(akhir sebelum berehat sebentar daripada menulis di dalam blog)
.
Ke Hadapan Celatu-Celatu.
aku celatu (kelekatu).
aku lihat, bawah bulan november, ada dua celatu terbang. mencari samar bulan untuk berhenti dan membetulkan sayap yang terkopak kerana terlanggar sarang labah-labah.
aku lihat, bawah bulan november, ada banyak celatu terbang. pergi ke arah samar bulan yang banyak tembus melalui daun rimbun di pohon. ada celatu yang sehat. ada yang sakit. yang sakit? terus-terusan sakit tanpa dihiraukan yang lain.
aku lihat, bawah bulan november, ada celatu berpangkat doktor bertandang. cuba memberi ubat kepada yang sakit. terus-terusan sakitnya, beransur sembuh dan terbangnya, sikit-sikit ada upaya. sayapnya tidak lagi kopak seperti terlanggar sarang lelabah.
bila aku jaga, bulan november makin habis dan banjir pasti datang. celatu pun beransur pergi. masuk ke busut masing-masing. bersiap dengan anak-anak untuk berpindah ke busut lain. banjir pasti bawa bencana. bukan cinta.
aku lihat, bawah bulan november, celatu bermigrasi besar-besaran. yang berada akan mengangkat sekali sofa dan perabot jati. yang biasa-biasa, cuma bawa tikar mengkuang. walaupun tikar, tapi tetap diusung beberapa celatu lain. sambil senyum dan tidak berkata hodoh atau menjelir lidah sekalipun.
aku lihat, bawah bulan november, celatu bertukar menjadi semut yang beribu banyak. sayapnya tanggal dan keluar punggung hitam yang besar. tidak lagi terbang tetapi berjalan merentas tanah lembap. secara sendiri tanpa celatu lain.
aku lihat, bawah bulan november, desember terpandang-pandang. dia buat gaya isyarat. isyarat desember bermaksud, "sampai bila kau mahu lihat bawah bulan november?"
aku bingkas bangun. ambil ubat pemberian doktor, tikar mengkuang dan terbang pelan-pelan. usung sendiri-sendiri. migrasi kali ini dalam cuaca yang tidak menentu, pasti susah dan mendebarkan.
kata desember lagi, "kita tengok apa jadi november akan datang. moga berjumpa lagi celatu-celatu."
Salam Kasih Dari Aku.
.
^Tamat Koleksi Skafolding Jambatan Ke Seberang^
Showing posts with label Skafolding Jambatan Ke Seberang.. Show all posts

Tuesday, November 02, 2010
CUTI.
.
Rosnah ambil kunci kereta dan meluru laju ke arah stadium untuk menyaksikan perlawan ragbi tujuh sebelah. Lampu merah dia langgar membabi buta. Kupu-kupu tengah terbang pelan pun dia langgar jadi debu. Nasib baik lah budak kecil yang terkocoh-kocoh mahu mengutip bola getah yang tergolek ke tengah jalan besar, dia tak langgar. Brek dia srrreeetttt kuat berdecit macam bunyi tikus rumah kena penyek dengan but.
Dia buka tingkap dan mencarut &*!@#$%^&*(*&^%$ pada budak kecil tadi. Budak kecil tadi senyum dan sambung bermain bola getah. Baling baling dan seakan carutan tadi tidak berkesan. Ya memanglah, dia kecil dan tidak tahu apa itu &*!@#$%^&*(*&^%$.
Sampai di stadium, tiada kereta. Gerai jual air berwarna, cendol dan tshirt ragbi pun tiada. Tiada bunyi sorak. Tiada peniaga jalanan yang menjual trumpet putt peett putt peett. Yang ada, cuma bunyi burung gagak sedang hinggap di tong sampah hijau besar. Ada juga langau hijau yang sedang berdikir.
"Ya Cik. Cari apa hari ini?" Tanya lelaki tua berjaket hijau bertulis Dewan Bandaraya. Wajahnya berjambang.
"Saya datang nak tengok match ragbi tujuh sebelah. Tunda ke?" Rosnah tanya sambil mengipas ngipas dahinya yang mula berpeluh kepanasan. Dadanya dan belakangnya juga sudah berpeluh. Rimas.
"Hari ini cuti la Cik. Tak ada apa apa match." Mata lelaki tua jadi redup kerana kasihan melihat Rosnah yang kepanasan dan kelam kabut tak tentu hala.
"Tapi, kekasih saya (pemain ragbi tujuh sebelah) kata, hari ini dia ada match. Match besar. Masakan dia/saya tersilap. Huh." Mendengus.
"Kekasih kamu lupa la tuh Cik. Pulanglah. Esok masih ada untuk kamu berjumpa. Jangan risau." Lelaki tua berjaket hijau sambung mengutip botol kosong dan plastik yang tak habis habis terbang tak tentu hala.
Rupa rupanya, kekasih Rosnah (pemain ragbi tujuh sebelah) tersilap dan terlupa. Sebenarnya, lusa nanti match dia. Bukan hari ini. Hari ini cuti. Cuti.
Kesian Rosnah.

