Thursday, February 03, 2011

BUTANGKAN (3)

Butang TIGA


Seandainya persekitaran menjadi badan kehakiman, sudah pasti pengemis akan mati direjam syiling, kereta menjadi kuda, musafir (jelmaan malaikat) yang lalu dikeji cerca, monyet akan dituduh mengintai janda, burung gagak berbau disangka rerama, longkang hanyir hitam berkilat dikatanya susu lembu cap paling berkualiti. Apa ini? Merepek. Ridikulus. Non-sens. Nista. Pokoknya yang aku ingin luahkan, seandainya jasad yang berlagak punya nyawa sebagai milik mereka ini bercakap dan membuka mulut, tiada apa yang boleh kita bawa pulang. Tiada apa. Kosongkan sahaja kocek seluar di peha atau kocek baju di dada kalian. Kecuali daripada golongan yang berpesan tentang peta hidup (sama ada tentang siyasah atau sosial). Dan golongan yang berbisik begini,”Bersabarlah”.



.

No comments: