.
ada
jati (jari + hati),
TAIP..
ada
bita (bibir + mata),
PERCAYA..
saya ada semuaaa. aumm. makan budak perisa limau.
.
Showing posts with label Laki-Laki Kudung Dan Dia Yang Menolak Basikal.. Show all posts

Thursday, January 06, 2011
ARAU KEMARAU HUJAN BERGURAU.
.
Air hujan jatuh dari padang langit setelah penat menggatih jauh, terus ke atas tar. Tanpa ambrella juga tanpa sayap. Berpecah-pecah menjadi banyak dan dua tiga puluh minit kemudian yang seterusnya, ia kembali ke langit, menjadi awan basah. Lembap. Mengantukkan. Dua ribu sepuluh semakin kering. Yang basah lembap cuma lopak-lopak daripada empangan laici.
Psstt.
"Dahulu asalnya cuma tasik sekangkang bocah muda. Sekarang dah jadi empangan. EMPANGAN LAICI."
Siapa sangka selain Tuhan? Pukul 3.53 petang, lagu "In My Place" pun berkumandang kuat lantang seperti azan daripada muazzin muda. Mendayu-dayu. Membuai-buai. Membawa aku, dia, dan kita, terus berjalan ke musim-musim yang penuh dengan duri halus yang mencederakan dan dan misi-misi seksi yang membantu menyembuhkan dan akhir sekali, peti sejuk yang menggiurkan.

Tuesday, December 21, 2010
PELEPAH KUSAM
.
Saya akan bawa dengan langkah berjalan perlahan mengheret punggung. Setiap pelepah-pelepah kusam kuning yang jatuh ini, ke kedai tukang jahit sebelah kedai runcit. Di kedai tukang jahit sebelah kedai runcit, pasti dia tahu apa yang perlu dibuat dengan pelepah-pelepah kusam kelabu yang jatuh kerana dia tukang jahit. Gugur kerana lama tidak bertebar. Boleh jadi, lama tidak kena cahya matari. Boleh jadi juga tamat tempoh. Boleh jadi macam-macam. Tidak lah lama kalau dilihat pada dada kalendar. Mungkin cuma beberapa bulan tidak kena cahya matari. Tapi keguguran pelepah-pelepah kusam hijau yang jatuh daripada sayap, sungguh membasahkan dua mata saya.
Lalu basah, menitislah.
Lalu menitis, bercambahlah.
Lalu bercambah, berwarnalah.
Sekarang, selang berbulan-bulan saya menunggu masa pelepah-pelepah kusam untuk dibaiki, akhirnya siap. Walaupun tidak sempurna jahitnya pada penilikan saya, tapi kata tukang jahit, "sudah siap". Sebenarnya saya tahu dia tipu. Saya masih nampak ada carik-carik dan ada benang yang tidak betul dan tidak kemas jahitan. Tapi kerana dia kata "sudah siap", saya akur.
Lalu basah, menitislah.
Lalu menitis, bercambahlah.
Lalu bercambah, berwarnalah.
Sebelum pulang, dia beri saya resit. Ada cop rasmi bulat kaler merah kedai tukang jahit sebelah kedai runcit. Di belakang belakang resit, tukang jahit ada tulis guna pen hitam,
"yang selebihnya, belajarlah dengan sendiri."
Ada dia bekalkan satu jarum jahit, satu jarum peniti, dan segulung benang. Saya terpinga-pinga kerana saya langsung tidak pernah menjahit dan ini kali pertama, dan ini sungguh memedihkan pangkal hati hingga membuatkan saya tersedu-sedu. Menangis.
.
Monday, December 20, 2010
YANG SAYA NAMPAK DAN DENGAR, SEMUA PORAH KECUALI YANG SAYA BACA.
.

