Wednesday, December 08, 2010

SEBELAH KAMUS, SEBELAH ATLAS.



(wajib tekan play, baru baca)


Maka terselaklah zat kuasa Tuhan tinggi melampai ke bintang apabila menjadi daging merah darah insan seorang dan mula terbina jejari halus. Dikatakan rambut diuratkan satu satu menjadi dua. Dua dua menjadi tiga dan berterusan bak renang ikan di selaut air. Tuhan tidak pernah bosan. Busunglah ditakdir membesar menjadi sebu perut kerana ada orang baru di dalamnya. Pusang hati bonda resah tidak tentu hala. Malam siang cuma ada Tuhan di matanya. Rembulan bertukar wajah bertukar badan, menjadi sehalus dan seruncing buluh muda berpasak gagah di tanah. Anak yang dikendong keluar pun sehatlah wajah nan cantik pula paras kepala hingga jari kaki. Gembiranya sekejap tidak lama walhal itulah pemberian daripada Tuhan maha patut disembah ampun. Berdoa dan berdoa dan berdoa mengapa/kenapa ditanya pada Tuhan. Kenapa? Mengapa/kenapa ada kamus di tangan kanan. Ada juga atlas sebesar dada di tangan lagi satu. Kiri pasangnya. Aduhai kasih aduhai. Wahai anak. Membesar, kembara, dan membacalah.


.

No comments: