.
Terima kaseh amsyar. Penjelasan terang berkaitan Lubitel 166. Sikit sebanyak, buat aku rasa lebih faham setelah habis membaca manual kamera.
.
Selamat petang Wangsa Maju.
Nanti, aku akan ke Wangsa Maju untuk beli dan cuci filem. Bila tiba di sana, pertama-tama aku ingin bersila di tepi landasan tren. Duduk bertafakur menghadap Jusco besar dan membaca mentera jiwa-jiwa supaya angin dan daun kering dan bau-bau restoran Cina dan bau-bau asap kereta, bergabung, bertakup, bercantum, bernyawa. Dan berjasadkan menjadi seseorang. Iaitu 'aku'. Yang berbaju biru hijau. Bukan hitam.
Selamat petang filem-filem (kenangan) baru dan lama. Negatif dan 'slide' (gembira dan kecewa). Yang penting, semua berwarna (berkongsi rasa). Walaupun kau TC400 (tidak sempurna). Kau tetap ada warna (hebat segala).
Tapp (snap gambar)..
.
10 comments:
haritu aku beli filem di CM. suruh kakak kedai tu pasangkan. beli dua filem, satu roll langsung rosak rugi.
sedih.
rosak macam mana?
rosak sebab dia pasang?
haha no problem :)
aku baru lepas edit post tu.
ada extra info aku ada masukkan
kan first time pakai, so aku takreti sangat. mulamula aku yang pasang. macam biasa, ada pelekat tu aku koyaklah. kalau tak koyak, macam mana nak buka dan masuk kan.
lepastu, aku tiba tiba dungu kejap sebab filem tu nampak besar (haha). bawak kedai, suruh kakak tu pasangkan.
dia pasang, lepastu tibatiba dia kata filem tu dah rosak. sebab masa dia pusing, filem tu tak stop. suppose dia akan stop at one point, then ready to snap gitu. last last, rosak macamtu je.
lepastu aku suruh pasang lagi satu, sebab aku ada beli dua. BENDA YANG SAMA BERLAKU. cina tu cakap apa tahu? "before ni u tangkap macam mana?" aku cakap la, agak agak dah boleh snap tu, roll sampai situ jela.
dia boleh jawab macamni, "oh macamtu, dah boleh snap dah ni." TAK KE SAMA JE MACAM FILEM YANG KONON KONON DAH ROSAK TU? dia buang. aku balik bengang je. haha.
sedih sedih.
dia tak reti jugak tu sebab filem 120 memang akan pusing laaaamaaaa sebelum kau nampak nombor 1 kat tingkap kecik merah tuh. aduhai. apa la orang kedai tuh.
dia takkan stop sendiri, kita yang kena perhati sampai nampak nombor 1. takdenye dia stop at one point. orang kedai pun tak reti dengan filem nih.
sebelum ni, kau pakai 35mm, macam mana kau tahu kau akan sampai next frame?
dahtu, dua dua filem 120 buang? aduh.
-_- aku pusing main agak je masa pakai 35mm. sebab tu jugak la kot taukeh cuci filem pun bengang sama aku muahahahahah.
oh, dia ada nampak nombor eh? T.T apalah, benci. huhu. jap gi aku try usha. well, yang second tula tgh pakai. nasib dia tak roll roll lepastu "eh-apesal-tak-stop" pulak kan. ishhh.
thanks btw. huhu.
so, kau dah siap cuci belum lapan roll filem tu? haha, banyak tu. -_-"
oh. patutlah dia bengang. main agak. aku tak pernah buat.
ha. dia nampak nombor. kau kena pusing sampai nampak nombor. tingkap merah kecik tu, kau letak ikut frame apa kau pakai. aku tak pakai frame. aku letak kat nombor 12. maknanya, tengok nombor filem kat nombor 16.
dia memang lama. kena roll roll roll. nanti nampak arrow. roll roll lagi. baru nampak nombor 1.
belum cuci. filem dah berbulan bulan. tiga bulan. nanti cuci.
Aku buka tetingkap ini dengan niat nak komen entri kau.
Selepas melihat komen komen dalam ni aku terasa kecil. Ye la, budak budak lomo, kan?
abgdin - ek eleh kau. lomo tka lomo apa jadah nak beza. cesh.
jom tangkap gambar.
Ya ya. Sama sama. Main main dengan cahaya.
Post a Comment