(yang ada bintanglah yang paling menyegarkan walaupun perisanya sama)
Tentang tajuk ; Ini bukan berkenaan dalam tivi yang PM kata, "Media perlu bersikap profesional untuk bersemuka dengan para ekstremis." Saya tak mahu hurai tentang PM panjang-panjang kerana itu tugas orang yang banyak membaca buku dan banyak tahu tentang selok belok perundangan negara.
Tapi tentang 'Yang Saya Nampak Dan Dengar, Semua Porah Kecuali Yang Saya Baca' ialah berkenaan Amin dan Anum. Mereka ialah antara buruh kepada Tuhan yang bertuah dan dikelilingi berjuta buruh-buruh lain. Sekarang mencapai awal tahun dua ribu sebelas, tetapi penyakit mata dan mulut tetap menular. Nasib baik lah, Amin dan Anum, terlindung. Dan sehat mereka alhamdulillah.
Amin lelaki. Anum perempuan. Anum indah hatinya dan jarinya. Ada anting-anting yang berayun jika dia menggeleng kepala dan cakap "Tamau mandi tamau mandi." Amin pula tak kacak. Tapi pandai bercakap tentang benda indah-indah. Contohnya, pelangi yang ada berjuta warna dan berbilion lapis (ulangan seperti papa dalam cerita di bawah). Amin tak suka bercerita tentang darah atau luka. Kerana dia tahu, Tuhan pun tidak mampu mengawal air mata takut/gerun kecuali dirinya sendiri.
Rumah mereka terletak di sebuah pulau. Walaupun pulau, jangan lah berfikir tentang fasiliti yang rendah dan jalan yang masih tidak berturap. Mereka ada kemudahan yang cukup. Cuma kadang-kadang, bila jam lapan, tivi porah akan tidak mencukupkan semua fasiliti mereka. Mereka jadi miskin. Porah. Mereka jadi tidak bahagia. Porah. Dan Amin mula cakap porah porah porah sampai mereka tidur. Berdengkur.
Amin nelayan. Pagi ke laut mencari hasil. Petang pulang mencari Anum. Mahu makan nasi bersama Anum. Lagi dia suka jika Anum dapat membancuh segelas sirap campur oren dan letak dua tiga ketul ais. Ah segarnya kata Amin. Anum pula, ambil upah mencabut kepala bilis. Dia suka bilis. Lagi halus, lagi berkualiti, lagi Anum suka. Walaupun kerja Anum sungguh melenguhkan, dia rela. Demi untuk menyambut Amin petang nanti di tepi pantai, Anum sanggup mencabut berbakul-bakul kepala bilis. Bila penat, Anum akan berbaring.
Pandang langit yang bila gelap, mula lah Anum risau dan berfikir berjuta macam. Ada sekali, bila langit menjadi gelap, Anum terfikir yang ada sotong besar merah gergasi garang marah membencikan akan makan Amin yang sedang berusaha menarik pukat yang berat di laut. Tapi semua fikir Anum, meleset. Hingga sekarang, tiada lagi sotong besar merah gergasi garang marah membencikan akan makan Amin.
Petang ini, lagi sekali langit menjadi gelap. Awal gelap. Amin tidak pulang lagi. Padahal jam tidak lagi menunjukkan tanda-tanda yang maghrib akan sampai dan bilal akan melaung-laung azan menyuruh anak-anak masuk ke dalam rumah. Ayah-ayah berhenti bersembang tentang kerja ofis dan perniagaan bersama kawan di luar rumah. Ibu-ibu berhenti berbincang tentang lauk untuk esok di belakang dapur. Di mana Amin. Kata Anum. Masih di lautkah dia atau sudah di persisiran. Risau Anum. Sejuk kah Amin. Basah kah Amin. Anum terus-terusan risau.
Bakul bilis Anum angkat. Letak di bawah pondok tempat teduh. Bakul saiznya tidak besar kerana Amin sengaja mencari bakul kecil. Sekadar selebar sepemeluk budak enam tahun. Dia tak mahu Anum angkat benda berat-berat. Anum akur dalam senyum.
Angin makin kuat menghembus. Bruuuuurrrrr. Bruuuuurrrrr. Mengayun-ayunkan lagi sekali anting-anting Anum. Anum meramas jari-jemarinya sendiri. Amin masih tidak pulang dan ini sungguh menggusarkan rambut, pipi, bahu, dagu, lutut dan sendi-sendi Anum..
*bersambung*
.
Sunday, December 19, 2010
DIA YANG BERBAJU KELAWAR. (KESINAMBUNGAN)
.
(tak ada baju kelawar. ada boxer kotak-kotak pun oke)
Diana F+
filem = lupa.
Selalunya bila ada dia, kemas lah juga kawasan ruang tamu. Ada lah juga bauan segar baju kelawar pagi-pagi. Botol susu berkerak masam, mainan blok-blok lego berwarna pelbagai, mainan kereta hotwheels berpuluh bentuk dan macam-macam lagi. Pasti berkemas disimpan. Susu yang jatuh dan air liur budak yang menetes, ter lap lah juga. Tiada lah bersemut hitam. Habuk yang bergumpal bersama rambut mak dan kakak, pasti tersapu. Tiada lah bersin budak. Orang tua juga tak bersin. Indahnya ada dia. Dengan bauan segar baju kelawar pagi-pagi.
Dan ruang para tamu duduk-duduk, menjadi indah. Kemas dan menggiurkan. Budak pun seronok berlari merangkak telanjang berbaju siapa kisah. Dan menyepahkan kembali tanpa mengira penat letih ketiaknya (termasuk lutut dan kaki yang runcing) yang berpeluh lenguh menyapu dan mengemop. Budak budak. Apa tahu? Yang tahu, sepah sepah sepah. Makan makan makan. Ketawa menangis berak tidur. Dan paling hebat, mengeluarkan kata-kata tunggal berupa 'papa' atau 'mama'.
Tapi itulah. Sekarang musim tengkujuh di Malaysia. Semua air nak jatuh. Hujan dan peluh. Mata dan liur. Semua nak jatuh. Tak berhenti pula tu jatuhnya. Eee geramnya. Kalau begini hari-hari, hanyutlah blok-blok lego berwarna pelbagai. Tiada lah botol susu berkerak masam. Mati lenyaplah semut hitam. Hmm. Kalau begini tiap-tiap hari, pasti tak wujud lagi bauan segar baju kelawar pagi-pagi. Tiba-tiba, budak tanya papa.
