.
(tak ada baju kelawar. ada boxer kotak-kotak pun oke)
Diana F+
filem = lupa.
Selalunya bila ada dia, kemas lah juga kawasan ruang tamu. Ada lah juga bauan segar baju kelawar pagi-pagi. Botol susu berkerak masam, mainan blok-blok lego berwarna pelbagai, mainan kereta hotwheels berpuluh bentuk dan macam-macam lagi. Pasti berkemas disimpan. Susu yang jatuh dan air liur budak yang menetes, ter lap lah juga. Tiada lah bersemut hitam. Habuk yang bergumpal bersama rambut mak dan kakak, pasti tersapu. Tiada lah bersin budak. Orang tua juga tak bersin. Indahnya ada dia. Dengan bauan segar baju kelawar pagi-pagi.
Dan ruang para tamu duduk-duduk, menjadi indah. Kemas dan menggiurkan. Budak pun seronok berlari merangkak telanjang berbaju siapa kisah. Dan menyepahkan kembali tanpa mengira penat letih ketiaknya (termasuk lutut dan kaki yang runcing) yang berpeluh lenguh menyapu dan mengemop. Budak budak. Apa tahu? Yang tahu, sepah sepah sepah. Makan makan makan. Ketawa menangis berak tidur. Dan paling hebat, mengeluarkan kata-kata tunggal berupa 'papa' atau 'mama'.
Tapi itulah. Sekarang musim tengkujuh di Malaysia. Semua air nak jatuh. Hujan dan peluh. Mata dan liur. Semua nak jatuh. Tak berhenti pula tu jatuhnya. Eee geramnya. Kalau begini hari-hari, hanyutlah blok-blok lego berwarna pelbagai. Tiada lah botol susu berkerak masam. Mati lenyaplah semut hitam. Hmm. Kalau begini tiap-tiap hari, pasti tak wujud lagi bauan segar baju kelawar pagi-pagi. Tiba-tiba, budak tanya papa.
"Papa. Apa makna renbow yang terlapis-lapis macam kuih lapis yang nenek buat tu?" tanya budak. Pegang kereta hotwheels yang sudah hilang dua belas buah kerana tidak terkemas dan disapu nenek terus ke luar rumah.
"Renbow ada sejuta kaler dan bilion lapis." kata papa tidak menjawab soalan. Selamba membelek Harakah. Tajuk hadapan besar tertulis tentang "Siapa Lagi Tuhan? Kita atau Dia?".
"Papa. Apa gunanya pelangi?". Broom broom. Kereta hotwheels tercabut tayar. Mungkin kerana sendi antara roda dan palang besi penyambung, berkarat. Kereta lama. Campur lembap tengkujuh akhir Desember.
"Oh itu tandanya tiada yang mustahil di tangan Tuhan."
.....
Nenek sambung sapu semua. Budak terus menyepahkan. Papa terus mem'porah'kan berita dalam Utusan dan Berita Harian sebelum pergi pejabat. Mama nanti petang atau malam, pasti pulang akan basuh botol susu. Dia yang berbaju kelawar, bauan segar tetap ada. Walaupun lembap hujan di Malaysia. Walaupun kering salji di Filadelfia.
.....
*kesinambungan daripada muka surat "Salute Untuk Setiausaha Yang Gagah".*
.
3 comments:
binaan gelaran setiausaha yang gagah, macam selalu dengar. aku wonder siapa, curious.
btw, cerita kau mesti ada saja sakarstik macam din. suka berjuta, haha. XD
bau2 biasa tu bwk rindu. rindu rindu rindu
aisa - setiausaha yang gagah. paling hebat di alam semesta. :* tentang sarkastik, ye kot. taip waktu hujan. sejuk dan menggamit.
pudengroti - TEPAT sekali pudengroti. TEPAT.
Post a Comment