Monday, November 01, 2010
DALAM PELUKAN TUHAN.
.
KHAS UNTUK ORANG MUDA YANG GEMAR.
(ini bukan tulisan berat berat)
.
Hamba Tuhan ini, ada dua jenis. Dasarnya, satu yang sehat dan satu yang sakit. Ketepikan sebentar tentang lapang atau sesak, bulat atau bersegi, berjanggut atau berdagu licin, berkopiah puteh atau bersongkok hitam, gemuk mahupun kurus ataupun miskin dan kaya. Yang menjadi dasarnya sekarang ialah, sehat dan sakit.
Aku kata begini kerana, dengan kesehatan, dia (iaitu kita) mampu berjalan. Dengan mampu berjalan. Dia mampu berbuat apa-apa. Seperti pergi ke kedai membeli roti, ke surau mencari Quran yang tertinggal atau pergi ke pekan membeli filem. Dengan berjalan-jalan juga boleh melahirkan senyum yang tak pernah dirancang untuk diukir. Jadi, berjalanlah. Berlari boleh jatuh dan luka besar. Bahaya gitu. Kalau berjalan, lukanya akan lebih minima. Jadi, berjalanlah lagi sekali dengan pelan-pelan dan jangan jatuh. Dasarnya, sehat mampu membuatkan dia berjalan. Dan tersenyum. Walaupun seorang atau berdua. Yang penting, jangan berlari. Biarlah orang kata, "Masa itu emas. Jangan lewat-lewat dan tinggal di belakang.."
Kau balas kembali, "Aku menikmati emas pemberian Tuhan. Sebab itu aku tidak berlari."
Kalau orang kata, "Kau rugi." Apa kau akan jawab?
Oke begini, kau beritahu dia yang berkata itu pelan-pelan. Kau cakap, "Tidak selalu aku sehat begini. Jadi, biarlah aku berjalan pelan-pelan."
Oke bukan?
Kalau sakit, apa boleh buat? Alahai. Tidur dan menutup mata. Kadang-kadang, sampai mulut dalam hati menjemput mati datanglah datanglah. Begitulah hamba (iaitu kita). Mudah terasa putus syukur dan tiada asa.
Misalnya dijadikan sehat seorang hamba Tuhan, maka dia akan bergerak semampu mungkin. Mencari nikmat-nikmat yang Mikail tabur setiap pagi. Seperti memberi anak-anak ayam makan. Kruk kruk kruk. Dan dia akan makan cebis nikmat-nikmat itu seperti anak kecil melahap cipsmore. Yang tidak mampu makan dan habiskan, bagaimana pula? Jangan risau, dia akan guna sepenuhnya. Kalau ada lebih bagaimana? Dia akan kongsi dengan jiran atau rakan. Kalau jiran dan rakan tak mahu bagaimana pula? Oh kalau begitu, dia akan letak kembali nikmat yang dikutip seperti cebis cipsmore, dan tunggu untuk diambil oleh hamba lain. Mungkin itu hak orang lain.
Tapi, tapi, tapi. Ada empat tapi...
(1 november)
Setiap masa, sama ada dalam sehat, dalam menerima nikmat, dalam menerima yang dia kata bala (iaitu kita), apa kita sedar yang kita masih dalam pelukan Tuhan.
Kalau tidak, masakan kita sehat, mampu berjalan dan gagah untuk menaip/membaca sambil bernafas.
Syabas untuk kita. Kita masih dipeluk Tuhan.

PM SAKIT. RAKYAT (PLEASE) JANGAN TENGOK TIVI.
.
Pm saya kena demam campak. Saya jadi gusar. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak menonton tivi satu atau tivi dua atau tivi tiga bila jam lapan nanti. Sebab nanti, orang-orang dalam tivi akan kata dengan penuh yakin..
"Pm beransur pulih. Rakyat jangan gusar."
Sedangkan saya tahu, mereka bohong. Tivi tivi semua bohong.
Yang boleh percaya dalam tivi, cuma rancangan masak-masak.
Dan pocoyo.