"Papa. Apa makna renbow yang terlapis-lapis macam kuih lapis yang nenek buat tu?" tanya budak. Pegang kereta hotwheels yang sudah hilang dua belas buah kerana tidak terkemas dan disapu nenek terus ke luar rumah.
"Renbow ada sejuta kaler dan bilion lapis." kata papa tidak menjawab soalan. Selamba membelek Harakah. Tajuk hadapan besar tertulis tentang "Siapa Lagi Tuhan? Kita atau Dia?".
"Papa. Apa gunanya pelangi?". Broom broom. Kereta hotwheels tercabut tayar. Mungkin kerana sendi antara roda dan palang besi penyambung, berkarat. Kereta lama. Campur lembap tengkujuh akhir Desember.
"Oh itu tandanya tiada yang mustahil di tangan Tuhan."
.....
Nenek sambung sapu semua. Budak terus menyepahkan. Papa terus mem'porah'kan berita dalam Utusan dan Berita Harian sebelum pergi pejabat. Mama nanti petang atau malam, pasti pulang akan basuh botol susu. Dia yang berbaju kelawar, bauan segar tetap ada. Walaupun lembap hujan di Malaysia. Walaupun kering salji di Filadelfia.
.....
*kesinambungan daripada muka surat "Salute Untuk Setiausaha Yang Gagah".*
.
DUKUNG DAN LAMBUNG DAN LARI. MENIARAP DI ATAS UBUN RERUMPUT. MELAYANG DI BAWAH DAGU MATARI.
.
diana f+.
filem - lupa.
Mendukung dan lambung seraya berlari.
Meniarap bergelak di atas ubun rerumput.
Melayang termenung di bawah dagu matari.
*
boxing esok lusa. glove belum ada.
.
Saturday, December 18, 2010
LAKI LAKI KUDUNG DUDUK DI BANGKU DAN MENULIS TENTANG PERALIHAN MUSIM
.
Peralihan musim kali ini, tidak begitu menceriakan. Seperti plastik merah di atas lautan. Tidak berteman, tiada berharapan. Tiada larut, tidak juga tenggelam. Tuhan menghantar ribuan kawanan beburung belibis yang terbang rendah rendah. Mencapai air yang landai beralun, mencecah pucuk lalang yang hari hari basah dek hujan yang tetesnya besar. Sebesar ibu jari.
Maka datangnya hawa sejuk pagi ini, dibenarkan olehnya kau bernafas. Maka diberinya kasih pagi ini, dibenarkan olehnya kau berbalas.
.
Thursday, December 09, 2010
MELAWAN "MAAFKAN AKU".
.
MELAWAN "MAAFKAN AKU".
.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan derhaka.
dengan jari jari.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menyalahkan.
dengan memborbardir kata.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
beburung merpati puteh,
saksikan aku angkat sebilah tangan,
dan pancung luluh,
angan angan,
orang lain.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menguburkan.
dengan peduli apa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan melibas.
dengan cemeti rasa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
ular hewan bisa naga,
saksikan aku keluarkan sepadang lidah,
dan tutup mati,
lidah lidah,
orang lain.
maafkan aku..
.
MELAWAN "MAAFKAN AKU".
.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan derhaka.
dengan jari jari.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menyalahkan.
dengan memborbardir kata.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
beburung merpati puteh,
saksikan aku angkat sebilah tangan,
dan pancung luluh,
angan angan,
orang lain.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menguburkan.
dengan peduli apa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan melibas.
dengan cemeti rasa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.
ular hewan bisa naga,
saksikan aku keluarkan sepadang lidah,
dan tutup mati,
lidah lidah,
orang lain.
maafkan aku..
.
Wednesday, December 08, 2010
SEBELAH KAMUS, SEBELAH ATLAS.
(wajib tekan play, baru baca)
Maka terselaklah zat kuasa Tuhan tinggi melampai ke bintang apabila menjadi daging merah darah insan seorang dan mula terbina jejari halus. Dikatakan rambut diuratkan satu satu menjadi dua. Dua dua menjadi tiga dan berterusan bak renang ikan di selaut air. Tuhan tidak pernah bosan. Busunglah ditakdir membesar menjadi sebu perut kerana ada orang baru di dalamnya. Pusang hati bonda resah tidak tentu hala. Malam siang cuma ada Tuhan di matanya. Rembulan bertukar wajah bertukar badan, menjadi sehalus dan seruncing buluh muda berpasak gagah di tanah. Anak yang dikendong keluar pun sehatlah wajah nan cantik pula paras kepala hingga jari kaki. Gembiranya sekejap tidak lama walhal itulah pemberian daripada Tuhan maha patut disembah ampun. Berdoa dan berdoa dan berdoa mengapa/kenapa ditanya pada Tuhan. Kenapa? Mengapa/kenapa ada kamus di tangan kanan. Ada juga atlas sebesar dada di tangan lagi satu. Kiri pasangnya. Aduhai kasih aduhai. Wahai anak. Membesar, kembara, dan membacalah..
HARI SIANG LAGI.
.
Alam sekeliling sekarang tidak betah untuk damai dan kita dilantik untuk menjadi belligerents yang akan menjatuhkan klan sendiri.
*
Selamat pagi (sebenarnya malam). Ini pagi, mukus keluar dengan cair sekali. Hijau. Warna alam. Yuu.

