagian tingkap tingkap kaca. Kabus pun masih sejuk. Bukan kabus daripada asap asap motor yang tidak berperikemanusiaan dan tidak kasihankan semua makhluk, tapi kabus tangisan alam. Kabus sejuk pagi semalam. Basah dan melembapkan.
Perempuan dan laki laki sibuk berjalan laju laju naik tangga satu satu.
"Ah bila lah nak sampai atas. Ah bila lah nak sampai atas." Semua berharap.
Dan.
Perempuan dan laki laki sibuk berjalan laju laju naik tangga satu satu seterusnya hingga sampai. Ada yang berskirt, berkurung, berjeans bergincu tebal, ber ber macam macam lagi. Bertudung, bertopi, bermaskara melampau, berkarat, ber ber macam macam lagi. Apa yang tiada di Kuala Lumpur sekarang? Apa yang tiada?
Kau.
Lagi?
Kau.
Kau ada, tapi kering. Kau kering di tempat dulu. Aku pergi jenguk tapak tempat kau kering. Masih berbekas. Bekas selipar hitam belang belang warna biru kuning merah jambu. Ada suatu hari, hari aku dan senja menangis, kau kata tak mahu pulang sampai air mata kau sempat aku hirup dan teliti bentuk nya. Bulat, panas dan tirus. Aku ada ketika itu. Ketika kau tak mahu pulang.
"Pulang lah, mana boleh macam ni." kata aku.
"Tak mahu. Aku ta' mau pulang. Aku nak duduk sini dengan kau." kau melawan.
"Tapi nanti mak kau risau. Itu ini. Kan susah. Pulang lah."
Kau pun membatu. Kau buat buat jadi batu. Kaki kau bergabung dengan lantai. Kau keras. Tidak bergerak. Jantung kau masih berdegup kencang. Tapi kau keras. Tidak mahu pulang. Berlalu dua ktm, kau masih tidak mahu pulang. Aku puas tarik, angkat, tolak, kau tidak berganjak ganjak. Kau tetap kau. Kau tetap lebih. Kau tetap sama seperti yang aku kenal tahun lalu. Tetap kau. Ada aku tiup mata kau suruh kau bergerak dan respon, tapi kau tetap membatu. Kau tetap sama. Tetap kau.
Aku lapar dan aku tahu kau juga. Aku jadi busuk dan aku tahu kau juga sama. Dan aku mahu pulang, tapi kau tetap kau. Aku risaukan makcik yang mahu aku menjaga anak anaknya di rumah. Oleh hal itu, aku mesti pulang. Tapi kau tak mahu pulang. Tetap kau. Akhir akhir, aku ambil keputusan untuk pulang. Aku tinggalkan kau dengan satu hembus nafas ke telinga. Sebagai azimat. Aku bukan mahu tinggal kau, tapi, kau yang berkeras tidak mahu pulang.
Selang hari hari kau tak mahu pulang, lama aku tidak ke Midvaley. Kerana aku lupa cara untuk ke sana. Tanpa kau.
Ada kawan aku kata, kau masih di situ. Jari jari kau dimamah semut sikit sikit. Rambut kau makin terurai. Mungkin diusik orang orang tidak berumah dan yang lalu lalang. Selipar kau sudah hilang. Yang ada, cuma kau, baju dan seluar. Itu kawan aku nombor satu kata.
Kawan yang nombor dua kata, kau makin mencair. Makin hilang rupa manusia. Makin menjadi seperti tugu yang kena hujan asid Kuala Lumpur. Kuku kau tanggal. Bibir kau turun. Jatuh ke lutut. Sendi sendi kau longgar. Ah tragis rupa kau. Apa aku boleh buat. Apa aku boleh buat.
Hari hari engkau membeku menjadi seperti tugu/statue, aku makin gila. Makan aku hilang selera. Minum aku bagai tiada makna. Siang bagai malam. Malam bagai tengah hari. Apa pun tak kena. Kanan jadi tengah. Kiri jadi bawah. Atas jadi belakang. Semua jadi serba, cacamarba.
Lama aku begitu. Jadi gila. Kau pun lama mengering. Dan makin hari, kau makin hilang dibawa angin kencang belahan Ktm. Yang tinggal, tapak kau. Dan hari ini, di tapak kau lah aku berdiri. Ada juga aku cari sisa kuku jari manis kau, tapi tak jumpa. Apa pun tiada walau sehelai rambut.
Kerana aku gilakan kau, aku pula berkeputusan tidak mahu pulang. Beg aku campak di tepi. Buku Pygmy dan pensel aku terjatuh. Ada pakcik sepak. Fon aku campak ke tengah rel. Biar hancur. Lalu, aku pejam mata. Berdoa untuk mengering. Tujuan utama aku, mahu ketemu dengan kau, walau dalam bentuk debu sekalipun.
* lagu sedap ada shubidup shubidup. Selamat berbuka orang hensem. *

