Thursday, April 08, 2010

RAMA RAMA FUJI.

00030



seekor rama rama berlabuh pada sekeping daun hijau muda di pohon epal fuji. sayapnya berwarna biru yang berkilat bila terkena pancaran matahari pagi. cantik. lebih lebih lagi, apabila rama rama itu terbang dan mengepakkan sayapnya, pancaran matahari tadi terpantul pantul dan menghasilkan spektrum warna (biru hijau kuning dan jingga) yang pelbagai yang mampu buat kita (manusia) terdiam. kerana cantik.

pohon epal fuji mampu mengeluarkan epal yang manis. rangup. warnanya merah jambu. tiada cacat ditebuk beluncas atau kulat kulat perosak. manusia (kita) pasti menyukainya kerana rasa epalnya yang sungguh asli. daya tahannya juga boleh dikatakan lebih lama berbanding epal epal lain.

petang tadi, di sebalik batang batang pokok kebun epal fuji kami, saya lihat rama rama makan epal fuji. dengan begitu lahap dia kunyah hinggakan cebisan epal terjatuh dan jus menitis. o mungkin kerana dia lapar. maklumlah, sekarang semua sibuk. manusia (kita), bumi, matahari, angin, malahan rama rama, semua sibuk mengejarkan masa. semua bertuhankan masa.

sumpah atas nama masa, kita semua sibuk dan kerugian, Tuhan kata.

masuk epal ke dua, rama rama masih tidak perasan akan kehadiran saya yang dari tadi mengintainya makan. dalam otak saya sudah berkira kira untuk mahu mendekat, tapi malu. malu malu sombong.

ah, kalau malu, akan terbanglah rama rama dan saya berjanji, tidak mahu sombong lagi selepas kejadian saya di tegur mesra kerana sombong yang terlampau.

*

hye rama rama. lapar? , kata saya.

*terkejut*

yo, bro, salam. , rama rama balas.

oh, salam. lapar?

a'ah lapar. kebelakangan ni bro, madu habis beb.

ooo. itu pasal kau (rama rama) makan epal?

ya la. hmm, bro tak terkejut gua boleh cakap?

ohh tak. gua (saya) dah biasa dengan benda benda ajaib. haha.

wah. itu sudah bagus. lu best la bro. kita jadi member nak? tapi...

haa. gua pun plan nak jadi member ngan lu. tapi apa...?

*


**bersambung**

5 comments:

aku bukan aku said...

pergh..
beastmaster..

sambung cepat sambung!

=)

Syafiq Afifi said...

fesbuk sudah

fazika puspa said...

tapi kau hati-hati..
kalau rama-rama lain nampak, pasti mereka marah kau bro..
silap2 kau nanti disumpah menjadi rama2 terus, macam aku..

heeee...

rama2 boleh cakap.. mcm di alam fantasi :)

puding roti said...

ala bersambung. penat je bedebar2 td

fatah85 said...

akubukanaku - beastmaster bukan hero hutan yang reti cakap dengan menatang tu ke? haha.

butet - fesbuk bosan.

cikfaz - alam fantasi. tapi ini realiti.

puding - debar2 pun penat. kalau dah roti. haha.