Tuesday, December 07, 2010
MARI BERKARA-OKE.
.
Kara-oke sampai lupa tujuan sebenar berada sihat di muka alam. Tujuan sebenarnya menjadi hamba. Tapi kerana terlalu dalam empat minit (lebih) ini, lupa tadi mengisikan empat minit (lebih) yang tidak dapat dilupakan. Empat minit (lebih) yang penuh dengan bunyian enjin bas. Dan gelap. Dan Ribena yang langsung tidak menghilangkan kedahagaan yang mencarik setiap saat menjadi semakin dalam dan terkesan.
Cepat lah datang naik kancil merah (pinjam kuncinya). Jemput aku yang sedang terbaring dan berpeluh. Serius. Aku sesat saat maghrib kali ini. Mana kau?

-Nilai-
.
KAMERA BARU.
.
Dia ada kamera baru. Tak ada memori kad. Dan dia mahu jadi ketua. Apa saya boleh kata? Kerana kamera dia hebat dan kelebihan dia (membaca benda bukan bertulis) yang melampaui kelebihan manusia biasa, saya benarkan dia jadi ketua.
Saya ada juga berperang dengannya. Saya kata, saya lah yang patut jadi ketua kerana kamera saya tidak menggunakan bateri dan kanta boleh tukar dan itu ini dan itu ini.. Tapi kerana seperti yang saya kata tadi, saya benarkan dia jadi ketua.
Dia ada kamera baru. Tak ada memori kad. Dan dia ketua.
.....
Treet Treet.
"Ya. Apa mahu?" Tanya bos separuh sengau.
"Gaji aku." Tegas.
"Siapa ketua?" Tanya bos lagi.
"Kadang-kadang aku."
.....
Ini ugutan yang memeluhkan dahi dan ketiak bos. Bos kembali tidur. Dengkur sengaunya, dapat didengari hingga ke tanah Roki.