Thursday, October 28, 2010
KABAT.
.
Wush wush wush wush wush wush wush. Kipas angin berpusing laju. Nampak gayanya kalau panas begini, tidak akan matilah motornya ditutup tuan rumah. Terus berputar wush wush wush wush wush. Sementara di bawah bilah-bilah kipas yang separuh berhabuk itu, ada dua ekor kucing sedang bergurau. Pada saiznya, mungkin satu sulung dan satu lagi bongsu. Bergurau cakar-cakau. Melihatkan pada bulunya pula, umur kedua kucing itu, tidak lebih daripada setahun.
Dalam panas-panas begini, masih mampu si sulung melompat ke atas sofa dan meninggalkan bulu-bulu halus, dan si bongsu merangkak di bawah meja Jepun. Gaya punggung rendah, seperti mahu menerkam burung atau kupu-kupu terbang. Tapi bukan. Taakulan silap. Gaya punggung rendah yang si bongsu watakkan adalah seterusnya diikuti dengan gaya meniarap yang membawa kepada menggeliat sebelum dia ketiduran. Si bongsu yang lincah tadi, tertidur dalam keadaan tertiarap di bawah meja Jepun. Si sulung. Juga terlena. Di tengah-tengah ruang keluarga. Di bawah kipas yang tak berhenti wush wush wush wush wush wush.
Jam tiga petang, si sulung terjaga. Ada jin di hadapannya. Besar dan hijau seperti Inkedibel Huk.
"Hoi hoi si sulung. Apa hajatmu. Ha ha ha ha." Si sulung bersua jin yang pakai spek mata lalat. Ray Ban. Harga mungkin mencecah ribuan ringgit.
"Aaaa. Aw auww auuwwww. Miyauuu." Si sulung separa terkejut tetapi dapat membalas pertanyaan jin yang pakai spek mata lalat dengan baik. Si sulung minta, semangkuk susu. Cuma itu.
"Ohoohooh. Kau dahaga ya? Baiklah. Nahh."
Puwoossshhh.
Ada lima mangkuk susu di hadapan si sulung. Siap berstraw dan dinginnya susu, seperti baru dikeluarkan daripada peti es.
"Meow miyaw miyaw. Auu." (terima kasih jin. terima kasih banyak.)
Merangkak jam tiga dua puluh petang.
"Hoi hoi si bongsu. Apa hajatmu. Ha ha ha ha." Kali ini, giliran si bongsu pula ketemu jin yang pakai spek mata lalat. Ray Ban. Harga mungkin mencecah ribuan ringgit. Ah sudah diulang.
"Auww. Kabat kabat kabat." Si bongus mahu 'kabat'.
'K A B A T'.
"Ouh. Hoho. Sekejap. Aku cari dalam kamus bahasa sedunia." Sambil menggaru kepala, jin mula kelihatan berpeluh-peluh. Kening jin menjadi dekat antara kiri dan kanan. Dahinya berkerut seperti telur yang baru dipecahkan di dalam kuali berminyak panas. Panas. Jin buntu. Apa kabat? Tak ada dalam pendaftaran perbendaharaan kata.
"Sekejap ya si bongsu. Ha ha. Aku jin. Aku hebat. Sabar. Aku akan berimu kabat setelah aku tahu apa itu kabat. Ho ho ho." Peluh mula menitis di atas perut jin.
Jin putus asa dengan kemampuan kamus bahasa sedunia nya. Kali ini, hendak tak hendak, dia kena Google. Dia perlu Google kerana baginya, Google ialah ciptaan manusia yang paling hebat setelah terciptanya kapal terbang dan jambatan.
Tapi apa dia dapat? Kumpulan Hadrok. Omongnya seorang, mana mungkin si bongsu, iaitu kucing yang berbulu halus, bermata bulat dan bertapak kaki puteh (lebih comel daripada tikus rumah), melayan Hadrok. Mana mungkin. Ah tak mungkin boi tak mungkin. Jadi dia ambil keputusan untuk menangguhkan pengkabulan permintaan si bongsu.
"Ohh si bongsu. Ho ho. Aku memohon maaf darimu atas nama Tuhan yang Agung. Aku tidak mampu memberi padamu 'k a b a t'. Aku tahu bukan kumpulan Hadrok dari Republik Czech yang bernama Kabat yang kau minta. Aku tahu juga 'k a b a t' bukanlah nama makanan berasaskan tuna yang kau gemarkan. Aku tahu juga 'k a b a t' bukanlah nama daerah yang paling aman untuk kau pergi melancong. Ho ho ho. Aku mohon maaf si bongsu. Aku mohon maaf."
Setelah jin memohon maaf dua tiga kali. Dia lesap. Menjadi angin. Angin dibawa angin. Pergi ke zon angin paling atas. Bertemu titis hujan. Kembali turun ke bumi. Dan mungkin akan ketemu dengan anjing atau burung. Mungkin juga cacing tanah atau ular. Yang penting, di bahagian dada bumi yang lain. Yang asing dan jauh dari sini.
Si bongsu terduduk. Punggungnya menghadap lantai dan dia duduk. Memandang si sulung yang rakus dan baru habis mangkuk ke tiga menghirup susu dingin. Si bongsu sugul. Dahaga dia tidak rasa. Panas dia tidak rasa. Dia mahu kabat. Ka ka. Ba ba. Bat bat. Kabat. Mahu sangat tapi apakan daya. Google pun tak mampu. Jin pun mengundur diri menyerah kehebatan pada Tuhan.
Jam empat petang, panas makin mencacak di daerah yang jaraknya berjuta batu daripada tempat si bongsu duduk. Ada dua tupai sedang menciut-ciut berebut menggigit almond. Kacang. Almond sejenis kacang yang asalnya daripada Timur tengah.
Jin keluar dan bertanya seperti yang dia tanya pada si bongsu dan si sulung. Apa hajatmu? Kata tupai pertama yang giginya masih terlekat kacang.
"Kabat. K a b a t."
Jin lesap dan hilang. Tupai dia tinggal begitu sahaja. Termangu dan menangis di buatnya. Hinggakan almond yaitu sejenis kacang, tidak boleh dimakan lagi kerana tercalit hingus dan air mata. Apakan daya, dia (jin) tak tahu apa itu kabat. Mungkin dia perlukan ketenangan. Lalu esok, dia menempah satu tiket untuk pergi umrah. Mekah sana dia mahu holiday. Mungkin di situ dia boleh bertanya pada Tuhan. Apa kah kabat dan sehebat manakah benda itu...
.
Esisten yang aku hantar pergi berkursus kata, dia tak reti menulis. Aku kata, Amin pun reti, masakan kau tak reti. Lepas tu aku tambah, kau tak reti menulis, tapi kau reti membaca. Dan meneka. Contohnya, neopolitan.
Tepat sekali. Bulls eye.

