Thursday, October 28, 2010

KABAT.

.


Wush wush wush wush wush wush wush. Kipas angin berpusing laju. Nampak gayanya kalau panas begini, tidak akan matilah motornya ditutup tuan rumah. Terus berputar wush wush wush wush wush. Sementara di bawah bilah-bilah kipas yang separuh berhabuk itu, ada dua ekor kucing sedang bergurau. Pada saiznya, mungkin satu sulung dan satu lagi bongsu. Bergurau cakar-cakau. Melihatkan pada bulunya pula, umur kedua kucing itu, tidak lebih daripada setahun.

Dalam panas-panas begini, masih mampu si sulung melompat ke atas sofa dan meninggalkan bulu-bulu halus, dan si bongsu merangkak di bawah meja Jepun. Gaya punggung rendah, seperti mahu menerkam burung atau kupu-kupu terbang. Tapi bukan. Taakulan silap. Gaya punggung rendah yang si bongsu watakkan adalah seterusnya diikuti dengan gaya meniarap yang membawa kepada menggeliat sebelum dia ketiduran. Si bongsu yang lincah tadi, tertidur dalam keadaan tertiarap di bawah meja Jepun. Si sulung. Juga terlena. Di tengah-tengah ruang keluarga. Di bawah kipas yang tak berhenti wush wush wush wush wush wush.

Jam tiga petang, si sulung terjaga. Ada jin di hadapannya. Besar dan hijau seperti Inkedibel Huk.

"Hoi hoi si sulung. Apa hajatmu. Ha ha ha ha." Si sulung bersua jin yang pakai spek mata lalat. Ray Ban. Harga mungkin mencecah ribuan ringgit.

"Aaaa. Aw auww auuwwww. Miyauuu." Si sulung separa terkejut tetapi dapat membalas pertanyaan jin yang pakai spek mata lalat dengan baik. Si sulung minta, semangkuk susu. Cuma itu.

"Ohoohooh. Kau dahaga ya? Baiklah. Nahh."

Puwoossshhh.

Ada lima mangkuk susu di hadapan si sulung. Siap berstraw dan dinginnya susu, seperti baru dikeluarkan daripada peti es.

"Meow miyaw miyaw. Auu." (terima kasih jin. terima kasih banyak.)

Merangkak jam tiga dua puluh petang.

"Hoi hoi si bongsu. Apa hajatmu. Ha ha ha ha." Kali ini, giliran si bongsu pula ketemu jin yang pakai spek mata lalat. Ray Ban. Harga mungkin mencecah ribuan ringgit. Ah sudah diulang.

"Auww. Kabat kabat kabat." Si bongus mahu 'kabat'.

'K A B A T'.

"Ouh. Hoho. Sekejap. Aku cari dalam kamus bahasa sedunia." Sambil menggaru kepala, jin mula kelihatan berpeluh-peluh. Kening jin menjadi dekat antara kiri dan kanan. Dahinya berkerut seperti telur yang baru dipecahkan di dalam kuali berminyak panas. Panas. Jin buntu. Apa kabat? Tak ada dalam pendaftaran perbendaharaan kata.

"Sekejap ya si bongsu. Ha ha. Aku jin. Aku hebat. Sabar. Aku akan berimu kabat setelah aku tahu apa itu kabat. Ho ho ho." Peluh mula menitis di atas perut jin.

Jin putus asa dengan kemampuan kamus bahasa sedunia nya. Kali ini, hendak tak hendak, dia kena Google. Dia perlu Google kerana baginya, Google ialah ciptaan manusia yang paling hebat setelah terciptanya kapal terbang dan jambatan.

Tapi apa dia dapat? Kumpulan Hadrok. Omongnya seorang, mana mungkin si bongsu, iaitu kucing yang berbulu halus, bermata bulat dan bertapak kaki puteh (lebih comel daripada tikus rumah), melayan Hadrok. Mana mungkin. Ah tak mungkin boi tak mungkin. Jadi dia ambil keputusan untuk menangguhkan pengkabulan permintaan si bongsu.

"Ohh si bongsu. Ho ho. Aku memohon maaf darimu atas nama Tuhan yang Agung. Aku tidak mampu memberi padamu 'k a b a t'. Aku tahu bukan kumpulan Hadrok dari Republik Czech yang bernama Kabat yang kau minta. Aku tahu juga 'k a b a t' bukanlah nama makanan berasaskan tuna yang kau gemarkan. Aku tahu juga 'k a b a t' bukanlah nama daerah yang paling aman untuk kau pergi melancong. Ho ho ho. Aku mohon maaf si bongsu. Aku mohon maaf."

Setelah jin memohon maaf dua tiga kali. Dia lesap. Menjadi angin. Angin dibawa angin. Pergi ke zon angin paling atas. Bertemu titis hujan. Kembali turun ke bumi. Dan mungkin akan ketemu dengan anjing atau burung. Mungkin juga cacing tanah atau ular. Yang penting, di bahagian dada bumi yang lain. Yang asing dan jauh dari sini.

Si bongsu terduduk. Punggungnya menghadap lantai dan dia duduk. Memandang si sulung yang rakus dan baru habis mangkuk ke tiga menghirup susu dingin. Si bongsu sugul. Dahaga dia tidak rasa. Panas dia tidak rasa. Dia mahu kabat. Ka ka. Ba ba. Bat bat. Kabat. Mahu sangat tapi apakan daya. Google pun tak mampu. Jin pun mengundur diri menyerah kehebatan pada Tuhan.

Jam empat petang, panas makin mencacak di daerah yang jaraknya berjuta batu daripada tempat si bongsu duduk. Ada dua tupai sedang menciut-ciut berebut menggigit almond. Kacang. Almond sejenis kacang yang asalnya daripada Timur tengah.

Jin keluar dan bertanya seperti yang dia tanya pada si bongsu dan si sulung. Apa hajatmu? Kata tupai pertama yang giginya masih terlekat kacang.

"Kabat. K a b a t."



Jin lesap dan hilang. Tupai dia tinggal begitu sahaja. Termangu dan menangis di buatnya. Hinggakan almond yaitu sejenis kacang, tidak boleh dimakan lagi kerana tercalit hingus dan air mata. Apakan daya, dia (jin) tak tahu apa itu kabat. Mungkin dia perlukan ketenangan. Lalu esok, dia menempah satu tiket untuk pergi umrah. Mekah sana dia mahu holiday. Mungkin di situ dia boleh bertanya pada Tuhan. Apa kah kabat dan sehebat manakah benda itu...



.



Esisten yang aku hantar pergi berkursus kata, dia tak reti menulis. Aku kata, Amin pun reti, masakan kau tak reti. Lepas tu aku tambah, kau tak reti menulis, tapi kau reti membaca. Dan meneka. Contohnya, neopolitan.

Tepat sekali. Bulls eye.


.

No comments: