.
Rosnah ambil kunci kereta dan meluru laju ke arah stadium untuk menyaksikan perlawan ragbi tujuh sebelah. Lampu merah dia langgar membabi buta. Kupu-kupu tengah terbang pelan pun dia langgar jadi debu. Nasib baik lah budak kecil yang terkocoh-kocoh mahu mengutip bola getah yang tergolek ke tengah jalan besar, dia tak langgar. Brek dia srrreeetttt kuat berdecit macam bunyi tikus rumah kena penyek dengan but.
Dia buka tingkap dan mencarut &*!@#$%^&*(*&^%$ pada budak kecil tadi. Budak kecil tadi senyum dan sambung bermain bola getah. Baling baling dan seakan carutan tadi tidak berkesan. Ya memanglah, dia kecil dan tidak tahu apa itu &*!@#$%^&*(*&^%$.
Sampai di stadium, tiada kereta. Gerai jual air berwarna, cendol dan tshirt ragbi pun tiada. Tiada bunyi sorak. Tiada peniaga jalanan yang menjual trumpet putt peett putt peett. Yang ada, cuma bunyi burung gagak sedang hinggap di tong sampah hijau besar. Ada juga langau hijau yang sedang berdikir.
"Ya Cik. Cari apa hari ini?" Tanya lelaki tua berjaket hijau bertulis Dewan Bandaraya. Wajahnya berjambang.
"Saya datang nak tengok match ragbi tujuh sebelah. Tunda ke?" Rosnah tanya sambil mengipas ngipas dahinya yang mula berpeluh kepanasan. Dadanya dan belakangnya juga sudah berpeluh. Rimas.
"Hari ini cuti la Cik. Tak ada apa apa match." Mata lelaki tua jadi redup kerana kasihan melihat Rosnah yang kepanasan dan kelam kabut tak tentu hala.
"Tapi, kekasih saya (pemain ragbi tujuh sebelah) kata, hari ini dia ada match. Match besar. Masakan dia/saya tersilap. Huh." Mendengus.
"Kekasih kamu lupa la tuh Cik. Pulanglah. Esok masih ada untuk kamu berjumpa. Jangan risau." Lelaki tua berjaket hijau sambung mengutip botol kosong dan plastik yang tak habis habis terbang tak tentu hala.
Rupa rupanya, kekasih Rosnah (pemain ragbi tujuh sebelah) tersilap dan terlupa. Sebenarnya, lusa nanti match dia. Bukan hari ini. Hari ini cuti. Cuti.
Kesian Rosnah.
.
1 comment:
nice do post ni..suke2.
Post a Comment