Wednesday, October 27, 2010
ORANG BATU 5.
5.
Tuan, sampah ni nak buang di mana? Longkang? Tong hijau?
Ah tak perlu. Buang saja di tempat kau berpijak. Kita kan binatang.
Kita binatang. Oh begitu. Binatang apa? Ohh Babi.
Ya lah. Babi.
Sampah ini apa pula ya Tuan?
Orang. Sisa orang.
Kata Orang Batu (pertapa), kau cari yang hidup dalam kematian kau yang makin hari makin parah mati.
*
Allah, semalam aku minta sambil tadah tangan dan berwuduk. Aku minta kau ampun kan dosa dosa semalam dan lusa. Itu sahaja. Cukup itu, aku kembali tengok tivi dan tertidur. Allah, semalam aku minta sambil tadah tangan dan berwuduk. Aku minta kau permudahkan hatiku untuk berdegup dup dap. Itu sahaja. Cukup itu, aku kembali makan dan sendawa. Allah, semalam aku minta sambil tadah tangan dan berwuduk. Aku minta kau tetapkan hati supaya aku tidak mencelakakan hari hari esok. Itu sahaja. Cukup itu, aku kembali buka fesbuk dan tukar tiub.
Oh ya. Allah, hari ini, aku terdiam. Aku merasakan hari ini aku nak cuti daripada berdoa. Dan aku perlu tidur lena. Sebelum tidur, rupanya aku tidak dapat lari daripada berdoa. Alahai doa aku kali ini, tidak lain tidak bukan bunyinya dimulai dengan, Bismillah.
"Bismillah, moga Kau tutup 2010 dengan pantas tanpa kemalangan tragis."

Monday, October 25, 2010
ORANG BATU 4.
4.
Petang lembap tadi, semasa burung gagak hitam mencari nyawa untuk kembali hidup, abang besar call saya. Dia tanya, 'belajar di mana sekarang?'
Setelah saya terangkan dengan terperinci, abang besar kata, 'oh terima kasih.'
Padahal abang besar tidak tahu, saya ada perasaan sulit yang tersembunyi terhadapnya. Betul. Masakan saya tipu jikalau bercerita tentang perasaan.
Kata Orang Batu (pertapa), cuma kau mampu membina ketabahan ini.
Bila teringatkan pesanan Orang Batu (pertapa), saya jadi kaget. Saya tidak jadi untuk melunaskan perasaan sulit saya terhadap abang besar.
Rasa ingin bunuh dan ludah.

