Friday, September 24, 2010

BUKAN ORIGINAL.

.


Tengah aku berjalan pulang tadi, kau muncul.
Mana tak terbeliak mata aku, kau muncul. Betul jasad kau, kecil. Betul rambut kau, bertocang dua.
Siapa tak tahu yang kau comel.
Mata bulat, pipi bulat, bentuk kepala pun bulat.
Macam cake.
Hari ini, comel kau seperti berganda.


Aku terus berlari. Kaki aku melangkah dulu sebelum aku buat keputusan mahu ke mana.
Aku nak ke kedai, cuma tak tahu arah mana.
Tak kisahlah ke mana, asalkan boleh aku beli gula-gula. Kau suka.

Cepat-cepat aku patah balik, aku susun gula-gula satu persatu.
Depan-depan kau aku susun, orang lalu lalang tak putus pandang. Mereka ingat aku gila. Berbulu biru, besar, dan gila.
Dah masuk gula-gula keenam belas aku susun, kau tak endah pun.


Tak boleh jadi.


Aku buang gula-gula, aku campak sejauh mungkin.
Aku tarik kepala kau, rambut kau aku selak setiap inci.
Tak ada uban.

Tak boleh jadi. Huh.




.

2 comments:

merantau warrior said...

mata bulat. pipi bulat. kepala bulat.

uban xde. rambut perang ada?

fatah85 said...

siapa kata tidak endah?

heyhey sekarang, bukan kepala saja ada uban. kaki pun ada. alalaa.