Sampai malam, burung yang berkepak sehasta (jika didepakan ketiaknya, sayap dia sehasta) yang dari tadi berciutan dan kesejukan (musim tengkujuh), masih tidak mendapat angin yang sebetulnya untuk dia terbang pulang. Suram makin suasana apabila senja semakin merangkak mampir. Hari ini, formasinya perlu bentuk V. Petang ini, perlu bentuk V. Tidak boleh W atau konsonan lain atau pun vokal. Dia berciut memanggil kawan.
"ciut ciut ciut. ciut ciut ciut."
Kawan tak datang. Malah angkat dagu sombong. Tunjuk dada dan jerit, "kauu looser". Terbang berlalu meninggalkan dia yang berciut meminta tolong. Serak sudah suaranya. Kawan lain terbang elok kerana laluan angin tempat mereka terbang tidak membaham sayap dan badan. Cuma dia yang tersasar kerana tertempuh angin lintang deras setelah galak meluncur sebentar tadi. Dalam lubang di perdu pohon mati yang tinggi tempat dia duduk, dia memerhatikan satu satu kawannya terbang pulang dalam bentuk kawanan V.
Sekejap melebarkan sayap, dan sekejap meluncurkan sahaja badan di atas angin. 'Gliding'. Seperti jatuh, tapi ke hadapan. Semuanya bergaya sombong mengembangkan dada. Ada satu ketua yang menjaga di hadapan yang bertindak sebagai bucu kepada V. Mungkin pangkatnya tinggi. Mungkin dia burung ciut ciut Sr. Mungkin juga ketua itu seorang ayah atau ketua formasi kawanan V. Macam-macam mungkin yang dia fikir apabila dia tidak mampu terbang sekali dengan mereka. Sebelum ini, tidak pernah-pernah pun dia fikir tentang mengapa burung di hadapan, perlu di hadapan.
"tak dapat pulang?" arah belakang asal suara bernada tanya itu muncul serak-serak seperti penyanyi pop.
"iya, tak dapat pulang. (ciut ciut). aku risau. (ciut ciut)." tersedu suara dia membalas tanpa memandang ke arah belakang asal suara serak-serak seperti penyanyi pop itu muncul.
"risau usahlah tebal-tebal sangat. aku tahu kau mampu." kata suara itu menyambung pertanyaannya tadi. Suara itu halus. Mungkin badannya juga halus.
"tapi (ciut ciut) kalau aku tak pulang, (ciut ciut) aku akan mati." dia masih tidak memandang. Galak matanya memandang langit dan mengkaji angin. Bentuk V kawanannya, semakin lusuh di tutup senja.
"mengapa begitu kawan? mengapa mati yang engkau sebut-sebutkan?"
"bukan apa. aku (ciut ciut) tersangkut di sini. (ciut ciut) bekal makan aku yang aku bungkus untuk dibawa pulang tadi (ciut ciut) terjatuh kerana dipukul angin. sekarang (ciut ciut) aku di tempat tinggi. angin tidak (ciut ciut) menunjukkan tanda berhenti. aku (ciut ciut) lapar. sudahnya aku akan mati." dia diam.
"aku ada." mana mungkin kau mati.
Dia memandang ke belakang. Sudah lama dia tak pandang ke belakang sebelum ini kerana baginya, apabila dia mampu terbang, tiada yang lebih agung berbanding langit dan hujan dan makhluk-makhluk apung di awangan. Ya jangan terkejut, suara pihak dua tadi ialah, seekor gonggok kayu yang umurnya sudah tua. Dia berjanggut putih, bercermin mata bulat seperti Harry Potter (Danial Redclif (kalau tak silap)) dan seperti juga cermin mata Lennon (aktivis keamanan).
Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel. Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.Tangan kananya ada buku. Tangan kirinya ada pensel.
Gonggok tua banyak tangan. Mungkin kaki. Mungkin tangan. Siapa tahu kecuali empunya badan itu sendiri. Kadang-kadang, gonggok tua itu pun tersilap antara kaki dan tangannya. Pernah sekali dia terpakaikan kasut sebelah kiri kakinya, kepada tangan kanannya. Dan sebaliknya juga pernah terjadi. Kesalahan itu rutin. Seperti naik turun nafas. Bergantung pada kita untuk ambilnya sebagai perkara serius atau perkara, yang boleh digelaktawakan.
Dia mahu duduk. Sayapnya di tutup. Bulu disisir untuk memudahkan duduk dia di dalam lubang yang cuma sebesar tiga saiz penumbuk orang muda. Dia membelakangkan kawanan V yang sudah hilang sepenuhnya ditelan senja. Lantaklah. Hilanglah. Esok kalau tak mati, aku pun mampu bernyawa.
"kau lapar? makanlah aku."
dia menggeleng dan berkata,
"tidak mungkin (ciut ciut) kerana aku mahu kau ceritakan setiap cerita-cerita dalam buku-buku mu."
Ciut ciut ciut. Makin malam. Kawanan V sudah hilang. Yang berbunyi malam ini cuma suara gonggok tua serak-serak seperti penyanyi pop membacakan setiap kisah cerita dalam buku-bukunya. Dari jilid satu, hingga sekarang (present), jilid berbelas belas sudah.
Dan dia berjanji, apabila musim tengkujuh hilang nanti, dia akan bersama kembali dengan kawanan V, siap lengkap siaga dengan ilmu-ilmu yang lebih dari semua kawan-kawanya yang pulang tadi. Dia mahu pancung kawan-kawannya dengan kata-kata mereka hari ini, "kau looser".
Ciut ciut..
^tamat^
.
No comments:
Post a Comment