Sunday, October 24, 2010
SELAIN MENAIP, MENANAM POHON MAMPU BUAT SAYA RASA, "PEDULI APA".
Petikan kata Orang Batu (pertapa), tanam kacang hijau ialah meditasi paling atas.
esisten, klik sini (keh keh keh).
.
ORANG BATU 3.
3.
"Sabarlah. Tuhan bukan tak sayang, bukan pula Dia terlepas pandang. Cuma hari ini, terlebih sikit seram sejuk debar hangatnya."
"Tapi .. Kenapa mungkin begini..? Siapa?..."
"Ah. Jangan berantakan pikirmu. Usah tapi tapi lagi. Mari sini ikut aku."
"Hmm. Ke mana pula?"
"Tabrak hari ini sekerasnya."
Kata Orang Batu (pertapa), jangan biar hari kau sesak. Tabrak. Tabrak.

ORANG BATU 2.
2.
Diringkaskan kisah, kekasih Ali namanya Romeyo. Wajahnya bersegi. Putih. Hari ini, entah kenapa Ali tersebut celaka ketika menghantar mesej kepada Romeyo. Nasib baik, celaka itu bukan untuk Romeyo. Yang ada wajah bersegi. Dan putih. Tapi untuk Juliyet yang tak pernah tahu apa ada dalam 'hati'. Celaka (maaf) kau Juliyet. Bodoh (maaf). Sungguh.
Kata Orang Batu (pertapa), dalam sejuta, lima belum tentu ada.

Saturday, October 23, 2010
ORANG BATU 1.
1.
"Semua orang sibuk bersiap nak main bola. Kau tak mahu join ke?" Tanya Semaun.
"Keh keh keh. aku? join? aku tak main bola la. Tak rock." Selamba Ali terkekeh.
"Dahtu. Apa kau buat petang petang-petang?"
"Tanam kacang hijau. Nanti aku nak tebang batangnya buat tiang seri rumah?"
"Mampu kau tebang?" Sambil mengikat tali kasut, Semaun sudah bersiap untuk bermain bola bersama kawan lain yang tak habis habis memanggil dari bawah. Semaun selalu lambat. Macam siput. Tapi tangkas bermain bola.
Sementara Ali, tidak peduli tentang soalan terakhir Semaun. Yang penting sekali, petang ini dia kena tanam kacang hijau. Itu yang terpenting.
Kata Orang Batu (pertapa), tanam kacang hijau ialah meditasi paling atas.

Thursday, October 21, 2010
CUBA TEKA SIAPA SAYA (2).
.
dan serak-serak suara saya bila petang, bila matahari mula pergi. siapa tahu itu saya?
saya masih Confused. makanya yang serak tadi garau atau lunak suara saya?
betul. saya Confused.
pagi, saya tidak mampu keluar tanpa berbaju dan terus menggeliat melihat awan menjunjung rezeki untuk dicampak kepada mereka yang beruntung. kerana sejuk di tempat saya, dan saya Confused. kerana itu saya tidak mampu keluar tanpa berbaju.
betul. saya Confused. sangat sangat.
sebelum tengah hari. dalam perjalanan pulang, brek basikal saya tidak makan. bukannya lapar, tapi haus. haus pula bukannya dahaga. ah sudah. jangan jadi bodoh. saya kuat. lengan berotot pejal. apa salahnya baiki sendiri. cuma perlukan sedikit daya. saya cuba.
tapi, saya betul betul Confused kali ini. kerana lengan saya tidak seperti semalam. kali ini kecil saiznya. dan kulitnya tidak kasar seperti pipi. ouh pipi siapa? tangan siapa? saya Confused. seingat saya, saya ada lengan berotot pejal dan pipi kasar. tapi mengapa berubah bila saya melabuhkan punggung di atas pelana.
saya Confused kawan.
saya Confused kasih.
di mana saya? saya bayangkan saya di sabah. tapi tidak juga bila bulan mula bersiul memerli saya. dia kata, sekarang kamu siang. saya tanya kenapa kamu muncul? dia kata, kamu bukan di sabah. habis itu, saya di mana. oh johor. tapi kenapa saya sejuk. dan berbaju tebal. tidak senipis seperti hari-hari panas kebiasaan.
saya Confused.
sedikit gila tapi bahagia.
jadi saya berbaring. bukannya mahu terlena dan mimpikan gadis cina. kali ini, gadis cina saya akan tetak kalau jumpa. saya angkat lengan. melapik kepala.
siapa saya? saya Confused. serius.
esok siapa saya? lusa siapa saya? mungkin begini makna hidup seperti roda. tiap hari, bertukar. hidup seperti filem. tiap hari, frame lain. cahya yang terobos juga lain. saya Confused. saya belum beli kamera.
selepas saya bersolat. saya berdoa moga saya sihat. esoknya, saya sakit kepala. siapa? saya. tapi saya mampu ke kelas walupun sakit kepala. tak rasa pun sakitnya. tapi. tapi. ahh. saya terlebih makan Cheerios.
selamat pagi. saya Confused. kenapa pagi hari ini, ada bintang di atas kepala? dan penatnya, sikit sikit memanjat dada. aduhai.