MENDENGAR CHRISTOPHE GOZE SAMBIL BERJALAN.
.
Jangan tanya kenapa tak boleh berlari kerana risikonya tinggi berbanding berjalan. Kalau berlari, kita boleh bertempuh dengan orang dan bertempuh dengan pokok. Akibat bertempuh, boleh menyebabkan luka yang dalam.
Perlu ke hospital dan bilnya akan melambung tinggi. Ditakdirkan ke hospital, pasti ada pelawat yang akan datang bersama sejambak bunga. Lagi lama di hospital, lagi banyak jawabnya jambak bunga yang akan menghiasi meja dan katil. Dan kalau tidak bernasib baik, kesan daripada bertempuh dan kemalangan, akan menghilangkan ingatan. Sikit demi sikit.
Lupalah siapa Tuhan. Mana matahari. Siapa bulan. Bagaimana burung. Berapa daun. Mengapa angin. Luaskah laut. Maniskah laici. Pedaskah cili. Dan sejuta lagi persoalan akan timbul akibat hilang ingatan. Bisa gila.
Semua ini gara gara berlari tanpa berpimpin. Jadi jangan berlari.
Biar berjalan. Perlahan dan steady sambil dengar Christophe Goze bermain musik. Biar apa yang datang, kita tangkap satu-satu dan berbincang mengenainya. Contohnya datang rama-rama. Kita tangkap dan berbincang. Mahu dibedah atau mahu dilepas. Begitulah. Baru hebat.

Sunday, December 05, 2010
PENEMBAK TIPU.
.
Berdiri di beranda kaler biru. Di bawah dan di tepi, ramainya orang berlari-lari anak sambil menabur kuntum ros. Satu-satu mati kerana dibedil. Berdiri di beranda. Aku bersihkan laras baru beli yang masih panas. Aku dilarang membedil sebenarnya. Tetapi aku masih tidak reti membuat penyelarasan sebenar antara sasaran dan orang awam.

Saturday, December 04, 2010
KEBIASAAN.
.
Hari kebiasaan dahulu, dia akan menghembuskan segala mukus keluar daripada rongga sebelum solat subuh dan tidur kembali. Sambung bermimpi tentang roti nan atau aktivi berjoging. Tentang gigi, tolak ketepi kerana jarang pada waktu pagi, ada orang bertuah akan tekan loceng mahu bertanya khabar. Kini tidak lagi. Semuanya berubah. Dan itu suatu rahmat daripada Pencipta.
Kebiasaan hari ini, mukus akan keluar daripada rongga selepas dia menggosok gigi dan mencuci muka. Wow. Walaupun tiada orang bertuah akan tekan loceng mahu bertanya khabar, dia tetap percaya. Hari yang selalunya begini pada kebiasaan yang tidak seperti biasa, pasti berubah lagi sekali.
Ding dong.

