.
hai. saya Confused.
pagi tadi saya breakfast, makan cheerios. ala, takkan tak tahu?
buka berita tv, ah. mulut tak boleh diam, itu ini serba tak kena. apa lah nak jadi dengan dunia.
mandi pagi. sejuk. gelap, gelap. dan mata dah mula mengantuk.
hai. saya Confused.
sejuknya cuaca, lantaklah apa orang kata, saya capai gloves dan sarung.
bukak baju, letak tepi, takut-takut angin malam gigit dalam mimpi.
siapa yang ingatkan tidur biar beralas dan berbaju?
saya juga.
saya juga yang tak dengar kata.
laparnya. dan mengantuk. selamat malam, moga tak mimpikan gadis cina.
betul, saya Confused.
sedang bibir terketar-ketar mengayuh basikal, saya mimpikan diri sendiri.
terjoget-joget tetapi saya masih mengayuh.
air liur tumpah. malunya. rindunya.
Confused.
malam itu saya makan spaghetti, tetapi rasanya nasi lemak.
saya minum susu, rasanya bercampur-campur.
habislah. sakit perut saya.
selesai makan baru saya terfikir, apa gila pak cik jual nasi lemak kata muka tak mandi.
dah mandi tahu, pagi tadi. tadi.
pagi?
saya lah.
saya, mengantuk. penat. Confused.
tetapi tetap gagah basuh pinggan, bancuhkan air, drive ke sana sini.
pokok taugeh sihat. alhamdulillah.
bertemu dalam mimpi.
saya pernah makan kacangnya, tetapi masih hanya mampu bertemu dalam mimpi.
dan serak-serak suara saya bila petang, bila matahari mula pergi.
macam menangis. macam sahaja.
selamat pagi dari saya, Confused.
saya hidupan dua alam.
kacukan kambing gurun dan bebiri.
dua-dua ada, sama dominant.
saya Confused, sedikit gila.
bahagia.
.
Showing posts with label Koleksi Esisten Bercahya. Show all posts

Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 06, 2010
CEPAT-CEPAT.
.
Karpet merah dua puluh gulung.
Susun dari stesen bas.
Bunga kertas, tabur sepanjang jalan.
Selak awan-awan tebal, tahan. Tolong jangan hujan.
Kereta-kereta dan lori-lori dilarang menyemak atas jalan raya.
Bos tak gemar traffic jam.
Dan aku harap sangat boleh bancuhkan air sirap, biar kau teguk hilang dahaga dan penat.
Bos sudah pulang.
Oyeh. Oyeh.

Thursday, September 30, 2010
GOSOKKAN GIGI?
.
Ya. Aku janji.
Sambil bercerita tentang daun gugur dan anak tupai.
Sambil bercerita tentang hari-hari menunggu angin bawa bau kau. Aku janji.

Sunday, September 26, 2010
DATANG SEORANG PEMUDA BIASA.
.
Datang seorang pemuda biasa, dipercayai ketua untuk orang-orang muda dari sebuah kampung yang katanya (pemuda biasa) kekurangan itu ini.
Datangnya mahu minta laptops, kata pemuda biasa itu "orang-orang muda kampung saya mahu berfacebook."
padahal selama ini tak pernah permintaan seperti itu tercapai.
padahal sudah berpuluh kali muka yang sama datang meminta.
Boss yang masih lagi baru itu berkata, "baiklah. baguslah. minggu depan orang-orang muda kampung awak boleh mula berfacebook. baguslah!"
Pemuda biasa lantas, pengsan. Aduhai.
Tapi tak lama, sebaik sahaja dia terjaga semula, dia tergagap-gagap mahu bersuara.
Boss baru berkata lagi, "facebook penting. mungkin ada orang muda kampung awak yang bercinta jarak jauh.". Entah dari mana datangnya air, tertitis satu dua atas pipi boss baru itu.
"Terima kasih!!" , untuk kali ke berapa entah keluar dari mulut pemuda biasa sambil melangkah keluar bilik.
"Emm..tunggu!"
"Iya?", spontan pemuda biasa menyahut suara boss itu, nasib baik dia tak pengsan lagi.
"Kamu tahu mana boss lama kamu pergi?"
"Cuti, cuti bersalin (nada perlahan). Tuan yang kata."
Dia lupa. Dia bingung.
Dia yang hebahkan bahawa boss lama sedang cuti, bersalin.
Langsung tak masuk akal untuk mengatakan seorang lelaki cuti bersalin.
Tetapi orang ramai, termasuklah pemuda biasa itu, menerima. Terima saja apa orang-orang besar katakan.
Percayakan sangat apa saja yang dikeluarkan oleh mulut-mulut yang pangkatnya tinggi-tinggi.
Bodoh.
Dia lupa. Dia bingung. Dia rindu.
Muncul lagi air di pipi, kali ini lebih lebat.

Friday, September 24, 2010
BUKAN ORIGINAL.
.
Tengah aku berjalan pulang tadi, kau muncul.
Mana tak terbeliak mata aku, kau muncul. Betul jasad kau, kecil. Betul rambut kau, bertocang dua.
Siapa tak tahu yang kau comel.
Mata bulat, pipi bulat, bentuk kepala pun bulat.
Macam cake.
Hari ini, comel kau seperti berganda.
Aku terus berlari. Kaki aku melangkah dulu sebelum aku buat keputusan mahu ke mana.
Aku nak ke kedai, cuma tak tahu arah mana.
Tak kisahlah ke mana, asalkan boleh aku beli gula-gula. Kau suka.
Cepat-cepat aku patah balik, aku susun gula-gula satu persatu.
Depan-depan kau aku susun, orang lalu lalang tak putus pandang. Mereka ingat aku gila. Berbulu biru, besar, dan gila.
Dah masuk gula-gula keenam belas aku susun, kau tak endah pun.
Tak boleh jadi.
Aku buang gula-gula, aku campak sejauh mungkin.
Aku tarik kepala kau, rambut kau aku selak setiap inci.
Tak ada uban.
Tak boleh jadi. Huh.

Thursday, September 23, 2010
BARU. BOSS BARU.
.
"Selamat datang semua, saya boss* baru mulai hari ini. Ada faham?"
(* yang memerintah, yang garang, yang busuk, yang paling disayangi)
"Mana boss kami?"
"Ha, boss kami handsome! Bukan kau, bukan, kau tak!"
Tangan mengusap dagu,
"Sabar. Sabar kalian. Boss kau orang semua, cuti. Cuti bersalin."
. . .
(senyap)
(langsung tiada bunyi)
. . .
Subscribe to:
Posts (Atom)