Wednesday, October 20, 2010
Monday, October 18, 2010
KOPI MALAM DAN KEYBI.
.
(Oktober 18)
Menyedut anak api paling bongsu berupa asap kelabu di hujung rokok nipah bergulungan tembakau wangi bercengkeh, bukanlah satu kebiasaan yang normal. Ini cacat. Cacat boi cacat. Tambah-tambah lagi dengan hirupan kopi panas hitam seperti tar baru lekap di tanah. Dalam gelas kaca silika berwarna puteh berbunga biru. Ouh tragis. Selamat malam aku usulkan.
Ketragisan hal-hal kurang normal mampu membawa aku ke aras tertinggi dalam kelangsungan hidup hari-hari yang kurang tenat. Langsung bukan aku jika begini. Serius. Bukan aku jika begini. Aku selalunya lain. Bukan aku jika begini. Ya sumpah, aku tidak mabuk nira masam. Bukan aku jika menghisap rokok daun, dan minum kopi. Dengan kaki tersilang. Atas kerusi batu. Rileks tanpa fikir apa-apa tentang apa-apa.
(Oktober 19)
Malam warna biru gelap mencapai hitam hangit selalunya bawa keajaiban yang tak sudah sudah. Bukanlah aku maksudkan keajaiban seperti lailatul qadar (malam ketika pohon pun bersujud dan bintang pun mengelip kasih). Atau bukan juga seperti malam hari pertama kau di asrama. Tidur bersama bantal entah siapa punya tompok liur basi cokulat dan tilam yang punya tompok air mimpi orang muda. Entah siapa punya, kau tak tahu. Kau langsung tak mahu tahu. Dan kau melihat palang besi kaki katil makin hilang dalam kerisauan kau untuk menempuh esok hari yang kau tak pernah tahu yang apa akan ada. Muka ibu kau berbalam balam dan suara ayah kau, senada dan menghilang.
Malam ini, dia kucing , nama dia Keybi. Aku tahu itu daripada suaranya. Yang manja dan pelan. Diutuskan mungkin Tuhan mungkin syaitan untuk temani aku membaca buku baru bermuka dua ratusan. Membelit betis. Mula dari kanan, diikuti kiri, kemudian kanan, dan kembali kiri. Seperti ibu mencium pipi puteh anak baya enam tahun untuk ke tadika. Akhirnya, melompat ke atas ribaan dan merenung tajam ke dalam mata lelahku. Aku tak tahu apa yang Keybi (kucing) fikirkan. Yang aku tahu, dia manja.
Aku pun tahu, dia tak pernah tahu yang aku pun manja seperti dia. Miaww.
(Oktober 20)
Buku aku baru beli. Jual tepi jalan sebelah bangunan partai politik yang gah . Buku lama. Tahun terbitnya sudah menjangkau empat tahun. Lebih tiga tahun, ianya dikira lama. Kerana masih bertahan, ia menampakkan skafolding nya yang kukuh semasa pembuatan. Seperti hubungan cinta sesama kita tidak kira laki atau perempuan. Ia perlukan skafolding yang kukuh. Baru boleh usai senang senang sampai mati. Begitulah.
Daripada lakaran kulit depan, aku tahu ia berbisa ( gambar, ‘Orang Muda Greek di Masjid). Lagi lagi apabila tajuknya buku, seperti sesuatu yang mampu difikirkan dalam dalam. Diam diam. Misalnya, kenapa itu terjadi dengan bantuan ini tanpa disertakan dengan apa apa kelebihan yang membantu. Musykil untuk difikirkan tapi tidak mustahil. Sebabnya, ada Tuhan. Kalau manusia seperti aku, dan kita dibenarkan menjadi Tuhan untuk sesaat sekalipun. Aku yakin, tiada yang akan mati kerana ujian seperti mati sakit barah atau mati dalam tahanan. Yang aku yakin sekali, pasti ramai yang akan mati kerana dibunuh benci.
Itu hal utama mengapa manusia jadi manusia. Tuhan tetap Tuhan. Burung tetap burung. Biawak tidakkan menjadi langau. Dan tauge takkan menjadi sekeras meranti (kecuali jika baja yang bagus dan tahan lama).
Sayang aku sayang, aku tidak mampu fokus jika begini terus terusan. Menghisap asap dan minum kopi. Kopi malam. Bawa hujan datang. Aku tak jemput. Datang bawa sekali pilu petir.
Jauh sekali malam ini Arkvoodle bercerita. Kisah dia mengembara ke angkasa paling atas. Yang paling banyak habuk dan vakum sekelilingnya. Ark ketemu dengan makhluk asing, kemalangan dengan meteor dan bintang bintang kecil yang berupa sampah di angkasa paling atas, berhenti di motel motel murah di planet yang punya lapis atmosfera. Atmosfera senipis bulu mata kekasih pun oke.
Katanya, itu untuk menjamin injap injap dalam badannyanya, sihat tidak berkarat dan mengeluarkan bunyi kerik kerik kerik. Tidak perlu beli WD40. Dia kembara seorang seorang sebelum dicampak ke bumi untuk dikerjamusnahkan. Dia kata begitu, aku dengar saja acuh tak acuh. Tidak mengiyakan atau tidak menidakkan. Saja tidak mahu ambil hati. Lagi lagi hati Ark. Terlalu asing.
Ohya, aku ingin baca buku.
Masuk muka ke lima, aku berhenti baca. Keybi sudah entah ke mana. Mungkin pergi ketemu kekasih baru. Beruntung dia jadi kucing. Tuhan kata kau jadi kucing, maka kucing. Kalau Tuhan kata aku jadi debunga, maka debunga. Arkvoodle buat aku pening kepala dan rasa letih kerana terfikir angkasa paling atas jika dengar dia bercerita. Berhenti membaca, aku letak kepala atas meja. Pandang kaki. Selipar biru dan kuku yang bersegi.
Bertafakur, lalu rindu, dan aku lelap dalam bau asap tembakau, kopi malam dan Keybi.
*tamat*

