
"Amin. Oooooo Amin. Buka la pintu tu. Tengok tengok siapa yang datang. Silap silap pakcik kamu ke, paklang kamu ke, siapa siapa je lah. Pergi buka pintu tu. Kartun tu, tinggal la sekejap. Tak lari ke mana nya Jerry dan Tom tu. Pergi pergi."
[kedengaran bunyi terkocoh kocoh dari sofa turun dan berlari ke dapur.]
"Akak akak. Kalau beruang datang, Amin nak buka pintu jugak ke?"
Amin tanya akak nya yang sedang sibuk mengacau kuah kari. Ibu cadang, nak buat mi kari sempena satu syawal. Mudah dan tidak memerlukan banyak tenaga seperti buat nasi dagang.
"Ya Allah, mana ada beruang tengah tengah bandar ni Amin oi. Cepat cepat pergi buka pintu. Orang datang nak beraya tuh."
"Oke oke kak."
[tap tap tap. Tapak kaki Amin bunyi tap tap tap apabila dia berlari ke arah pintu.]
Amin buka pintu, kemudian, kembali lari ke dapur kembali.
"Akak, betul laaaa. Beruang datang. Nak Amin tembak dengan pistol laser?"
"Ah kau mengarut lah budak kecil. Pergi ajak dia masuk. Akak buat teh sekejap."
"Tapi akak, kalau dia attack, nak Amin tembak tak?"
"Aduhai. Haa. Ye lah. Tembak kepala dia sampai hancur. Oke macam tu?"
"Oke akak. Roger that."
- selang beberapa minit, semua sunyi -
"Amin, sini datang. Angkat air. Siapa datang tu?"
Amin datang merangkak ke dapur. Kakinya luka tersepak pasu semasa dia lari tadi.
"Akak, beruang tadi, Amin dah tembak. Dia nak letak sekotak semacam hadiah bawah sofa. Amin laju tembak kepala dia, terus dia mati atas dada sofa. Ni Amin datang nak beri akak kotak. Amin ingatkan dalam kotak ada bom. Rupanya kad raya. Apa punya beruang. Gila gamaknya."
"Ya Tuhan."
[kaget]
[tap tap tap. Tapak kaki Akak bunyi apabila dia berlari ke arah ruang tamu. Dengan deraian air mata.]
.
.
.
.
Polis kata, yang beruang tadi, ialah seorang Keling (asalnya dari sanskrit, Kalinga) merangkap penangkap kelip kelip (firefly catcher) yang tersohor di daerah Kampung Baulu. Dia bertopeng dan mengacah acah untuk mengucapkan salam Satu Syawal, tapi kerana ketaksuban Amin (tiga thun) pada hero alamnya, iaitu Buzz Lightyear, semua yang asing, akan di laser dan mati berderai.
Kes digantung bicara dengan satu syarat. Syaratnya, Akak Amin perlu menyimpan beruang besar itu dalam peti ais di rumahnya. Walaupun rumahnya sebesar kebuk jantung, perlu disimpan juga mayat beruang tadi, barulah kes ini akan dibuka dan dibicara.
*
Salam Satu Syawal.
Ulang suara, Satu Syawal.
*
Kepada rakan yang baca, salam Satu Syawal. Moga Syawal ini, kamu kamu menjadi lebih matang daripada anak anak yang bermain mercun. Lebih matang daripada buah jambu di pohon.
*
Gambar atas sekali ialah sekeping kad raya elektronik yang sempat Keling bertopeng beruang emelkan pada Akak Amin.
*
^salam^
4 comments:
amin tembak ngn pistol laser mainan je pon. alahai.
kelingkeling.
bangunla.
udah tertiarap bawah sofa dah keling tu. heh. kesian dia.
afe, tadi ada orang call aku. miss call. aku tanya siapa. dia call balik. aku angkat dia tak jawab. lepas tu, aku call balik. nak tau dia cakap apa? dia cakap.
"maaf mas. gue silap nombor tekan."
macam mana nombor telefon aku boleh ada kat mat endon. kau ada tulis nombor tepon aku kat setiap batu bata yang kau jumpa ke?
hahahahaa.
aku tules nombor kau kat toilet kl sntral. awek cun: 01282.......
hehe.
ohoi. tulis la tulis.
kalau ada orang call, aku tanya,
"sini tak jual ubat kurus."
Post a Comment