Monday, November 01, 2010

DALAM PELUKAN TUHAN.

.

KHAS UNTUK ORANG MUDA YANG GEMAR.

(ini bukan tulisan berat berat)

.

Hamba Tuhan ini, ada dua jenis. Dasarnya, satu yang sehat dan satu yang sakit. Ketepikan sebentar tentang lapang atau sesak, bulat atau bersegi, berjanggut atau berdagu licin, berkopiah puteh atau bersongkok hitam, gemuk mahupun kurus ataupun miskin dan kaya. Yang menjadi dasarnya sekarang ialah, sehat dan sakit.

Aku kata begini kerana, dengan kesehatan, dia (iaitu kita) mampu berjalan. Dengan mampu berjalan. Dia mampu berbuat apa-apa. Seperti pergi ke kedai membeli roti, ke surau mencari Quran yang tertinggal atau pergi ke pekan membeli filem. Dengan berjalan-jalan juga boleh melahirkan senyum yang tak pernah dirancang untuk diukir. Jadi, berjalanlah. Berlari boleh jatuh dan luka besar. Bahaya gitu. Kalau berjalan, lukanya akan lebih minima. Jadi, berjalanlah lagi sekali dengan pelan-pelan dan jangan jatuh. Dasarnya, sehat mampu membuatkan dia berjalan. Dan tersenyum. Walaupun seorang atau berdua. Yang penting, jangan berlari. Biarlah orang kata, "Masa itu emas. Jangan lewat-lewat dan tinggal di belakang.."

Kau balas kembali, "Aku menikmati emas pemberian Tuhan. Sebab itu aku tidak berlari."

Kalau orang kata, "Kau rugi." Apa kau akan jawab?

Oke begini, kau beritahu dia yang berkata itu pelan-pelan. Kau cakap, "Tidak selalu aku sehat begini. Jadi, biarlah aku berjalan pelan-pelan."

Oke bukan?

Kalau sakit, apa boleh buat? Alahai. Tidur dan menutup mata. Kadang-kadang, sampai mulut dalam hati menjemput mati datanglah datanglah. Begitulah hamba (iaitu kita). Mudah terasa putus syukur dan tiada asa.

Misalnya dijadikan sehat seorang hamba Tuhan, maka dia akan bergerak semampu mungkin. Mencari nikmat-nikmat yang Mikail tabur setiap pagi. Seperti memberi anak-anak ayam makan. Kruk kruk kruk. Dan dia akan makan cebis nikmat-nikmat itu seperti anak kecil melahap cipsmore. Yang tidak mampu makan dan habiskan, bagaimana pula? Jangan risau, dia akan guna sepenuhnya. Kalau ada lebih bagaimana? Dia akan kongsi dengan jiran atau rakan. Kalau jiran dan rakan tak mahu bagaimana pula? Oh kalau begitu, dia akan letak kembali nikmat yang dikutip seperti cebis cipsmore, dan tunggu untuk diambil oleh hamba lain. Mungkin itu hak orang lain.

Tapi, tapi, tapi. Ada empat tapi...

(1 november)

Setiap masa, sama ada dalam sehat, dalam menerima nikmat, dalam menerima yang dia kata bala (iaitu kita), apa kita sedar yang kita masih dalam pelukan Tuhan.

Kalau tidak, masakan kita sehat, mampu berjalan dan gagah untuk menaip/membaca sambil bernafas.

Syabas untuk kita. Kita masih dipeluk Tuhan.

.

2 comments:

Hattarazian said...

ya..kita mesti menikmati emas pemberian Tuhan itu..huhu..

hnshzk said...

suka suka suka.