Friday, May 20, 2011
TIGA BU-KU YANG AWESOME DAN SAYA IALAH....
Tuesday, May 17, 2011
AIR DI HILIR.
Monday, May 16, 2011
PENGHIRUP LENA.
Sunday, May 15, 2011
MEMERLUKAN ESOK.
Wednesday, May 11, 2011
AKU TAK ADA BANYAK MASA DAH.
Thursday, April 21, 2011
HARI PERANG.
Thursday, April 07, 2011
PUTERI GUNUNG AKADEMIK
.
Tuhan kata ya, diberinya kita masa yang panjang. Berjela-jela. Tidak terkurung. Kita pun pergi berjalan mundar-mandir. Kadang-kadang joging dan berlari anak. Jatuh tersungkur itu biasa. Luka di ibu jari itu tidak terasa. Mencari punca air. Mencari tanah yang bernyawa. Mencari pohon yang rendang paras bahu aku untuk duduk melabuhkan punggung. Kok nya dicari semua ini kerana mahu hidup sejahtera. Tidak mahu dikata kalah dalam hidup. Dan tidak mahu merasa lemas dan akhirnya mati terkujat sebegitu sahaja. Mudah bagai mengupas mangga. Tidak tidak tidak.
Akhirnya, aku sampai (bukan kita). Aku sampai. Di hadapan aku ialah gunung tinggi. Hijau berlumut. Ada pohon-pohon yang hidup basah. Lumut yang berair. Kabus menutup separuh badan gunung. Yang aku nampak ialah cuma bahagian tepi ibu jarinya hingga paras buku lalinya. Daripada buku lali dan ke atas iaitu keting, lutut, pinggang yang tidak berupa pinggang kerengga, perut, dada, kepala, dan hujung rambut yang kehijauan muda. Ditutupi kabus putih. Seperti warna kain orang mati. Seperti warna pashmina sakti. Dedaun halus pada pohon yang berembun seperti selalunya waktu pagi, tidak bergerak kerana tiada angin. Ketika matahari masih tidak dikejut Tuhan untuk jaga (walaupun hakikatnya matahari tidak pernah tidur kerana pada waktu malam, ianya tetap hidup), ketika itulah aku tiba.
Panjat atau tidak panjat?
Aku panjat. Mahu cari tanah yang bernyawa untuk berbaring. Orang kelantan (perisa gula tebu) membahasakan panjat sebagai ‘ukah’. Ukah tinggi-tinggi sampai ke puncak. Aku pun ukah (tidak menggunakan tali atau abah-abah) tanpa berpaling ke bawah atau belakang. Ucap pertama sekali yang terpacul pada bibir aku ialah, “aku dahaga”. Yang kedua pula ialah, “aku pasti sampai.” Selepas ucap kedua, aku tidak berucap apa-apa sehingga lah, aku sampai ke puncak. Tidak aku berjumpa harimau/citah atau gajah/paus atau ular/zirafah atau apa-apa lagi binatang liar yang mampu kau sebut. Yang aku jumpa cuma dua tiga ekor hamster bulat dan arnab telinga runcing berwarna cokulat dan berbadan putih. Oleh kerana binatang yang aku ketemu sewaktu mengukah sangatlah pelik untuk mendiami hutan yang tebal sebegini rupa, aku tidak menegur langsung atau menunjukkan keterujaan aku. Selalunya, pantang aku nampak arnab, aku akan kejar dan makan. Begitu juga hamster. Oh laparnya ya Tuhan.
Panjat. Aku sedang memanjat.
Saturday, April 02, 2011
INI RAHSIA KITA.
Friday, April 01, 2011
BOLING.
Thursday, March 31, 2011
AKU NAK BELI PISTOL.
Sunday, March 20, 2011
KAWANAN V.
Wednesday, March 09, 2011
HAL HAL PAGI YANG TIDAK TERELAK.
