.
Jangan tanya kenapa tak boleh berlari kerana risikonya tinggi berbanding berjalan. Kalau berlari, kita boleh bertempuh dengan orang dan bertempuh dengan pokok. Akibat bertempuh, boleh menyebabkan luka yang dalam.
Perlu ke hospital dan bilnya akan melambung tinggi. Ditakdirkan ke hospital, pasti ada pelawat yang akan datang bersama sejambak bunga. Lagi lama di hospital, lagi banyak jawabnya jambak bunga yang akan menghiasi meja dan katil. Dan kalau tidak bernasib baik, kesan daripada bertempuh dan kemalangan, akan menghilangkan ingatan. Sikit demi sikit.
Lupalah siapa Tuhan. Mana matahari. Siapa bulan. Bagaimana burung. Berapa daun. Mengapa angin. Luaskah laut. Maniskah laici. Pedaskah cili. Dan sejuta lagi persoalan akan timbul akibat hilang ingatan. Bisa gila.
Semua ini gara gara berlari tanpa berpimpin. Jadi jangan berlari.
Biar berjalan. Perlahan dan steady sambil dengar Christophe Goze bermain musik. Biar apa yang datang, kita tangkap satu-satu dan berbincang mengenainya. Contohnya datang rama-rama. Kita tangkap dan berbincang. Mahu dibedah atau mahu dilepas. Begitulah. Baru hebat.
.
No comments:
Post a Comment