Tuesday, August 10, 2010
GYRAF. CHAILE.
00077

Come here boy. Stand under this tree. Old ‘Commiphora’ tree. Here boy. Aweh. Aweh. Good Gyraf. Take all the leaves. Green or dark brown, just take it. Do not disturb any bee hives. It can make you cry. Even make you knock out. Just take the leaves. Careful boy, it has very tiny sharp thorn.
Put it here. I want to make a shelter for us using all the leaves. We can sleep, eat and entertain ourselves under the shelter. We can protect our hairy head from bad weather. Sand storm, heavy rain and bad hot from sunshine.
Our world is unpredictable. If today, rains attack the dry and hot soil, tomorrow or this magreeb, we cannot make sure that there is still raining. Maybe sun will show its cheek and say this.
“Bakgat bakgat. Nice day.”
Leaves fall down. Cool windy air. And you (Gyraf) keep smiling.
“Chaile. Chaile.”
“Now?”, said Gyraf.
“Oyah. Let’s go back to our shelter. This is the time that God want to change the layer of sky from orange to dark grey and then turn blacky. Like coffee. Like your iris.”
“Yebo. Chaile. Chaile.
^end^

Friday, August 06, 2010
AMIN TAK SENTUH APA APA.
00076
Amin sentuh belalang. Belalang jadi patung. Amin sentuh buah markisa depan rumah Pak Abu. Buah markisa jadi bekas plastik bulat bulat. Amin sentuh tombol pintu. Tombol pintu jadi entah apa apa lagi.
Kadang kadang, Amin minum air, air tak jadi air. Jadi habuk macam habuk Pasir Gudang yang buat Amin terbatuk. Uhuk. Uhuk.
Malam ini. Mula malam ini. Amin buat janji pada hati dia, Amin tidak mahu sentuh apa apa. Kecuali dada dan mata sendiri. Iya. Iya. Dada dan mata sendiri.
Harap harap, bila dia sentuh dada, dada jadi tikus. Dan bila dia sentuh mata, mata jadi kucing kelabu. Dengan itu, secara otomatis, bibirnya akan senyum.
Dan untuk zirafah sang anugerah, Amin tiada kata kecuali matanya (yang telah jadi kucing), sebak hiba.
Amin tak sentuh apa apa.
Dia tak mahu sentuh apa apa.

Thursday, August 05, 2010
"BO, NANTI DULU." (KENAPA MIANG MEI BELI REBEN?)
00067
sebabnya ini. dia mahu pintal ekor awan dengan reben.
miang mei. ouh.