Saya ada secawan bulat Neskafe panas, dan dia meruap-ruap. Tunggu dihirup oleh siapa? Saya. Jadi saya hirup separuh cawan. Srupppp. Dan Neskafe panas usai separuh cawan. Separuh lagi tunggu dihirup oleh siapa? Dia. Lima minit, dia tetap dia. Lima jam, dia tetap dia. Lima dan lima dan lima dan lima dan lima, dia. Walaupun Neskafe panas sudah habis tersejat, dia. Ada figur berupa orang, dia. Itu memadai jika nombor identitinya tidak berubah, dia. Dan saya, tetap bersila lendit. Menunggu Neskafe panas kembali meruap dengan aroma dia yang tak berganjak. Di dalam cawan bulat saya yang sama.
.
Monday, March 07, 2011
DI HADAPAN GEREJA.
.
Ekor tudung yang terbang mengirai longlai kerana tiupan angin petang, dia betulkan dengan menggunakan tangan sebelah kiri. Tangan kanan pula, kejap dan kemas dia pegang buku kulit keras dua buah, dan telefon bimbit warna hitam (bersarung). Beg tersandar tenang di belakang seperti anak primat kecil yang yang comel bergantungan di tulang belakang ibunya. Di dalamnya ada terperuk helai-helai nota akademik tentang itu ini dan kerja kursus, tisu yang segar, biskut penuh gandum, kunci rumah yang bila berlaga, pasti mengeluarkan bunyi berdecing, beg duit dan macam macam lagi. Sepertinya, menggalas nyawa apabila dia menggalas beg kerana padanya, teman yang paling baik dan paling rapat ialah apa-apa sahaja yang setiap hari, menjadi keutamaan.
*bersambung*
.
Wednesday, March 02, 2011
DALAM ALMARI.
Setiap pagi, sebelum Subuh mengetuk pintu-pintu bilik dan memanggil untuk mengarahkan aku berdoa, aku akan bangkit dari tidur. Walaupun juga sebelum suara Abang Mikel mengalunkan lagu yang bertajuk 'Rumah', aku pasti bangkit dan mencari arlogi yang selalunya aku letak di sudut katil di tepi kepala. Selalunya, dia akan terjatuh gedebuk ke lantai. Aku bangkit dan duduk menghadap dinding di hadapan dan cuba menjeling ke langit atas (yang penuh dengan janji janji Tuhan) yang masih gelap biru biru ungu melalui celahan tingkap yang hawanya, menyejukkan setiap kulit yang terdedah. Apa yang lebih sejuk berbanding langit pagi bulan tiga? Ialah senyum dalam almari.
.
Saturday, February 26, 2011
PESAN KEPADA PESAN.
MENCARI URAT URAT DARAH YANG TERSIMPUL DI BATANG TIANGAN API.
Friday, February 18, 2011
BUTANGKAN (5)
Butang LIMA
Aku sudah bersiap dengan segala kelengkapan. Cakap dan ingatkan sahaja apa yang penting, sudah pasti aku siapkan dengan kemas sekali. Tanpa ragu. Bateri, cakera keras, pashmina puteh, kertas garisan satu, kaler luna, roti, gula, kacang, buahan, wang dua tiga keping, neskafe, filem, butang-butang yang tertanggal, kain sarung, stoking, sabun mandi dan berus gigi, jam, dan dua tiga buah buku cerita.
Dalam kesibukan aku mengemas, panas tetap tidak reda daripada menyerang seluruh anggota tubuh yang telanjang seperti lengan dan kepala. Peluhnya menetes dan tersejat terus. Padan muka lengan. Padan muka kepala. Kata lutut dan perut dengan penuh sinis. Ya tentang panas, tidak langsung surut bahangnya walaupun aku ada berdoa semalam dan semalam dan semalam (berterusan), “Tuhan, dinginkanlah”.
Yang aku dapat lihat berdasarkan kelakuan mereka, mereka ini mencabarkan dan kadang-kadang membencikan. Yakni panas. Mereka ini menguji setiap segi dan rongga. Bagaimana aku tidak berkata begitu. Kufurkah tidak seorang aku jikalau berkata begitu? Durhakakah tidak seorang aku jikalau berkata begitu? Sini dahulu, dengar perbualan mereka yang sempat aku rakam melalui telefon tangan. Dengar ya.
