Sunday, May 16, 2010

ALI DAN SEORANG PEREMPUAN (SEBELUM AKHIR)..

00046 (SEBELUM AKHIR)



Ibu Ali menangis melihat Ali yang dari tadi pengsan tidak berbaju sebelah daun pandan yang kuning kuning coklat. Yang daun itu, semalam ibunya lihat, masih hijau hijau pucuk pisang. Dia meratap melolong memanggil,

"Ali Ali Ali bangunlah. Lepas ni mak tak suruh dah kau ambil daun pandan.. Bangunlah Ali. Bangunlah. :( "

Ibunya raut tanah di tepi pohon pandan, tanah lembap. Dia sapu pada muka Ali. Dia ambil daun pandan kuning kuning coklat, dia ramas ramas hingga aroma pandan keluar sikit sikit. Dia sapu pada muka Ali. Dia seka air matanya yang hampir segayung. Dia sapu pada muka Ali.

Dan Ali, yang masih pengsan bermimpi menunggu perempuan tadi, tidak mahu bangkit. Tidak mahu sedar. Dalam pengsannya, dia pura pura tidak bernafas supaya dadanya tidak nampak turun naik. Dia pura pura buat tak tahu akan lembap tanah, bau pandan dan basah air mata.

[Di dunia pengsan Ali]

Ali nampak ada telefon bimbit di hujung katilnya. Dia merangkak ambil. Oh yeh, telefon mahal. Blueberry. Seingat dia, ada kawan pernah kata, Blueberry boleh 'BBM'.

'BBM' berdiri untuk apa dia tidak pernah tanya. Tapi yang dia tahu, 'BBM' boleh merancakkan nadi dan mematikan juga. Dia tekan punat 'On'. Maknanya, 'Buka'.

Dia cari ikon 'BBM', mahu mencuba menghantar mesej kepada ibunya.

--------------------

"Bu, Ali selamat. B). Ibu tak usahlah meratap tepi pohon pandan tu. Kejap kejap lagi Ali pulang."

Dinggg.

"Ali, pulanglah. Ibu nak masak nanti siapa nak tolong?"

Dinggg.

"Sabarlah bu. Ali pun kadang kadang nak merasa hidup dalam kotak tivi. Lagipun, Ali tengah tunggu perempuan yang ada bibir merah macam ceri datang menjenguk."

Dinggg.

"Apa sajalah kau Ali."

-------------------

Sejak bila ibunya ada Blueberry? Dia tidak tahu. Ah lantaklah. Yang penting, sudah dikhabarkan kondisinya yang oke oke saja.

Selepas dia ber'BBM' dengan ibunya, dia buka senarai nombor telefon. Dia cari nama. Mana tahu ada nama, 'Perempuan Berbibir Merah Macam Ceri' dalam senarai nombor nombor yang beribu ribu itu. Dia cari. Dia cari.

Di luar nampaknya hujan. Dia mencari. Di luar nampaknya ribut. Dia mencari. Di luar nampaknya berkabus. Dia mencari. Akhirnya, dia jumpa. Dia jumpa nama 'PBMMC'. Mungkin itu singkatan kepada 'Perempuan Berbibir Merah Macam Ceri'.

-------------------

"Sewaktu aku terpandang alis matamu, aku terasa sungguh sebak."

Dinggg.

"Kenapa?"

Dinggg.

"Jika aku terpandang wajahmu lagi, aku pasti tidak berdaya lemah gemalai."

Dinggg.

"Kenapa?"

Dinggg.

"Jangan sesekali bertanya kenapa lagi."

Dinggg.

"Kenapa?"

Dinggg.

"Kerana kau telah menghembuskan rindumu tepat ke dalam mataku."

Dinggg.

"Ali, saya tahu itu awak. Tunggu di situ dan jangan ke mana mana, sekejap lagi saya datang."


-------------------



^bersambung^

4 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Eceh rindu rinduan pula Ali ni.

yuhanis said...

blueberry pun boleh bbm.
nice story fatah =)

Afe Oth said...

blueberry ada bbm, wowoo. nak satu.

fatah85 said...

din - biasalah tu. hmmmmm.

yuhanis - hahaha. blekbery nik punya. aku punya blueberry. lagi canggeh dari nik punye. :P nice? fuh. panjang aku merapu.

afe afe afe - nak satu? bukan hari tu dah beli satu? amin curik nih. tak guna punya tarzan. hahaha. (nanti beli, pinkberry, lagi canggeh. betri tak habis, line tak kurang) B)