MAKA KITA PUN PERLAHANLAH MENGEMBARA.. VERSI - "MANA TUHAN?"
00075
aku membuat keputusan untuk menukar kekasih aku daripada sekeping poskad yang ada gambar KLCC kepada sebatang pensel. lebih fleksibel dan mudah dibawa walau ke dalam air masin. dia gembira dan dia hadiahkan aku sebuah buku garis satu kosong.
aku girang kerana aku suka buku garis satu. oh ya, tentang dia, aku asah dia tajam tajam, aku letak dalam beg sangkut elok elok. ada gambar klip klip baju yang tak cukup satu.
petang itu, cahya matahari masuk melalui celahan kain langsir yang berhabuk berbunga cokulat. serentak dengan itu, datang seorang kawan. bukan dalam bentuk biasa. masuk melalui celah pintu seperti asap. lepas itu, dia berkepul kepul dan jadi orang. dia tanya, sudahkah kau lupa aku?
aku jawab tak.
dia kata ya.
tak.
ya.
oke begini. kau tahu, ini pertama kali aku ada sekeping poskad. ada gambar KLCC. kau tahu apa rasanya pertama kali menatap tingkap KLCC yang berkaca kaca. kau tahu? aku tahu, kau mesti tahu.
diam..
minit minit kemudian, dia tanya lagi, kau lupa aku kan?
sepasang kakinya yang selalu berjalan dengan aku dan hatinya yang selalu menjadi tempat aku mengadu, berasap. mungkin menyampah dengan jawapan aku yang entah apa apa.
oke begini. kau tak pernah rasa tenggelam berbulan bulan dan dalam tenggelam, kau dihentak dengan sauh sauh yang berat di laut mati. bukan satu, bukan dua, malah ber sauh sauh. kepala kau berdarah separuh pecah, otak meleleh. dan kau tertanya, Mana Tuhan? Mana Tuhan? pernah kau rasa?
tapi kau lupa aku kan?
tak.
ya.
tak.
ya.
dahtu?
aku cuma tenggelam berbulan bulan kawan. maafkan aku.

Tuesday, August 03, 2010
TANPA APA APA
00074

tanpa apa apa. jasad orang itu baring. tanpa apa apa. cuma jasad seorang. lengkap berbaju atau tidak, berkepala ada atau bertangan ada, atau tiada, belakang kira.
oh ya. dia tidak pandang langit mahupun matahari atau bulan dan bintang yang sewaktu dengan angkasa dan jalur jalur tahi bintang semasa baring. tanpa apa apa.
tiada angin sepoi fushhaaa fushhaaa, tiada kicau burung kurr kurr wut wut, tiada bunyi detak tak dup tak jantung pun. tanpa apa apa.
tiada kucing miaw rrr miaw yang lalu, tiada bunyi cengkerik ciut ciut ciut. tanpa apa apa. tiada sejuk brrr, tiada hangat aaaa. tanpa apa apa.
dia teguk air gulp ulp ulp. tiada rasa. tawar manis payau semua tiada ouchh. tanpa apa apa.
apa jadi nee. apa jadi nee. oh Tuhan, please.
tanpa apa apa, dia bangun. buang pasir yang melekat di punggung. dia selati pasir yang melekat pada bulu bulu bahagian betis dan peha. dia sarung selipar. menuju ke laut. dan berenang berseorangan. tepat sampai di kawasan paling dalam, yang dibawahnya, boleh jadi ada sisa makan dino, dia pun mengapungkan diri.
macam Jon. Jon. Jon seorang askar. gagah kalau nak dikisahkan. cool dan panjang umur. tapi dia, apa ada. tanpa apa apa.
sekarang dia terapung. semasa terapung, dia cabut tangan kiri, bagi makan yu. cabut kaki dua dua belah, bagi makan lobster dan kerapu. cabut telinga mata pipi rambut dan kepala keseluruhannya. cuma mulut dia ambil. letak atas perut.
yang tinggal sekarang, perut, tangan kanan, dada dan mulut (bibir membiru). dia makin tiada apa apa bila yu yu dan lobster dan kerapu makin kenyang dan mengajak anak anak pulang. esok sekolah. kata ibu yu pada anak nombor tiga. ouh..
yang tinggal sekarang, makin tenggelam. tanpa apa apa, dia tenggelam. semua tenggelam. perut, tangan kanan dan dada. semua tenggelam. yang tinggal, cuma mulut (bibir membiru) terapung apung. tidak berdaya untuk tenggelam.
kau tahu apa dia kata sebelum bibir membiru itu disambar undan terbang malam?
dia kata, shhh. aku ada..
sebelum subuh, bibir itu tembang (nyanyi) lagu secondhand serenade atau snow patrol. aku lupa. yang penting, dia ada nyanyi dan dia ada. shh. dia ada.
walaupun tanpa apa apa.

