00056
Hidup saya sekarang, ada satu masalah. Masalahnya ialah, saya di bawah. Ada semalam saya menaip mesej untuk asisten saya.
Saya taip, "Asisten, datang sekarang dan angkat tangan hingga menampakkan ketiak bila sudah hampir sampai ke kantor. ASAP."
Tapi, kerana masalah talian, saya gagal. Dan saya masih di bawah. Paling bawah mungkin dalam penciptaan ujian berkala dari Tuhan.
"Hmm," saya mengeluh keseorangan.
Ya, saya bos syarikat. Syarikat besar. Menjual layang layang warna pelangi dan ada yang berbentuk sibur sibur dan bentuk dinosor. Semalam, pihak yang menjual tali tangsi yang selama ini pernah juga kehabisan stok membuat statement yang, tali tangsi untuk beberapa minggu mendatang akan habis. Tandus. Gersang. Buntu.
Saya selaku bos, menjadi buntu. Gerangan siapa mahu menerbangkan layang layang jika tiada tangsi. Apa mahu pakai benang? Goblok. Geseran angin dan panas cukup lah dapat memutuskan benang dalam masa beberapa minit.
Kerana Tuhan juga, saya dapat idea. Idea pertama saya, saya perlu sabar. Idea kedua saya, saya perlu bertenang.
Selang beberapa minit, saya dapati, fon saya ada mesej daripada asisten saya. Dia kata, tali tangsi ada, tapi, bos kena gagah.
Saya selaku bos bertanya, "Gagah macam mana?"
Setelah saya tanya begitu, asisten saya lari dan terus lari di nun padang hijau tempat ramai orang orang seperti bos ( saya ) yang kehabisan stok tangsinya. Mereka bermain layang layang. Dengan gembira. Tanpa masalah menggigit atau mencubit.
Lalu saya menjerit pada asisten saya, "Hoi, jom main layang layang sama sama."
Sedar sedar, saya jadi layang layang berbentuk sibur sibur atau dalam kelantan, dipanggil 'puting beliung' atau dalam bahasa yang biasa dituturkan, pepatung.
Sedar sedar juga, asisten saya jadi layang layang berbentuk dinosor. Dan dia kelihatan gagah di udara. Seperti mengaum dan menakutkan awan awan hujan untuk mampir.
Kadang kadang, saya fikir, bukan semua bos itu gagah. Ya tepat. Dan bukan semua bos selalu kukuh tangisnya. Ya tepat. Dan bukan semua bos boleh terbang bersama dinosor yang gagah dan mengaum aum aum di udara.
*
Siapa yang tersinggah dan membaca apa yang saya tulis, jemputlah datang esok (26) dan lusa (27) ke Pasir Gudang. Ada pesta layang layang antarabangsa. Siapa siapa yang datang, ada besar kemungkinan, dapat lihat saya sebagai sibur sibur, terbang bersama dinosor.
*
^tamat untuk hari yang sungguh tenggelam^
2 comments:
lama sudah aku tak main layang layang. *terkenang*
kirim salam sama asisten kau. :)
layang layang.
kapal terbang.
apa saja utk bos buncet.
Post a Comment