“Matahari, ingatlah aku. Sungguh aku mengingatimu. Andai kata kau serba tiada, maka Tuhan, dengan kudrat-Mu, tiadakanlah semua.”
Perbualan sebelah pihak bulan (bukan matahari) tidak dapat aku rakam melalui telefon tangan. Mungkin kerana panas yang melampau, telah sesuka hatinya merosakkan bateri telefon tangan dan tengah hari ini, sewaktu aku berkemas, pashmina puteh memantulkan cahaya daripada matahari, terus tepat ke dalam anak mata aku yang sedang mengacah untuk menari.
Sungguh, aku tidak menipu.
.
Monday, February 14, 2011
BUTANGKAN (4)
Butang EMPAT
Magrib telan orang satu-satu. Mula-mula, yang berjalan, kemudian meleret kepada yang berbasikal, yang berlari, yang duduk dan berdiri, yang ketawa dan juga menyendiri. Bukan sahaja orang, malah kucing yang ekornya patah (mungkin dipijak atau tersepit pintu) pun Magrib telan sikit-sikit. Tanpa peri-kemakhluk-kan. Kemudian, nafsunya terdorong untuk menelan dua buah bas. Jadi, bas pula yang hilang. Dua buah bas, hilang bagai air yang tersejat. Tanpa apa-apa petanda yang menyusul yang mampu mengatakan, “Mereka akan kelihatan kembali.” Akhir sekali, setelah orang, kucing dan bas, aku juga ditelan oleh Magrib. Lidahnya kasar dan semakin dalam menuju perutnya, semakin gelap dan akhirnya, cahaya tiada. Bersama sekali dengan sebuah telefon hitam aku yang ada lagu kodplay. Semua magrib telan. Petang ini redup. Sebelum ditelan Magrib, aku sempat senyum dahulu. Senyum mengucapkan selamat berpisah kepada panas hari ini.
.
Saturday, February 05, 2011
HULURKAN.
.
Lengan rahmat yang halus mulus, terjulur keluar. Menyapu angin dan debu melawan arah. Beberapa orang terloncat-loncat anak yang ingin menggapai. Tapi sayang sayang sayang, terlucut genggaman tangan daripada lengan. Kerana tidak kukuh pegang-percaya-nya dan jatuh ke dalam lurah di tepian yang sekonyong-konyong dalamnya. Tempat di mana cahaya pun tidak pernah bersentuhan -secara fizikalli-. Mereka jatuh dan kerana menyangka mereka mati, mereka tidak bangun-bangun. Cahaya tidak pernah bersentuhan. Hari ini perda-mai bagai sejuk pohon selepas renyai hujan pagi bulan Februari. Dia menyentap lembut dan aku tersentap. Aku atur nafas. Mata aku buka kecil. Lama cahaya tidak bersentuhan. Baju aku berdebu dan berkebuk. Dada aku pedih. Ada beberapa kesan toreh. Seluar aku rabak bersama kuping kering di bahagian lutut dan dahi aku berpasir. Dia mulakan bicara dengan menekankan, "Engkau tidak mati", setelah menyapu ubat bunuh sakit pada permukaan dada aku. Yang tertoreh. Seraya menghulurkan lengan rahmatnya dan menarik aku bangkit. Cuma aku..
"Berapa lama di sini?"
"Tidak ingat. Pastinya, lama. Berapa lama pula kau tunggu aku jaga?"
"Tidak ingat. Pastinya, aku ada." Ringkas.
Dan dia menyambung.
"Bangun. Aku ada. Dia ada.."
Aku bangun. Sebaiknya, aku mengucapkan Alhamdu-lillah setiap-tiap hari.
.
"hidup tak selalunya linear"
"tragis. tragis. tragis."
(e.r.k)
.