Monday, August 02, 2010
"BO, NANTI DULU." (AKHIRNYA BERBUNGA)
00067
“Cikgu, saya nak tanam pohon ros dengan Bo di luar.”
Belum sempat cikgu berpaling ke arahnya, dia sudah berlari ke luar. Mencangkung di sebelah Bo, dan bersama-sama menggemburkan tanah. Mereka bersama menanam ros di bawah panas tengah hari. Tengah hari itu juga, Bo perasan, kain Miang Mei yang dipakai hari ini, birunya pekat. Kain baru.
Belum pernah Bo mengambil kisah tentang kain atau apa apa tentang Miang Mei, tapi hari ini, kain biru Miang Mei mengkaburkan mata Bo.
“Bo, tanam ros pun senyum? Apa la awak ni Bo.” Miang Mei menegur Bo setelah dia melihat Bo tidak habis-habis senyum menguis tanah gambut cokulat.
“Ada tak ros warna biru di dunia ini?”, Bo tanya.
Kerana terkejut dengan teguran Miang Mei, dia termerapu. Termerapu. Akhirnya, kedua-dua mereka tergelak. Ketawa bersama ros yang berpucuk. Dan ros itu tahu, kalau ada ros biru atas dunia ini, satu hari nanti, Bo akan mencari sekuntum untuk diberikan kepada Miang Mei.
Cikgu Wu Lai nampak geram. Bibir dia ketap kerana bagaimana mungkin mereka boleh bersenda gurau semasa didenda. Denda ditambah kerana mereka tergelak. Mereka diarahkan menyiram sebaris pohon bunga pula. Miang Mei, dan Bo Tiak, sikit pun tidak merasa penat dengan denda itu, malah kembali bergelak ketawa bila makin jauh dari kelas. Jauh dari mata Cikgu Wu Lai yang garang.
*
“Booooo, saya tanya ni, majlis tari menari di mana awak nak pergi? Pongge la awak bo. Awak nak menari dengan siapa?”
Ah rupanya dari tadi Bo mengelamun dan dari tadi Miang tunggu jawapan daripada soalannya.
(Maaf Miang Mei. Bo minta maaf)
“Menari. Ohh. Menari dengan Tinker Si Pari Pari. Mungkin.”
Miang Mei sudah menggatih basikalnya ke kedai Pakcik Leng semasa Bo memberikan jawapan. Tidak memandang sikit pun Bo yang memanggilnya sebanyak tiga kali.
Miang Mei cemburu? Habis kau Bo. Habis kau Bo. Hati Bo menyakat geram padan muka. Dan ketika itu, Bo sudah pun terjelupuk duduk termenung. Mungkin Miang Mei cemburu dengan Tinker Si Pari Pari. Aduhai. Bo jadi panik. Dan pening.
*
*
Apa sudahnya Bo bila dia baru tahu Miang Mei suka kan dia?
Apa sudahnya Bo bila Tinker Si Pari Pari itu sebenarnya syaitan yang berubah diri untuk mengajaknya mencuri buah laici kebun Pakcik Leng?
Apa sudahnya Bo bila dia tahu bunga ros yang diselit ke telinganya sewaktu menghantar Miang Mei ke rumah ialah, bukan sekadar ros. Itu ialah sekeping lima puluh sen. Yang ditempa menjadi ros dan sebelum diselit pada telinganya, ros itu dicelup dalam hati Miang Mei yang berbancuh suka. Sikit lagi mahu menjad cuka.
Ketika itu, dada Bo kencang. Dada Miang Mei kencang.
*
Bo, saya suka awak. Cuma awak. Kerana awak Bo Tiak yang tidak pernah mencuri laici dan tidak sempat menari dengan Tinker Si Pari Pari walaupun awak tidak menemani saya menggatih basikal ke kedai Pakcik Leng untuk membeli reben.
Miang, saya suka awak. Cuma awak. Kerana awak Miang Mei yang percaya akan saya walaupun saya berjanji untuk mencari sekuntum ros biru yang pada hakikatnya, ianya tiada kecuali mutasi tona warna berlaku.
Kalau dua dua sama suka, apa kata, kita pergi sekali lagi ke kedai Pakcik Leng untuk membeli reben. Boleh saya (Bo) ikat rambut awak (Miang) jadi tocang. Dalam perjalanan ke sana, boleh kita singgah kebun laici untuk meminta seikat dua.
*
Cepat. Naik atas basikal. Saya (Miang) bonceng awak (Bo)..
Cepattt.