Sunday, October 17, 2010
SENTUHAN LISTRIKMU.
.
Lagu untuk doktor hensem yang gemar pedas. Selamat berhujung minggu.
"sentuhanmu bukan datang dari dunia materi"
*
aku dah reti letak tulisan di bahagian tengah. terima kasih doktor sebab ubatkan blog saya hingga dia jadi blog betul betul blog. bukan sekadar kertas kajang.

Thursday, October 14, 2010
PAKCIK MENJADI INGGERIS.
.
Tidak biasa dengan kutleri dan perabot berwarna puteh setiap penjuru, pakcik secara dikit-dikit menjadi Inggeris. Tidak secara total. Tapi tetap Inggeris bunyinya.
Rambut jadi puteh. Itu pertumbuhan yang paling ketara dalam banyak-banyak perubahan. Iyalah. Sudah berbulan-bulan asyik menjadi orang yang sama. Bosan la juga. Hari ini, dengan secubet ilham daripada tepukan diikuti ayat-ayat repetisi, dia jadi mesra Inggeris. Perkataan pertama pakcik belajar selepas dia tahu huruf 'I' yang terlanjur membawa makna diri'nya, ialah 'You' yang membawa makna apa segala jasad di sebelah yang bernyawa mahupun tidak. Itu makna yang dia faham pada diri'nya.
Seperti kutleri, perabot warna puteh, rambut puteh, dan papan kibod. And 'You'.
Ceewah. Pakcik menjadi Inggeris.
save > musik folder > select > play.

Monday, October 11, 2010
KACANG BERPAUT DAN SABAR.
.
Kepulangan aku lesu benar, aku lihat dia berdua berpaut dan ada dua tiga daun gugur kerana lesu juga. Terlalu panas udara dan berhabuk tajam daripada kilang-kilang sekeliling, membuatkan dia berdua tidak sudah-sudah berhamba pada Tuhan, moga dipermudahkan segalanya. Kilang-kilang semalam cemburu lagi dengan memuntahkan asap jingga. Hujan bengis jatuh satu-satu menerobos asap dan mencairkan. Sikit-sikit tidak apa, banyak-banyak, boleh mati.
Kelesuan aku, aku ubatkan dengan air. Aku siram dari kepala hingga ke kaki. Telefon di atas meja konsol, tidak habis-habis bergetar. Rasa aku, panggilan daripada syarikat Dove. Bos nya ingin bercakap dengan aku dan mungkin dia akan herdik marah aku kerana mendapat aduan daripada seseorang. Dia berdua, mari mandi biar aku siram dari kepala hingga ke kaki.
Biar segar. Biar sabar.

