00046 (3)
Yang terakhir dia ingat, kepala dia betul betul terjelupuk di tepi daun pohon pandan yang menguning. Kuning kuning coklat..
Dia sedar, dia dalam sebuah kotak. Dia tahu itu kotak kerana ada bar kod di dindingnya. Mungkin boleh jadi kotak sebuah tivi atau kotak perkakas elektrik yang lain. Kotak yang ada langsir. Langsirnya berenda renda. Cantik seperti bilik beradu raja raja hikayat.
Ali genyeh mata dan lihat, dia sudah berbaju. Sedangkan tadi dia tidak berbaju. Baju ada manik manik silver. Berkilat dan terpantul cahaya bila tersimbah cahaya pendant yang berkilau di siling.
Dia berpaling ke kanan dan lihat, ada segugus anggur dalam mangkuk emas dan secawan susu putih dalam gelas jernih. Dia berpaling ke kiri, ada sehelai daun pandan. Kuning kuning coklat. Sejenak dia teringat,..
buu, mana buu.. (tempik tapi bagai bisu. tiada suara keluar)
buu, jangan tinggal Ali.. (seakan menangis)
Tiada yang menyahut. Seakan sunyi.
Sunyi lagi.
Laagi..
Dia tak mahu sunyi begini.
Walau ada mangkuk emas berisi anggur dan gelas jernih berisi susu putih.
Dia tak mahu begini..
*tok tok tok*
Pintu kamar dalam kotaknya diketuk.
Dan ada kepala yang menjenguk..
^bersambung^
3 comments:
Dimensi lain. Asyik sambung je. (Tarik muka masam)
ALI!!!!!!!!!!!!kenapa dia dalam kekeliruan?kenapa?kenapaaaa??!
aizuddin - :P
ica - terus baca slow slow. :)
Post a Comment