Sunday, August 01, 2010
"BO, NANTI DULU." (6)
00067
Bo Tiak ketika itu sedang pegang buku untuk di hantar ke bilik guru. Dia ternampak Miang Mei terjelupuk di tepi pasu. Pasu pecah. Ros ada di tangan. Bo Tiak tidak tahu yang kain Miang Mei koyak hingga ke peha. Aduhai kesian Miang Mei.
Bo Tiak berlari laju ke bilik guru yang hanya berada di tingkat atas, dan berlari kembali turun dengan niat untuk menolong Miang Mei. Dahinya berpeluh. Dan ketika itu, waktu rehat tinggal lagi lapan minit.
“Sini, pegang tangan saya. Bangun. Apa lah awak buat ni Miang sampai pecah pasu.”
Miang Mei tidak membalas apa-apa walaupun dengan sepatah kata. Pipinya jadi merah. Malu. Malu kerana jatuh. Malu kerana mahu ditolong. Dan paling utama, malu kerana kainnya terkoyak.
[Dalam nada berbisik],
“Bo, kain saya koyak. Tangan saya luka. Awak angkat saya boleh? Maksud saya, angkat saya dukung pulang ke rumah. Saya tidak mampu berjalan kerana kain koyak.”
Bo Tiak telan air liur. Tidak pernah dia angkat perempuan. Kali ini, Miang Mei yang di telinganya ada ros mekar, mohon untuk diangkat. Mungkin Miang Mei percaya seratus peratus kepada Bo Tiak. Sebab itulah, dia mengharapkan Bo Tiak menolongnya. Bo angkat Miang Mei. Bahagian kain yang terkoyak, Bo selit-selitkan biar nampak tidak ada apa-apa. Dia tidak mahu orang lain memandang Miang Mei dengan penuh rasa binatang.
Bo angkat, lari pulang ke rumah Miang Mei. Berat badan Miang Mei, sikit pun Bo tidak rasa. Sampai di rumah, setelah Miang tukar kain, dia ucap terima kasih kepada Bo. Ibu Miang juga ucap terima kasih berjuta. Bo jadi malu. Sebelum pulang, Miang Mei mencabut ros mekar di telinganya, dan dihulurkan kepada Bo Tiak. Bo Tiak terkelip-kelip. Tidak reti untuk memberi reaksi.
Hari itu, Bo Tiak pulang ke rumah dengan ros mekar lekat di telinganya (Miang Mei yang lekatkan sebab Bo Tiak tidak ambil-ambil ros pemberiannya. Banyak masa, Bo Tiak mengelamun bila dihulurkan ros).
Esoknya, di sekolah, Bo Tiak kena denda tanam kembali pohon ros yang kepecahan pasunya. Cikgu Wu Lai terima aduan mengatakan, Bo Tiak mencabul Miang Mei dengan mendukung dia bawa lari pulang ke rumah. Puas dia kata yang dia cuma tolong Miang Mei. Tapi Cikgu Wu Lai tidak percaya. Bo tidak mahu memanjangkan masalah dan bertekak dengan cikgunya. Lalu dia terima denda dengan sewenangnya. Pada waktu Cikgu Wu Lai mengajar subjek Matematik, Bo sedang mencangkung berpanas menanam ros. Ketika itulah, Miang Mei yang tidak senang duduk di dalam kelas, mengangkat tangan.
^bersambung^

"BO, NANTI DULU." (5)
00067
[selingan]
Dalam perjalan menggatih basikal ke kedai Pakcik Leng untuk membeli reben tanpa diikuti Bo di belakang, Miang Mei menyanyi lagu Diana Nasution. Benci Tapi Rindu. Aduhai.