Thursday, December 02, 2010
BERCAKAP DENGAN BULAN (disinonimkan daripada Chapter 4)
.
"Hobi kau apa?" tanya aku sambil menggigit straw (gedik) yang sudah dibentuk bersegi-segi menggunakan gigi. Kata kawan-kawan, laku aku kotor dengan menggigit straw. Tapi sudah hasilnya cantik. Gigit saja. Pedulikan. Tak lama lagi, nak belajar 'cross stitch'. Jahit bersilang. Nak buat muka "Boo". Watak budak muka bulat dalam kartun Monster Inc. Nanti, aku nak jahit layar kapal bercorak bunga kuning hijau. Mahu belayar ke Belitong. Sambil usap penyu yang makin mati sikit-sikit kerana aku yang awal dahulu, tidak sedar yang penyu wajib dikasihankan.
"Bercakap dengan bulan." jawab dia. Dia tak menjawab panjang selain menjawab 'bercakap dengan bulan'. Pendek dan ringkas. Padat macam donut kurang uli. Tak apalah. Nanti boleh uli dengan tenaga lagi hebat. Bergabung meletup bila ditambah dengan kisah mimpi pakcik India jahat. Geram.
..
Selang lima minit empat puluh lapan saat tepat. Mencapai enam minit sipi-sipi. Dua-dua senyap tidak berkata apa. Kata orang, malaikat lalu. Tapi aku kurang percaya dan kurang ambil peduli kerana buat apa malaikat datang Wangsa Maju. Pokoknya, senyap itu kerana dua-dua sedang hirup abc.
"Kau bercakap dengan aku tadi kan? Aku dah jawab belum? Maaflah." tanya dia yang tadi leka termenung pandang atas. Kipas masih berpusing. Laju tapi tetap bahang panas, masih ada. Wangsa Maju panas. Tidak tersejuk dengan kipas. Air batu campur semakin cair. Tersejat kepadatan aisnya.
Tiba masa aku pula termenung. Pandang kipas. Petang makin tua sikit-sikit. Sekejap lagi, malam. Tren akan pulang ke tempat asal. Kau pulang ke rumah yang jaraknya tak jauh berbanding aku. Bulan pun akan keluar. Mencari bintang-bintang untuk berbincang mengenai masalah pasang surut air laut. Menjadi talian yang tak pernah putus macam tak putusnya air Pantai Cenang memukul pasir yang memeluknya.
"Woooo Aiiiii Niiiiiiii".
Jerit pemuda bermata sepet pada laut nan luas. Berombak nan ganas. Gelap nan pekat. Dalam nan melemaskan. Wo Ai Ni. Aku ulang pelan-pelan sambil bercakap dengan kau menerusi bulan selepas berdoa pada Tuhan agar jangan diganaskan air laut malam ini.

Monday, November 29, 2010
SEPETANG BERSAMA ABANG DOMINO.
.
Petang tadi ditakdirkan Tuhan, saya terkebil-kebil. Dan saya tertanya-tanya pada diri sendiri, di mana saya? Dan saya jawab pada diri sendiri juga (konflik dalaman), saya tidak ada di mana-mana kecuali di sini. Oke lah kalau begitu. Saya capai beg warna vanila dan sarung selipar biru untuk keluar daripada bilik yang sesak tidak berapa lapang untuk bernafas.
Cadang saya, mahu duduk-duduk di luar. Ambil angin yang tidak berapa mahu bertiup. Mungkin kerana bila hujung tahun, angin dan kawanannya (termasuk langit, kepul awan, dan semua di syling bumi) menjadi malas dan nazak untuk bertiup dan rajin mengembara.
Malas dan lambat. Macam leptop. Leptowp.
Mungkin mereka lebih berminat untuk menjadi butir salji. Tapi saya peduli apa sangat. Selepas beberapa pembedahan, saya jadi makin oke. Tidak lagi alergik terhadap matari. Asalkan ada selipar dan aspirin penenang dua butir, saya tetap akan berjalan. Angin nazak atau salji berbutir, saya tak kisah sangat. Peduli apa kan? Jadi petang ini, saya ambil keputusan untuk duduk. Mencari bangku di bawah pohon apa entah. Duduk juga akhirnya. Lega punggung kerana dapat duduk.
Saya buka beg. Ada satu kamera yang saya beli pada bulan Julai. Saya ingat tarikh penting. Saya cabut perlahan-lahan kanta asalnya, saya ganti dengan kanta telefoto. Petang yang panas dan nazak sebegini, pasti akan ada dua tiga biji beri biru yang akan jatuh kerana terlebih masak. Yang belum sempat beburung capai, saya akan tangkap gambar momen kejatuhan beri biru dengan menggunakan kanta telefoto. Cukup lembut. Jatuh. Ke. Tanah. Yang buruk akan terpenyek. Yang muda-muda lagi, akan bergolek mencari tanah untuk bercambah bila esok datang.
.
* Esisten, kelas bahasa inggeris esok seperti biasa. Silabus pertama biar saya tetapkan ya? Tajuk dia, "Jelaskan Biodata Diri Anda." * Saya pilih tajuk tu, sebab senangnya lebih lagi berbanding TOUFU (toefl).