Saturday, October 09, 2010
BAH SULUNG AWAL OKTOBER MENGIRINGI LAGU NOMBOR TIGA.
.
Bah sulung awal Oktober bukan satu bencana. Biarkan apa yang jatuh mati, biar mati dan jatuh. Biarkan apa yang bengkok patah, biar patah dan bengkok. Bah sulung tetap akan datang. Dengan air masin paya bercampur tawar payau, air bersih puteh bercampur selut berkeladak hitam, dan air deras bertembung dengan tohor setohor-tohornya. Maka terjadinya bah sulung awal Oktober.
Siapa yang sangka ia akan datang? Orang di jabatan kaji cuaca pun tidak terjawab bila ada orang mewah bertanya dan separa menengking, “Kenapa tak beritahu awal-awal? Hush.” Maka apabila terjadinya bah sulung, semua isi dan tulang belakang kampung akan tenggelam. Semua pohon daripada pohon sekukuh durian tembaga berpuluh tahun dan lalang berusia dua hari, semua akan hanyut. Dibawa arus yang entah ke mana berhenti penat. Rumah, meja makan lapan kerusi, sapi, pasu bunga, kereta dan reban-reban ayam, malah bayi, semua akan hanyut dan hilang apabila bah sulung bertandang. Pada awal Oktober. Siapa mampu lawan? Aku?
Oh sayang, tak mungkin aku mampu. Sayangnya, tak mungkin. Tapi biar aku cuba.
Bila bah sulung datang, aku tidak akan lari. Jika ada gelombang dan air yang deras menyerang, aku akan berpaut pada tiang-tiang rumah, atau batang pohon yang tumbang. Kalau pula ditakdirkan ada buaya yang hanyut, aku akan jerkah, “Pergi kau pergi bermain jauh-jauh. Huah.” Misalnya lagi, kalau ada air pusar yang besar di tengah jalan raya yang berlubang, apa aku akan buat? Aku cadang begini. Kau dengar ya.
Aku akan kumpul setiap daun dan ranting yang terbang patah kerana angin kuat, aku akan letak dalam guni dedak lembu. Cukup ribuan guni berisi daun dan ranting, aku akan tutup sikit-sikit lubang besar, maka akan tiadalah lagi air pusar. Cantik tak cadangan aku? Mudah bukan?
Semalam, bah sulung awal oktober datang. Waktu tengah hari sedang enak menghirup sirap sejuk yang mencucuk anak tekak. Sayangnya, aku tak mampu kotakan apa yang aku api-apikan kerana aku sedang sibuk mengesat dua belah mata aku yang berair basah. Habuk tebal dan tajam masuk. Bukan menangis. Bukan ya. Habuk setebal dan setajam kaki lompat belalang. Lebih pedih daripada habuk debu jalan-jalan di Wangsa Maju. Hilangnya habuk dalam mata, berhenti pula tiba-tiba bah sulung awal Oktober. Tiba-tiba dengan segala mistiknya, bah berhenti mengawan dengan sekeliling.
Konsekuens, jangan tanya. Sebiji seperti apa yang aku cakap tadi. Durian tembaga dan lalang pun hilang. Reban ayam tinggal tapak sahaja. Kereta dilambung ombak entah kemana. Pasu bunga tercampak-campak. Padang jarak seperti lapang sasar jadinya. Ya Allah.
Aku tarik nafas sedalam mungkin dan berjalan masuk ke dalam rumah yang tidak lagi berbumbung. Separa berdinding. Aku siapkan tukul dan paku, cangkul dan papan, nafas dan segenggam nasi puteh. Aku paku balik pelan-pelan rumah yang senget empat puluh lima darjah. Aku siapkan balik reban ayam dan meja makan. Aku susun kembali pasu bunga bogenvila dan melur yang sudah hilang pohon. Aku cari kembali di mana sapi aku hanyut. Mana mana dia sapi aku sayang. Aku buat sendiri semuanya.
Jalan di hadapan rumah, ada lubang besar. Bahana air pusar. Tapi tidak apa, sekejap lagi, aku akan betulkan semuanya sendiri, dan aku mahu hidup lagi esok hari. Dan mulut pula, tidak habis-habis menyanyi lagu nombor tiga. Asyik gitu. Bukan dangdut ya.

Wednesday, September 15, 2010
G.A.L.
.
Petang tadi, Amin sapu sampah. Tentang orang berkepala beruang, dia dah kambus kerana mati terus di bawah sofa setelah ditembak. Akak nya, menangis meroyan. Apa boleh buat. Dah lepas. Sudahlah.
Sedang sapu sapu sampah berupa daun kering dan kulit sampul gula gula coklat bentuk bola untuk dibakar, dia sempat mencapai muvo slim dari atas kabinet.
Ada dua bar betri. Ada bermacam folder lagu. Macam macam. Tapi ada satu yang buat Amin rasakan, sampah pun boleh dijadikan ubatan.
panas boleh dijadikan pakaian dalam.
busuk boleh dijadikan wangian luar.
gelap maghrib boleh dijadikan bisingan bibir.
yang semua, menjadi satu.
Amin pasang, mula mula sekali, lagu apa entah. Tapi comel.
Makna apa entah. Tapi comel.

Subscribe to:
Posts (Atom)