Sunday, July 25, 2010
"BO, NANTI DULU." (4)
00067
Hai saya Bo Tiak. Tahun lepas, lepas saya bersiul, datang Tinker Si Pari Pari. Saya tahu itu Tinker Si Pari Pari kerana saya gemar melihat kartun. Dari kecil hingga besar, kartun menjadi falsafah dalam meniti hari yang lalu dan pergi. Lalu dan pergi.
Lalu dan pergi… Pergi..
Kalau tengok Tom & Jerry, falsafahnya ialah, “Membuli Atau Dibuli”. Kalau tengok Mulan, falsafahnya ialah, “Perang Bukan Cuma Untuk Lelaki”. Kalau tengok Jungle Book versi satu, falsafahnya pula ialah, “Binatang Punya Air Mata Dan Cinta.” Semua saya tahu. Yang paling saya arif, ialah tentang Tinker Si Pari Pari. Kerana dia cantik persis Evangeline milik Raymond si kelip-kelip.
“Bo Tiak, awak dijemput ke majlis tari menari. Esok. Bertempat di ………”, maka begitu isi suara Tinker Si Pari Pari. Lalu dia pergi dengan senyap sekali seperti bunyi daun bergeser dengan angin. Mungkin dia pergi mandi petang kerana waktu pun sudah lanjut. Matahari sudah menguap. Waktu bulan pula menerangi encik bumi. Selamat pergi matahari. Selamat tenggelam.
Sungguh lah seronok hati si Bo Tiak, hingga pada malam itu, Bo Tiak tidur sambil bersiul. Kali ini bukan siulan lagu Siam, tapi lagu Indonesia. Nyanyian Broery kalau tidak salah. Syaitan ada datang. Mahu mengajak Bo Tiak mencuri laici lagi. Tapi kerana bukan musim, syaitan pun bosan dan kembali tidur. Malam itu, Bo Tiak tidur dengan sungguh banyak bunga di dalam urat-urat darahnya. Dia tidur dalam senyum.
*
“Bo, Bo, saya nak ke kedai Pakcik Leng. Nak beli reben. Nak ikut?”
“Awak pergi dulu lah. Saya nak memasang tiub baru pada tayar basikal. Malam ini ada majlis tari menari.”
Lalu Miang Mei pergi ke kedai seorang-seorang.
Miang Mei ialah jiran Bo Tiak. Jiran selang tiga rumah. Dia sebaya dengan Bo Tiak. Sama sekolah, sama kelas, sama minat. Iaitu, kartun. Di sekolah, Miang Mei selalu di gosip-panas kan dengan Bo Tiak. Halnya kerana, Bo Tiak pernah mendukungnya kerana kainnya terkoyak. Kisahnya, Miang Mei berjalan ke kantin. Mahu beli sosej ayam. Tapi, dia tersangkut dan terhenti bila melihat sekuntum ros yang mekar. Sungguh merah.
Dia (Miang Mei) mendekati ros dan mahu petik. Tapi ada banyak duri-duri. Niat di hati Miang Mei, dia ingin buang dahulu duri-duri tajam, baru petik ros dan selit ke telinganya. Miang Mei tunduk dan tunduk dan tunduk kerana mengikutkan duri di batang ros. Semasa dia tunduk itulah, kakinya terpijak batu sungai putih yang disusun cantik di sekeliling pasu bunga. Batu-batu itu licin. Berlumut.
Miang Mei tergelincir ke belakang. Kakinya tersepak pasu. Kainnya tersangkut pada duri. Terkoyak sedikit. Pada awalnya, dia fikir, dia boleh bangun sendiri, tapi malang sungguh dia. Seperti malangnya percintaan jika akhirnya dibunuh dengan ketidaksetiaan. Miang Mei jatuh lagi sekali kerana tapak tangannya tidak kukuh untuk membangunkan dirinya yang terjelupuk. Dan ketika itulah, kainnya terbelah hingga ke paras peha. Atas lutut.