Monday, November 22, 2010
J.B.K.J.M. (JONI BALIK KAMPUNG JUMPA MUTIARA)
.
Hijau. Kampung berdenai tempat Joni turun dari teksi ini, hijau. Macam warna sarung telefon. Hijau pucuk pisang. Ada banyak pokok. Kiri kanan ada pokok. Tanah merah. Tiada tar. Becak memanjang.
Mungkin semalam hujan maha lebat di sini. Sebab itulah jalan bertukar menjadi becak seperti bibir budak setahun umur. Berair. Dan pokok hijau, seperti berpeluh-peluh. Angin datang dari arah belakang dan meniup segenap ruang hidupan yang ber-Tuhan. Termasuk Joni. Semua jadi terangguk-angguk dan mengeluarkan bunyi berdesir. Shuuuww. Shuuuuww. Seperti juga pokok-pokok ini tunduk dan sembah apabila terkena angin dari arah belakang. Pokok yang terangguk-angguk (dan berpeluh) serupa betul seperti atlet yang baru habis berlari dan tercungap-cungap mendambakan udara laju masuk ke dalam dua belah paru-paru. Kembali segar. Dan hijau.
Setiap langkah Joni, becak terpercik. Terkena kaki seluar jins mahal. Jadi merah kaki seluar Joni. Ada kesan lumpur pada tapak kasut. Joni buat-buat tak tahu kerana fikiran dia lebih tertumpu untuk kembali ingat pada satu perkara lama yang sudah lama dia tinggal di belakang. Sungguh lama. Lebih kurang lapan tahun sudah berlalu. Joni lupa. Tapi sebetulnya, hijau pokok dan merah becak ini, dia pernah pijak satu masa dahulu. Ingatan dia sikit-sikit datang. Ada yang turun dari langit. Tidak kurang juga yang datang dengan menaiki teksi. Sama dengan cara Joni datang.
"Ponn Ponn. Joni. Joni. Tungguu. Waiitt."

Saturday, November 20, 2010
JONI JUMPA KAWAN.
.
"Piyu piu piyu. Beng beng. Piyuw." Joni tak kisah jika orang nampak dia seperti tiga suku. Orang kata, dia seperti anak-anak yang degil. Tak kisah. Yang dia tidak mahu orang lain tahu ialah, dia di dalam kesunyian yang bengis. Dia mahu sorok itu.
Tadi Joni ambil bas merah, pergi ke kota. Kota yang sibuk dan racau. Kota ialah tempat paling ulung untuk menyedut asap kenderaan terbaru. Penuh dengan orang Indonesia. Sesak dengan perempuan Myanmar. Ada berjuta jenis jam yang dijual di kaki lima yang tak lenguh-lenguh berdiri menarik pelanggan. Mai mai. Jam murah (ulang). Macam-macam ada. Yang tak ada pun ada. Ada.
Joni jalan seorang dengan kamera yang sifar. Dia tidak tahu hendak ke mana. Dia beli air tebu dan duduk melihat orang hisap rokok. Kotak rokok hijau ada gambar landasan keretapi. Asap nampak macam jin Aladin satu tocang. Berkepul naik dan Joni ingatkan asap itu akan bertukar menjadi jin yang mampu kabulkan tiga doa dan akhir-akhir, itulah. Podah. Ponggey.
Serta merta, Maghrib datang. Joni tak balik rumah lagi. Iya Maghrib itulah Joni terkesima seribu diam. Kerana semasa dia tercongok melihat asap rokok, dia nampak laki-laki tak berbaju melambai. Melambai terus pada papan tanda wayang gambar, "Monster Inc." Mesti laki-laki itu pun sunyi petang ini. Macam Joni.
"Pon. Pon. Pin. Ponn."
Joni jumpa kawan.

Friday, November 19, 2010
LITTLE ME.
.
.
Suka betul dia membuli hinggakan Pato berpeluh nak mandi. Kesian Pato. Aduhai Pocoyo. Comel macam tomato. Moga Tuhan betul-betul hidupkan kau seorang atas muka bumi kerana cadang aku awal-awal lagi dahulu, aku nak colek.

Subscribe to:
Posts (Atom)