Butang LIMA
Aku sudah bersiap dengan segala kelengkapan. Cakap dan ingatkan sahaja apa yang penting, sudah pasti aku siapkan dengan kemas sekali. Tanpa ragu. Bateri, cakera keras, pashmina puteh, kertas garisan satu, kaler luna, roti, gula, kacang, buahan, wang dua tiga keping, neskafe, filem, butang-butang yang tertanggal, kain sarung, stoking, sabun mandi dan berus gigi, jam, dan dua tiga buah buku cerita.
Dalam kesibukan aku mengemas, panas tetap tidak reda daripada menyerang seluruh anggota tubuh yang telanjang seperti lengan dan kepala. Peluhnya menetes dan tersejat terus. Padan muka lengan. Padan muka kepala. Kata lutut dan perut dengan penuh sinis. Ya tentang panas, tidak langsung surut bahangnya walaupun aku ada berdoa semalam dan semalam dan semalam (berterusan), “Tuhan, dinginkanlah”.
Yang aku dapat lihat berdasarkan kelakuan mereka, mereka ini mencabarkan dan kadang-kadang membencikan. Yakni panas. Mereka ini menguji setiap segi dan rongga. Bagaimana aku tidak berkata begitu. Kufurkah tidak seorang aku jikalau berkata begitu? Durhakakah tidak seorang aku jikalau berkata begitu? Sini dahulu, dengar perbualan mereka yang sempat aku rakam melalui telefon tangan. Dengar ya.
“Matahari, ingatlah aku. Sungguh aku mengingatimu. Andai kata kau serba tiada, maka Tuhan, dengan kudrat-Mu, tiadakanlah semua.”
Perbualan sebelah pihak bulan (bukan matahari) tidak dapat aku rakam melalui telefon tangan. Mungkin kerana panas yang melampau, telah sesuka hatinya merosakkan bateri telefon tangan dan tengah hari ini, sewaktu aku berkemas, pashmina puteh memantulkan cahaya daripada matahari, terus tepat ke dalam anak mata aku yang sedang mengacah untuk menari.
Sungguh, aku tidak menipu.
.
1 comment:
aq hanya faham lagu...
aq putus asa dgn blog kau..=.='
Post a Comment