Masuk hari ini jam sebelas ketika tepat matahari berdiri dengan kaki kiri, di atas kepala kita yang mungkin baru bangkit, dan ada yang sudah mencalarkan dada surat untuk diberikan kepada anggota badan belah kanan. Hari Sabtu, tiga hari sudah hujan tidak berhenti dari terus muntah ketika gelap dan kering ketika cerah. Berlarutan dan bersambung. Menjadikan rumput dan pepohon, separa pening kerana sekejap sejuk dan sekejap panas. Termasuk aku lalu cepat-cepat aku menelan kapsul yang terkandung bintil merah puteh. Yang aku berpasak percaya di dalamnya, ada bancuhan seribu penawar.
Dalam hujan yang masih muntah-muntah, aku mencari urat-urat darah yang tersimpul di batang tiangan api. Cuba membetulkan agar tiada kau merasa sakit pinggang atau kepala. Sungguh aku tahu, setiap urat-urat darah yang tersimpul di batang tiangan api, ialah tidak calang-calang.
.
No comments:
Post a Comment