Friday, July 23, 2010
JONI TIDAK OKE.
00073
Petang datang, Joni bersiap. Berkemas kemas. Menyapu gel rambut warna hijau ke atas permukaan rambut yang makin beruban. Dan Joni sisirnya rapi. Ketiak Joni calit dengan dodoran wangi. Tambah lagi dengan semburan minyak yang wangi nya, mampu memalukan flora flora kerana wangi mereka tidak setanding bau minyak wangi Joni. Baju warna warni berbutang banyak Joni kenakan. Dengan seluar berkilat dan bergosok lurus pada garisnya. Joni sarung kasut, dan tanpa berfikir dua kali, Joni berjalan. Merempuh angin yang suhunya makin sejuk. Lepas hujan. Kabus membalut kawasan.
Joni tiada motor, tiada kereta. Syiling untuk tambang bas pun tiada. Yang Joni ada hanya cuma harapan. Lalu Joni pun berjalanlah sepantasnya. Tika itu, jam tunjuk pukul enam empat puluh tiga petang. Sekejap lagi maghrib. Azan akan datang mengetuk pintu rumah rumah. Yang baik, akan buka pintu dan menjemput masuk. Yang kurang baik, akan menghalau dan mencaci. Ouhhh manusia. Kenapalah Joni manusia.
Ponnn ponnn. Pinnnn. Hoi brengsek, kenapa tekan brek. Sial asap tebal. Pooonnnn.
[suasan sesak di jalan petang petang]
Lori dan bas merangkak pelan seperti bayi kurang susu. Kilang Panasonic besar meriah bila petang begini datang. Pekerja pekerja mula mahu pulang ke sarang tiduran setelah seharian penat memasang produk industri. Ada yang berbaju kelabu, berbaju merah, berbaju biru. Yang tidak berbaju pun ada. Dan kebanyakan yang tidak berbaju ialah pekerja indonesia dan nepal yang bekerja sebagai buruh kilang Aida. Kilang Aida bertempat di hadapan kilang Panasonic. Makin bertambah sesak petang.
Joni memerhati sambil berjalan dengan melipat sedikit kaki seluar takut takut terpercik becak dan air di rumput. Joni tidak mahu nampak selekeh di kelab nanti.
"Yo mas. Pegi mana mau dong? Cantik banget gitu. Mana ceweknya. Ha ha ha ha."
Usikan beberapa pemuda indonesia bertopi kuneng dan bersinglet itu tidak sikit pun Joni hiraukan. Sudah lali. Sudah hilang benci. Yang naksirnya, petang menjengah malam ini, Joni mahukan sesuatu yang mewah dan yang mewah itu bukan sesuatu yang memerah ongkosnya.
Malam ini Joni tidak oke.

Thursday, July 22, 2010
PETANG NANTI, SIAPA KATA AKAN HUJAN?
00072
Dua puluh satu Julai, atas arahan Tuhan, Mikail tunduk dan turutkan dengan membawa jutaan titis air hujan. Terus jatuh ke bumi tanpa berbincang dengan siapa siapa. Melanggar angin dan merentas setiap suhu daripada langit ke tujuh, hingga ke daun sejuk, tanah panas berhabuk, atap atap hitam bangunan dan akhir sekali, mengalir ke urat dan sendi longkang longkang. Lalu mengotor dan hitam. Merenggut bau harmoni yang memalsukan.
Ialah aku di bawahnya langit, dibuka mulut, selebar lebar terowong bawah tanah yang gelap. Berjam jam dari tadi, aku sudah menunggu detik turunnya hujan apabila awan kelabu datang mencari tempat untuk berhenti. Datang pelan dan tidak menunggu siapa siapa, dia pun turun. Menimpa kepala pengemis dan pentadbir di mana mana. Yang terutamanya kepala aku.
Achum. Asalnya dua mata. Jatuh satu hujan, menjadi satu.

Tuesday, July 20, 2010
JULAI DAN LEMAN.
00071
Leman melambai pada mergastua terbang yang berkelintaran di atas dada telanjang cagar alam. Luas dada cagar alam, lagi luas Julai Leman tahun ini. Julai Leman tahun ini, bersangkut paut dengan Julai tahun lalu. Leman kenal apa itu pedas menyengat dan manis itu ada hadnya. Yang kisahnya, Leman masih mencari makna indah. Leman tidak sabar di bawa badai esok. Kerana Leman tahu, dalam badai esok, boleh jadi ada Julai seperti ini lagi sekali.
Ohhh. Leman merasakan, Julai tahun ini, seperti mestika embun, yang bisa menghidupkan jasad yang mati. Mergastua tadi, terbang rendah. Membuat bunyi-bunyi berdesing. Menandakan, esok badai datang. Dan bersedia lah Leman untuk bertemu Julai dan menempuh esok.
^bersambung Julai hadapan^

