Saturday, August 21, 2010

BILAMANA PARU PARU CUMA SEBELAH.

00083



(ini lagu dalam cerita lion king. versi Pan flute. oh saya suka simba. simba itu anak singa)

pen amin habis dakwat. kertasnya lunyai. matanya kiri kanan tumbuh tangkai pannnjanngg pannnjanngg. tangannya kebas. kedua belah. dadanya sempit. kehabisan ruang. otaknya kecut. jadi ada ruang dalam tempurung untuk sumbat buku lima saiz dewasa. perutnya dilihat berlendir membuncit. dia ambil kertas kertas, sapu. tak mahu bagi orang nampak. kerana buncit, dia pakai baju labuh, tak bagi orang tuduh dia mengandung. yang sebetulnya dia laki laki. yang akan menjadi jantan.

selang beberapa jam, ada bisul di belakang. tepat di belakang. selari dengan kolum vertebra dalam anatomi seorang manusia. selang seminit, bisul jadi makin besar. lepas setengah jam, bisul jadi sebesar kepala budak lima tahun.

mak lalu. ketuk ketuk bisul. dalamnya kosong kerana bunyi Tok Tok Tok. mak tanya amin sakit? amin kata, taklah. biasa biasa saja. maka kata, oh oke.

amin tidur. bangun, bisul sudah jadi sebesar beg hiking. semacam beg tidur pun ada. sleeping bag. matanya sudah menyerupai siput. panjang bertangkai dan tiada berkelopak. badannya tidak lagi ada tulang belakang. dan katilnya penuh dengan lendir pekat. hingga menitis ke bawah katil lendir nya.

amin pandang cermin, dia jatuh pengsan. jaga, dia ambil fon, nak call siapa. dia tak tahu. dia buka internet, nak kahabarkan cemas pada siapa. dia tak tahu. dia cadang nak buat pembedahan di kuala lumpur atau mana mana. dia nak tanya arah pada siapa. dia tak tahu.

akhir akhir, dia ambil keputusan untuk menulis. nak menaip, takut rosak leptop. nanti lendir lendir kacau litar kibod. boleh meletup leptop. jadi, dia ambil pen biru. sebatang pen biru, buku catitan ada gambar dua pohon. dan itu saja.

dia duduk di penjuru bilik, tunggu esok menjadi lusa. krok krok krok.




^tamat^

No comments: