Showing posts with label Filem.. Show all posts
Showing posts with label Filem.. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

TERIMA KASEH AMSYAR.

.

Terima kaseh amsyar. Penjelasan terang berkaitan Lubitel 166. Sikit sebanyak, buat aku rasa lebih faham setelah habis membaca manual kamera.

.


Selamat petang Wangsa Maju.


Nanti, aku akan ke Wangsa Maju untuk beli dan cuci filem. Bila tiba di sana, pertama-tama aku ingin bersila di tepi landasan tren. Duduk bertafakur menghadap Jusco besar dan membaca mentera jiwa-jiwa supaya angin dan daun kering dan bau-bau restoran Cina dan bau-bau asap kereta, bergabung, bertakup, bercantum, bernyawa. Dan berjasadkan menjadi seseorang. Iaitu 'aku'. Yang berbaju biru hijau. Bukan hitam.

Selamat petang filem-filem (kenangan) baru dan lama. Negatif dan 'slide' (gembira dan kecewa). Yang penting, semua berwarna (berkongsi rasa). Walaupun kau TC400 (tidak sempurna). Kau tetap ada warna (hebat segala).

Tapp (snap gambar)..


.