PETUA PERTAMA DAN RESIPI PERTAMA.
00070
Petua pertama untuk mengawet diri sendiri ialah, sumpah diri sendiri menjadi sekeping kertas. Tidak kira saiz atau kualiti. Kemudian, conteng kertas sehingga pen kekeringan dakwat. Dan tanda tangan di kaki kertas. Lipat. Letak dalam sampul surat berbelang merah biru. Tulis alamat dan biar terbang di bawa angin pos laju.
^tamat^
*
Resipi Kek Batik.
-milo.
-mentega.
-serbuk koko.
-susu pekat manis.
-biskut mery (ikut suka kalau mahu tukar nama, contohnya, biskut afe).
-kuali.
-loyang.
-dapur.
-dan seorang ibu jika tidak yakin untuk berdiri
bersama mentega yang berbau seksi.
1) panaskan mentega hingga cair (api awal besar, kemudian kecil).
2) masukkan susu pekat manis, milo, serbuk koko.
3) masak dan kacau kacau supaya tidak beku dan keras.
4) mentegakan loyang. lapiskan biskut mery (ikut suka kalau mahu tukar nama, contohnya, biskut afe)
dan tuang bancuhan panas tadi ke dalam loyang yang telah dimentegakan.
5) hati hati. panas.
6) hati hati jangan tumpah. membazir.
7) tuang dan lapiskan biskut. ulang ulang hingga habis bancuhan.
8) biar sejuk. tutup saji.
9) bila cukup sejuk. letak dalam peti ais.
10) boleh makan selepas dua jam.
**sukatan tidak saya sertakan kerana ada orang suka manis manis manis dan ada orang tidak berapa suka manis. jadi. terpulang. dalam buku resipi tulis 200gram mentega. yang lain-lain, ikut gerak hati.
**mentega selalunya berbau seksi jika terlebih panas. jaga jaga dan ikut kehendaknya. ibu kata laki2 tidak boleh ego. walaupun dengan mentega.
^sekian^

Sunday, July 18, 2010
"BO, NANTI DULU." (3)
00067
Jiran saya Pakcik Leng. Ada seekar setengah kebun laici. Kalau musim buah, bukan sahaja manusia sahaja yang jadi musuh Pakcik Leng, malah semut, lebah, ulat, dan kadang-kadang, kalau bernasib baik, babi hutan yang bertaring lebih sepuluh sentimeter pun akan jadi musuh Pakcik Leng. Semua sukakan laici. Kerana putih isi manisnya. Kerana merah kulit menggerutunya. Ohh laici. Hinggakan syaitan yang suka siul pun suka, ternyata kau bukan sebarang buah.
Aduh. Terlalu banyak tentang saya dan jiran. Maafkan saya. Saya memang suka bercerita. Pernah sekali cikgu kelas panggil ibu ayah kerana ……… Tengok, bercerita lagi. Sudah-sudah lah Bo Tiak. Pergi buka buku. Esok pagi sekolah kena pergi awal. Cikgu nak periksa kuku dan rambut. Pastikan potong rata kesemua kuku. Kesemua sekali. Kalau tidak, punggung akan ditepuk dengan rotan besar Cikgu Wu Lai. Pok. Pok. Pok.
Saya pernah kena tepuk tiga kali. Berbekas hingga seminggu. Sakitnya, lagi sakit daripada menelan batang ros yang berduri hidup-hidup. Di kampung saya, batang ros boleh dijadikan ubat.....
Sudah Bo Tiak. Berambus dan pergi ambil buku dan pengetip kuku. Baca dan tekun.
Awak nak tahu tak? Semalam Bo Tiak terima surat. Dalam surat, ada satu kelopak teratai kering. Warna merah jambu bercampur ungu. Tapi, kerana kering, ia menjadi warna cokulat. Di atas kelopak, tertulis perkataan ‘Saya Suka Awak’ dalam tulisan Siam. Bo Tiak reti membaca, tapi tidak reti memberikan sebarang reaksi. Dan awak nak tahu apa Bo Tiak buat pada kelopak teratai kering itu?
Dia ambil, gaul bersama sos nam pla yang masam dan cili burung warna merah, dan dia kunyah-kunyah ngap ngap ngap telan. Alangkah dungu cara dia memuntahkan reaksi. Bo Tiak aduhai Bo Tiak.

Subscribe to:
Posts (Atom)